Tentera Aktifkan Dron Pantau Perintah Kawalan Pergerakan


KUALA LUMPUR, 24 MAC: Pengggunaan dron bagi mengawal dan memantau pergerakan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa serta-merta di seluruh negara, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Beliau berkata dron akan digunakan di 12 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan titik panas (hotspot) kes Covid-19, antaranya Lembah Pantai dan Titiwangsa.
“Penggunaan dron membantu meningkatkan keupayaan supaya kawalan pergerakan lebih cekap dan dron ini boleh terbang dengan senyap serta boleh melalui kawasan yang tidak boleh dilalui oleh pasukan ATM.
“Selain itu, dron yang digunakan ini dilengkapi dengan pembesar suara yang akan menghebahkan pesanan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil, kepada orang ramai agar sentiasa berada di rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penggunaan dron di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield di sini hari ini.
Affendi berkata jumlah dron yang akan digunakan untuk tujuan berkenaan tidak akan didedahkan dan enggan mengulas lanjut.
“Dron yang digunakan ini merupakan aset kerajaan dan juga sumbangan daripada pihak industri-industri swasta,” katanya.
Beliau berkata jika orang awam enggan mendengar arahan menerusi dron, pihaknya akan mengerahkan pasukan untuk ke kawasan yang didapati tidak mematuhi PKP.
“Selain itu, dron ini juga boleh mengambil gambar dan video individu-individu yang ingkar PKP yang pada masa sama, kami kerahkan pasukan ke kawasan terlibat,” jelasnya.
Affendi berkata dron berkenaan juga mampu berada di udara selama 40 minit hingga satu jam serta meliputi jarak sehingga lima kilometer yang dikawal melalui alat kawalan jauh.
Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada terdapat pegawai atau anggota ATM yang positif Covid-19, Affendi berkata hanya beberapa anggota yang dipercayai terkena jangkitan virus itu tetapi jumlahnya agak kecil.
“Ada yang terkena jangkitan Covid-19 ketika menghadiri kenduri tapi ia tidak besar, kami hanya memantau. Malahan di dalam kem-kem ATM, kami betul-betul ‘lockdown’,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai jumlah pegawai dan anggota ATM dijangkiti Covid-19.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/tentera-aktifkan-dron-pantau-perintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Tentera Akan Menggunakan Dron Dan Uav Untuk Memantau Kawasan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Pihak Tentera Akan Menggunakan Dron Dan Uav Untuk Memantau Kawasan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 313 hits
Angkatan Tentera Malaysia telah mula digerakkan sejak malam Ahad yang lalu untuk membantu kerajaan dan pihak polis untuk memantau pergerakan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Hari ini Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Bua...
Ketiga Tiga Cabang Atm Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Tentera

Ketiga Tiga Cabang Atm Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Tentera

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 512 hits
Selepas pengumuman dari Menteri Pertahanan dalam satu sidang media hari ini bahawa tentera akan mula membantu pihak polis untuk memantau supaya rakyat patuh kepada perintah kawalan gerakan yang mula berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 20...
Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 659 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat namun ia bukanlah satu perintah darurat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan...
Bakal Dikerah Ahad Ini Tentera Mula Buat Latihan Kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan

Bakal Dikerah Ahad Ini Tentera Mula Buat Latihan Kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 433 hits
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob siang tadi bakal mengerah tentera bagi membantu polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia Kerahan ini adalah bertujuan bagi membantu pihak polis memastikan rakyat mem...
Hampir 50 000 Anggota Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

Hampir 50 000 Anggota Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Lebih kurang 50 000 anggota terdiri daripada tentera polis RELA dan pihak berkuasa tempatan kini memantau pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang penularan wabak COVID 19 Menteri Kanan Datuk S...
Tentera Tidak Terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Atm

Tentera Tidak Terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Atm

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 396 hits
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata penugasan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid 19 tidak melibatkan anggota tentera sebaliknya melibatkan Polis Diraja Malaysia ...
Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 375 hits
Darat1 Adakah perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT terjejas dengan Perintah ini Jawapan Kaunter kaunter perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat akan kekal beroperasi...
Akad Nikah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Akad Nikah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 338 hits
Akad nikah ketika Covid 19 melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan MR Macam nebeng aje sepatut boleh buat dalam ruang bilikUntuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke o...
Agong Titah Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Agong Titah Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 398 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menitahkan rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac dalam usaha bersama sama membe...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo