Bulatan Kopi Tenom - mercu tanda pekan Tenom. Tenom terkenal dengan pengeluaran kopi. Lihat sejarah kopi Tenom di SINI
Pekan Tenom dengan latar perbukitan diselimuti awan...menjadikan pagi di sini terasa indah! Nampak bangunan tinggi atas bukit tu? Itulah Hotel Perkasa - hotel yang menyajikan pemandangan indah dari atas bukit
Pasar Baru Tenom. Tak berkesempatan nak merasa Apam Balik Pakcik Halim yang terkenal di sini sebab Isnin tutup
Tamu Tenom. Buka hari Rabu dan Ahad (berakhir jam 1 petang)
Kami tiba di sini sekitar pukul 9 pagi. Walaupun tak boleh masuk ke kilang kopi, tapi aroma kopi dari bangunan kilang kopi (bangunan warna biru di sebelah) sudah cukup menyegarkan! Yang kami masuk ni kedai jualan produk mereka, tertera tulisan Kilang Kopi Yit Foh
Selain kedai jualan tadi, di sini juga ada kafe dan bilik penginapan. Jom kita tengok..
Deko payung berwarna-warni menceriakan suasana. Tempat ni dijaga baik, bersih dan menarik
Penginapan yang cantik dan suasana mendamaikan! Setiap bilik dinamakan mengikut nama kopi, antaranya Kopi Susu, Americano dan Mocha. Kalau korang bermalam di Tenom dengan bajet lebih tinggi, bolehlah menginap di sini
Kafe Robusta - menawarkan pelbagai menu seperti Bakso, Nasi Lemak dan Mee Kari. Tapi kami minum kopi je sebab tadi pagi dah pun bersarapan sebelum ke sini. Ruangan kafe ni luas, boleh pilih nak duduk bahagian dalam atau luar. Kami pilih duduk luar, rasa seronok 'mengopi' sambil menikmati suasana di sini
Inilah Muzium Antanom, sebuah bangunan kecil. Luas bahagian dalamnya seperti sebuah bilik besar - dengan berdiri di muka pintu, kita dah boleh lihat keseluruhan isi muzium
Tak banyak bahan pameran di sini, bahagian ini yang paling banyak info. Kami berada agak lama di bahagian ini. Menekuni catatan sejarah Tenom
Antara catatan sejarah mengenai landasan keretapi Tenom
Suku kaum Murut merupakan suku kaum terbesar di Tenom. Ontoros Antanom pula merupakan pahlawan Murut yang telah menentang British. Nampaknya nama Muzium Antanom ini adalah bersempena nama beliau
Lupa pulak ni buku apa...buku belajar bahasa Murut kalau tak silap
Pengantin keturunan Jawa di pelaminan tradisional kaum Murut...hehee. Inilah pelaminan tradisional kaum Murut. Menurut staf bertugas (seorang wanita berwajah manis yang sentiasa tersenyum menerima kunjungan kami), pelaminan ini masih belum lengkap. Mulanya saya sangka pengunjung tak boleh naik, tapi beliau pelawa kami naik dan duduk di atas. Saya pun ambil kesempatan minta beliau ambilkan gambar. Hehe..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |