5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Nyawa Di Malaysia


Dalam kehidupan yang sentiasa berubah dan tidak menentu, insurans nyawa adalah penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan. Anda sudah memiliki insurans nyawa ? jom baca…
Namun begitu masih lagi ramai orang di Malaysia yang tidak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka.
Menurut laporan 2012/2013 Protection Gap Study yang dikaji oleh Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), hanya sebanyak 56% orang di Malaysia yang dilindungi oleh insurans nyawa.
Seandainya anda belum lagi dilindungi ataupun ingin mengetahui lebih banyak informasi berkenaan insurans nyawa dan liputannya, di sini 5 perkara anda perlu tahu mengenainya.
1) Apakah liputan insurans nyawa di Malaysia?
Sebagai permulaan, polisi insurans nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pembayar.
Pada masa kini, kebanyakan insurans nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.
Salah satu kelebihan insurans nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insurans nyawa adalah bebas cukai.
2) Kenapa anda memerlukan insurans nyawa?
Untuk mengenalpasti samada anda memerlukan insurans nyawa, anda seharusnya mempertimbangkan hakikat yang paling teruk sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya anda meninggal dunia keesokan hari, adakah keluarga kesayangan anda akan dilindungi dari aspek kewangan?
Sekiranya keluarga anda akan menghadapi kesusahan dari segi kewangan selepas pemergian anda, maka jelaslah anda memerlukan insurans nyawa. Manfaat selepas kematian akan menggantikan pendapatan anda dan juga membantu keluarga anda menangani keperluan kewangan yang lain.
Adakah anda pasti keluarga anda berupaya untuk membayar perbelanjaan terakhir anda seperti perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang dan bayaran penguaman?
Adakah mereka berupaya untuk membayar pembiayaan rutin seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan pembiayaan kesihatan, sekurang-kurangnya di tahap awal?
Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang?
Dengan pemergian anda, adakah pasangan anda dapat mempunyai wang yang secukupnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak anda ataupun untuk tujuan persaraan?
Baca : Cara Memohon Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam
Adakah anda juga beringin untuk meninggalkan sesuatu untuk anak atau cucu anda?
Polisi insurans nyawa di Malaysia adalah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan, maka ia tidak wajib bagi kanak-kanak ataupun persara yang tiada sumber pendapatan atau ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan.
Liputan insurans nyawa akan memastikan orang kesayangan anda terus dibiayai secara kewangan jikalau anda tiada lagi ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan. Keluarga anda akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan mereka tidak akan terjejas dengan perlindungan insurans sepenuhnya.
Tambahan pula, anda berhak menuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun untuk sumbangan anda terhadap insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
3) Jenis-jenis polisi insurans nyawa

4) Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan?
Insurans nyawa khasnya adalah untuk melindungi anda seumur hidup, maka ia adalah mustahak untuk anda membuat penyelidikan dan mempertimbangkannya dari semua aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang seharusnya dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans yang terbaik di Malaysia dan juga bersesuaian dengan keperluan anda:
(a) Matlamat kewangan
Anda harus mengenal pasti matlamat kewangan anda sebelum memilih polisi insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Insurans nyawa bukan sahaja untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan selepas anda meninggal dunia, ia juga boleh membantu anda mencapai matlamat-matlamat lain.
Anda mungkin mengharapkan pembayaran manfaat kematangan untuk pesaran anda, untuk pembiayaan pendidikan luar negara bagi anak anda, ataupun salah satu cara untuk anda meringankan bebanan cukai seiring dengan peningkatan tanggungjawab keluarga anda.
Apa jua matlamat anda, ia mempunyai pengaruh besar dalam menentukan polisi insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda.
(b) Kos premium
Walaupun insurans nyawa dibeli untuk membantu anda merealisasikan matlamat kewangan dan melindungi keluarga anda, harga premium seharusnya berpatutan dengan kemampuan anda. Membayar premium yang terlalu mahal boleh menyebabkan pembayaran polisi anda tertunda dan akhirnya mengakibatkan krisis kewangan.
Menurut perancang kewangan, premium insurans anda harus merangkumi 6% sahaja dari jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, maka premium insurans bulanan sepatutnya tidak melebihi RM300.
Sepertimana apabila anda membeli apa jua, anda mesti membuat semakan terdahulu apabila membeli polisi insurans nyawa supaya dapat memilih polisi yang terbaik dan berpatutan.
(c) Nilai polisi
Sebenarnya, proses menentukan jumlah insurans nyawa yang anda perlukan tidak perlu rumit.
Anda boleh berbincang dengan wakil ejen insurans anda berdasarkan tiga langkah yang berikut untuk menentukan jumlah polisi insurans yang perlukan hari ini untuk melindungi keluarga anda.
Andaikan anda seorang profesional berumur 30 tahun yang telah berumahtangga dengan seorang anak, berikut adalah anggaran jumlah nilai insurans nyawa yang anda perlukan:

5) Memilih polisi insurans yang sesuai
Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.

Baca : Perkara Asas Tentang Akaun Simpanan Di Malaysia
Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang.
Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.
Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda.
Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000.
Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.
Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.
Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi.
Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa. Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya.
Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak. Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.
Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.
sumber : imoney & astro awani
The post 5 perkara anda perlu tahu tentang Insurans Nyawa di Malaysia appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/5-perkara-anda-perlu-tahu-tentang-insurans-nyawa-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disebabkan Perkara Ini Ia Seolah Olah Mencabar Rakyat Negeri Membawa Johor Keluar Dari Persekutuan Malaysia

Disebabkan Perkara Ini Ia Seolah Olah Mencabar Rakyat Negeri Membawa Johor Keluar Dari Persekutuan Malaysia

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 522 hits
Menerusi halaman HRH Crown Prince of Johor entri terbaru yang dimuatnaik mengundang seribu pertanyaan pada netizen Halaman HRH Crown Prince of Johor Berita Penuh Kroni Putrajaya bulldoze bidang kuasa kerajaan negeri Johor Menurut sumber yan...
Malaysia Tabung Haji Tidak Benarkan Jemaah Sudah Tunai Haji Daftar Kali Kedua

Malaysia Tabung Haji Tidak Benarkan Jemaah Sudah Tunai Haji Daftar Kali Kedua

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 386 hits
CEO Tabung Haji Datuk Seri Zukri Samat mengumumkan TH akan menyekat pendaftaran kali kedua mereka yang telah menunaikan haji Foto The Malaysian InsightPUTRAJAYA Tabung Haji akan memastikan tiada individu yang akan menunaikan haji dua kali b...
Malaysia Noh Omar Mencuri Tak Salah Bila Kena Tangkap Baru Salah

Malaysia Noh Omar Mencuri Tak Salah Bila Kena Tangkap Baru Salah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 593 hits
Datuk Seri Noh Omar menyatakan rasa tidak puas hati atas sikap dwistandard kerajaan PH berhubung lawatan ahli politik ke sekolah Noh Omar berkata ada pengetua yang menerima surat amaran kerana membenarkan beliau hadir ke sekolah yang terlet...
Hiburan Tiket Konsert Westlife Di Malaysia Ogos Ini Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

Hiburan Tiket Konsert Westlife Di Malaysia Ogos Ini Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 264 hits
Bulan lalu ramai yang teruja apabila kumpulan popular Westlife bakal mengadakan konsert di Malaysia Pasti ada yang sudah tidak sabar untuk menantikan detik penjualan tiket untuk dibuka kan Nampaknya peminat tidak perlu tertunggu tunggu lagi...
Jamal Nasir Mahu Bojan Hodak Dihukum Kerana Mengkritik Sistem Bola Sepak Malaysia

Jamal Nasir Mahu Bojan Hodak Dihukum Kerana Mengkritik Sistem Bola Sepak Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 244 hits
Gara gara kerana kritikan pedasnya terhadap sistem bola sepak negara selepas kegagalan skuad Malaysia B 19 dalam saingan Piala Sanix di Jepun baru baru ini pengendali skuad tersebut iaitu Bojan Hodak diminta menulis surat tunjuk sebab kepad...
Malaysia Dua Lelaki Didakwa Hina Islam Mengadu Dipukul Di Penjara

Malaysia Dua Lelaki Didakwa Hina Islam Mengadu Dipukul Di Penjara

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 390 hits
Wai Foo Sing dan Chow Mun Fai tertuduh yang berada dalam tahanan sementara atas dakwaan menghina agama Islam di media sosial mendakwa bahawa mereka diserang di penjara Sungai Buloh Portal melaporkan Wai mendakwa dia dipukul semasa di penjar...
Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 425 hits
Carousell salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia baru baru ini melancarkan kempen MakeSpaceForLove untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjual barangan bekas kekasih mereka di atas platform Kajian da...
Enam Nelayan Vietnam Di Tahan Ceroboh Perairan Malaysia

Enam Nelayan Vietnam Di Tahan Ceroboh Perairan Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 308 hits
KUANTAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan enam nelayan warga Vietnam termasuk seorang tekong kerana menangkap ikan secara haram kira kira 68 batu nautika Tenggara dari Kuantan petang semalam Pengarah Maritim Pahang Laksamana Mu...
Statut Rome Malaysia Tarik Diri Kerana Rakyat Mudah Terpesong Dan Emosi Kata Perdana Menteri Viralhancing

Statut Rome Malaysia Tarik Diri Kerana Rakyat Mudah Terpesong Dan Emosi Kata Perdana Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 425 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat