Tengkujuh Apmm Larang Nelayan Vietnam Hampiri Pulau Di Terengganu


Bot nelayan asing akan mendekati pulau di perairan Terengganu, termasuk Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Bidong dan Pulau Tenggol pada musim tengkujuh untuk ‘berlindung’. (Gambar Bernama)KUALA TERENGGANU: Nelayan Vietnam diberi amaran supaya tidak menjadikan musim tengkujuh sebagai alasan untuk mereka berlindung di pulau sekitar Terengganu
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, mereka sering menggunakan alasan sama saban tahun sedangkan hakikatnya mengambil kesempatan dan giat menangkap ikan tanpa kebenaran di kawasan tersebut
“Lazimnya di Terengganu, bot nelayan asing akan mendekati pulau di perairan, termasuk Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Bidong dan Pulau Tenggol
“Mereka ini akan bersauh di sekitar pulau tersebut dan bertindak menangkap ikan berhampiran kawasan darat (kawasan tepi pulau) ketika musim tengkujuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu di sini, hari ini
Tegasnya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bukan sahaja tidak terpedaya dengan taktik sedemikian, malah akan mengambil tindakan tegas serta menangkap mereka sekiranya didapati menceroboh perairan negara
Selain itu, Rashidilhadi juga berkata pihaknya menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang berlabuh pada jarak 43 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, Jumaat lepas
Katanya, bot tersebut ditahan pada pukul 2.30 petang oleh kapal Maritim KM Segantang ketika sedang melakukan rondaan Ops Naga
“Bot tersebut dipercayai melakukan aktiviti pengumpulan hasil tangkapan laut daripada bot nelayan Vietnam yang lain. Ketika ditahan bot itu tidak menangkap ikan, tetapi agak meragukan apabila terdapat kira-kira lima tan ikan campur di dalam kotak penyimpanan ikan bot terbabit
“Kita turut menemui sebanyak 2,000 liter minyak diesel. Ini adalah tangkapan kedua Maritim di Pantai Timur yang mana bot berkenaan disyaki bersubahat bersama bot Vietnam yang lain dengan cara membeli hasil tangkapan untuk dibawa balik ke negara mereka,” katanya
Hasil pemeriksaan tersebut seramai 15 awak-awak, termasuk tekong, berusia lingkungan 31 hingga 49 tahun ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah dan dokumen bot meragukan
Rashidilhadi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan terdapatnya bot nelayan tempatan yang menjual hasil tangkapan kepada bot berkenaan bagi mendapatkan pulangan lebih tinggi
“Ikan di negara kita adalah gred A dan berkualiti tinggi. Harganya lebih mahal di pasaran luar dan jika dibawa masuk ke pasaran kita nilainya lebih rendah,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/11/tengkujuh-apmm-larang-nelayan-vietnam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Tengkujuh Pulau Peranginan Terengganu Hentikan Kedatangan Pelancong

Musim Tengkujuh Pulau Peranginan Terengganu Hentikan Kedatangan Pelancong

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 423 hits
JERTIH 3 Nov Kebanyakan pusat peranginan pulau pulau terkenal di Terengganu menghentikan tempahan pakej pelancongan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi Hanya beberapa buah sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepa...
Menteri Edhy Pastikan Bela Kepentingan Nelayan Atas Masalah Pulau Reklamasi Jakarta

Menteri Edhy Pastikan Bela Kepentingan Nelayan Atas Masalah Pulau Reklamasi Jakarta

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 273 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo berjanji akan memanggil pengembang Pulau G Ini terkait permasalahan perairan di sekitar Pulau G yang mengalami pendangkalan sehingga menghambat alur pelayaran kapal nelayan Menteri Edhy mengaku be...
Ubi Petanda Tibanya Musim Tengkujuh Di Terengganu

Ubi Petanda Tibanya Musim Tengkujuh Di Terengganu

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 435 hits
Musim tengkujuh diramal bakal tiba di negeri Terengganu tidak lama lagi dan pelbagai persediaan dilakukan bagi menghadapi risiko banjir yang kemungkinan akan melanda seluruh negeri terutamanya Kemaman Dungun Besut Setiu dan Hulu Terengganu ...
Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 675 hits
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua Alhamdulillah cuti merdeka baru baru ini Sha balik kampung di Besut Terengganu Kalau korang nak tahu apa yang palin...
Terengganu Berhasrat Mewujudkan Tabung Bencana Pertanian

Terengganu Berhasrat Mewujudkan Tabung Bencana Pertanian

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 518 hits
Dr Azman meninjau tanaman Projek Kelapa Tebing Tembah DUNGUN 8 November Kerajaan Terengganu berhasrat untuk mewujudkan Tabung Bencana khusus bagi golongan petani yang ditimpa musibah seperti kemusnahan tanaman dan kematian ternakan akibat f...
Isu Pemain Anak Jati Terengganu Fc Bukan Semua Pemain Muda

Isu Pemain Anak Jati Terengganu Fc Bukan Semua Pemain Muda

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 470 hits
Kuala Terengganu Isu penggunaan pemain anak jati Terengganu FC bagi musim depan terus hangat diperkatakan kecaman dan kritikan terus dilontarkan dari peminat dan penyokong tak lupa juga ada yang menyokong dan hanya mengambil langkah menungg...
1 710 Berarak Di Kuala Terengganu

1 710 Berarak Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 364 hits
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato Yahaya Ali mengetuai perarakan dengan diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Mohd Zahari Md Azahar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan Mohd Nor Hamzah dan Ahli ahli ...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bukan Urusan Kita

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Vibrasi Ayat Ayat Tuhan

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan