Peniaga Pembeli Mengeluh Ikan Sayur Harga Kayangan Sepanjang Pkp



Kebanyakan peniaga dan pengguna merungut berikutan peningkatan harga barangan keperluan yang begitu ketara selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.
Beberapa peniaga dan pelanggan yang ditemui MalaysiaGazette melahirkan kebimbangan kerana harga sayur-sayuran dan ikan semakin mahal sehingga mereka terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk perbelanjaan dapur.
 
Shamsuar Paimin Peniaga sayur, Shamsuar Paimin, 48, menyenaraikan beberapa jenis sayuran antaranya bendi, timun jepun, terung panjang, kacang buncis, petola serta tomato yang terpaksa dijual dengan harga lebih tinggi berbanding kebiasaan.
Jelas Shamsuar, timun jepun dijual dengan harga mencecah RM14 bagi sekilogram kerana kos pembelian sekitar RM10.
“Tomato sekarang kami jual RM10 di sini, kita beli RM6.50 ke RM7 tapi kebiasaannya sebelum ini harga RM3 sahaja dari pasar borong.
 
“Memang rasa terbeban kerana jika sebelum PKP untuk meja yang penuh ini kita bermodalkan RM2,000 tapi sekarang sudah cecah RM2,500 hingga RM2,800 tak kira pada hujung minggu lagi meningkat.
“Pada pelanggan pun kita kena terangkan sebaik mungkin kenapa berlaku kenaikan harga sayur kerana pelanggan ini dikira sebagai ‘raja’ dan terpulang kepada mereka untuk beli atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Pasar Datuk Keramat di sini hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai faktor kenaikan mendadak harga sayur-sayuran yang berada di pasaran, Shamsuar menjelaskan bahawa Pasar Borong Kuala Lumpur ada menutup operasi baru-baru ini.
 
Kata Shamsuar, perkara itu mungkin menjadi salah satu sebab mengapa harga barangan meningkat, selain turut mengaitkan dengan sekatan perjalanan ketika PKP.
Roslan Kolan Sementara itu, seorang peniaga ikan, Roslan Kolan, 63, meluahkan kegusarannya kerana agak sukar untuk mendapatkan ikan-ikan yang berkualiti dan segar ketika PKP.
“Zaman PKP ikan yang elok-elok susah hendak dapat, samalah juga dengan bekalan ikan sekarang jadi mungkin itu yang menyebabkannya jadi mahal, agaknya bekalan berkurangan.
“Harga ikan besar seperti tenggiri, senangin dan merah memang mahal dan harga berbeza sehingga RM5 hingga RM6. Kalau ikan kecil macam kembung biasanya dijual RM10 hingga RM12 sekilogram tetapi jika naik ada sampai RM18,” ujarnya.
Harun Mat Bagi peniaga ayam, Harun Mat, 47, berlaku penurunan harga bagi sekilogram ayam segar di pasar ketika ini.
Jelas Harun, dia menjual ayam segar dalam harga lingkungan RM8 bagi satu kilogram berbanding RM8.50 sebelum pelaksanaan PKP.
“Ketika bermulanya PKP harga ayam ada penurunan sebab restoran dan kedai makan pun tak banyak beroperasi jadi ada lambakan bekalan itu yang harga jadi kurang sedikit,” katanya.
Mazlan Mohd Seorang pengguna, Mazlan Mohd, 67, ketika ditemui juga merungut dengan harga barangan basah yang begitu mahal sehingga perlu mengeluarkan lebih perbelanjaan.
Pesara itu berkata, perbezaan begitu ketara dilihat pada harga sayur-sayuran yang dijual di pasar.
“Macam-macam tapi boleh kata semua sayur mahal, kangkung pun mahal sampai RM2 bagi satu ikat.
“Semasa PKP ini ikan pun mahal, kalau tengok ikan kembung pun boleh cecah sehingga RM18 hingga RM22, kadang-kadang lagi mahal dari siakap.
“Hendak tak hendak kena keluarkan duit lebih untuk barang basah sebab memang kena beli untuk makan setiap hari,” katanya.
Hamdan Hamid Berbeza pula dengan seorang lagi pengguna, Hamdan Hamid, 50, yang menyatakan harga barangan basah ketika ini masih lagi berpatutan.
“Bagi saya setakat ini harga masih berpatutan, tiada mahal dan tiada murah sangat.
“Macam saya hanya seminggu sekali beli barang basah tapi bagi peniaga mungkin berlainan pula. Maklum lah zaman PKP ini dengan keadaan pelanggan kurang dan barangan pun payah hendak dapat,” ujarnya. – MG

The post Peniaga, pembeli mengeluh ikan, sayur harga ‘kayangan’ sepanjang PKP appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/26/peniaga-pembeli-mengeluh-ikan-sayur-harga-kayangan-sepanjang-pkp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peniaga-pembeli-mengeluh-ikan-sayur-harga-kayangan-sep

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengkujuh Punca Harga Sayur Ikan Naik Mendadak

Tengkujuh Punca Harga Sayur Ikan Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 248 hits
BERNAMA Putrajaya Kenaikan harga barangan keperluan di Johor Perak Kelantan dan Pahang didakwa berpunca musim tengkujuh yang melanda negeri negeri di Pantai Timur menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut Menteri Perdagangan Dalam Neger...
Harga Ikan Sayur Dijangka Akan Jatuh Dalam 2 3 Minggu

Harga Ikan Sayur Dijangka Akan Jatuh Dalam 2 3 Minggu

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 294 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Bos rangkaian pasar raya besar Mydin berkata kenaikan harga makanan antara 30 hingga 250 baru baru ini dijangka kembali normal dalam tiga minggu Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata kenaikan harga baru b...
Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh Pkp Kementerian Kerja Raya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 229 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerja kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri yang terlibat kecuali bagi kerja kerja yang disenaraikan Perkhidmatan Perlu kata Kementerian Kerja Raya Menurut kenyata...
Bacaan Meter Elektrik Tnb Diteruskan Seperti Biasa Sepanjang Pkp Dan Darurat Tiada Pemotongan Ketika Pkp

Bacaan Meter Elektrik Tnb Diteruskan Seperti Biasa Sepanjang Pkp Dan Darurat Tiada Pemotongan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 278 hits
Bermula hari ini sebanyak enam buah negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sekaligus mengimplementasi kembali sejumlah perkara seperti PKP asal Mac 2020 lepas Apa pun kini menyentuh mengenainya pihak Tenaga Nasional mengatakan baca...
7 Aktiviti Menarik Di Rumah Bersama Anak Anak Sepanjang Musim Pkp

7 Aktiviti Menarik Di Rumah Bersama Anak Anak Sepanjang Musim Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 364 hits
7 Aktiviti menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP Assalamualaikum dan salam sejahtera Kita baru sahaja memasuki perintah kawalan pergerakan 2 0 hari ini Berbeza dengan PKP yang pertama dahulu kali ini terdapat beberapa kelon...
Rezeki Pkp 2 0 Adik Ipar Bagi Ikan Siakap Besar

Rezeki Pkp 2 0 Adik Ipar Bagi Ikan Siakap Besar

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 568 hits
Hi korang Ini kisah awal pagi Isnin pernah terfikir tak orang hantar ikan fresh hidup lagi kat rumah korang seawal pukul 1am Tak pernah dibuat kat orang kan Nak dijadikan rezeki adik Ipar baru balik memancing terus hantar 3 ekor ikan Siakap...
Hiburan Hanya Duduk Rumah Sepanjang Pkp Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King

Hiburan Hanya Duduk Rumah Sepanjang Pkp Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 396 hits
Musim musim PKP ini pastinya banyak perniagaan dari rumah yang muncul seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan Begitu juga dengan pelakon Lufya Omar yang katanya mula menjinakkan diri dengan perusahaan membuat kek Sumber Menurut Lufya dia m...
Surat Perjalanan Sekali Mohon Untuk Tempoh Sepanjang Pkp

Surat Perjalanan Sekali Mohon Untuk Tempoh Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 243 hits
TUMPAT Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau tiada majikan boleh memohon surat kebenaran perjalanan untuk tempoh sepanjang 10 hari Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa Selain itu ketua balai polis akan ditempatkan di setiap se...
Rtm Akan Melancarkan Saluran Baru Untuk Pdpr Sepanjang Pkp

Rtm Akan Melancarkan Saluran Baru Untuk Pdpr Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 254 hits
Antara idea bernas yang telah dilakukan sejak rungutan mula dilaporkan ibu bapa mengenai masalah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran di rumah ialah JAKIM akan melancarkan saluran khas kelas KAFA di TV Al Hijrah Kini RTM juga dalam p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025