Tentang Baiknya Tuhan
mata berkedip seratus kali, jantung berdegup selaju cahaya. aku berlari ke arah rak, melihat ia masih disitu. Allah... air mata bertakung ditubir mata, sesaat dua pecah tak mungkin tertahan.
45 minit yang lalu, bagai bergugur jantung ini ke tanah. melihat ia tiada di dalam beg, tiada dicelah kerusi kereta mahupun diserata tempat di dalam kereta. aku parkir kereta di tepi jalan, mencarinya seteliti mungkin. malangnya tidak jumpa. kali terakhir dalam ingatan, aku meletaknya di atas rak di dalam library. iya. disitu. aku yakin disitu. setelah aku masukkan laptop ke dalam beg, aku sandang lalu berlalu keluar dari library. jadi apakah ia mungkin masih disitu? di atas rak itu? Allah.. tidak mungkinlah.. hati cuba menidak tetapi akal menyakini bahawa ia masih disitu
Tuhan.. aku tahu tidak mustahil untuk ia hilang kerana ia berada ditempat awam. pasti ramai orang yang lalu lalang melihat keberadaan ia. tetapi ya Allah adalah lebih tidak mustahil untuk Kau menjaga dan perliharanya dari diambil orang. Kaulah Maha Memelihara. jagalah telefonku dan jagalah hati orang2 yang melihat telefonku.
sangka baik is the least I can do disaat-saat yang mengugurkan jantung. sangka baik pada Tuhan, sangka baik pada hamba-hambaNya
pada saat mata melihat telefon itu masih ditempat yang sama dan tangan menyentuhnya bagai tidak percaya, itu adalah saat — indah, manis dan mendamaikan
hanya yang rasa tahu bagaimana rasanya
perjalanan pulang ke rumah aku merenung semula kejadian itu. hati aku berbisik;
telefon yang hilang itu pun tuhan jaga, tidak mungkinlah jiwamu dirimu hilang tuhan tidak menjaganya.
tuhan pasti jaga. kerana Dia Maha Memelihara
teringat surat cintaNya yang ke-39 ayat 53;
Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
disaat kita hilang, disaat kita melampaui batas sebagai seorang hamba, manusia, anak, ibu ayah atau apa jua status kita. mari duduk sekejap dan fikir ayat ini. Tuhan kata, pada saat kita lost dalam kehidupan ini atau pada ketika kita melampaui batas; jangan pernah berputus asa dengan rahmat Tuhan. Jangan
Dia sentiasa ada
Dia sentiasa jaga
itu janji Dia
lalu..
aku.kamu.kita hanya tinggal “Lemparkan tongkatmu, wahai musa” (Q20:19)
:)
(tongkat=apa saja yang ada pada diri kamu; harapan, sangka baik, doa, usaha, taubat etc)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ainieyshah.com/2019/02/tentang-baiknya-tuhan.html