Musim Tengkujuh Pulau Peranginan Terengganu Hentikan Kedatangan Pelancong


JERTIH, 3 Nov (Bernama) – Kebanyakan pusat peranginan pulau-pulau terkenal di Terengganu  menghentikan tempahan pakej pelancongan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
Hanya beberapa buah sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepanjang tahun terutama bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang berminat dengan sukan luncur ombak.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Okt kecuali empat buah iaitu Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D’Rock Garden Resort dan Aina Ohana yang akan beroperasi sepanjang tahun.
Manakala di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Kapas, Marang, operasi kebanyakan pusat peranginan dihentikan sementara sejak  Okt lepas, manakala operasi  di Pulau Tenggol, Dungun dihentkan akhir bulan ini.
Rata-rata pengusaha yang ditemui Bernama berkata penutupan tersebut dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang bimbang dengan keselamatan pelancong terutama ketindaktentuan keadaan cuaca dan laut bergelora.
Tinjauan bersama pasukan Jabatan Taman  Laut Terengganu ke Pulau Perhentian baru-baru ini juga mendapati kebanyakan pengusaha giat melakukan persediaan dan memindahkan pelbagai peralatan terutama bot ke lokasi selamat.
Kini, kebanyakan pulau hanya dihuni pekerja dan pengusaha bagi memantau keadaan sekeliling sepanjang musim tengkujuh dan ini  memberi laluan untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan pada bilik-bilik penginapan di pulau itu.
Pengusaha salah sebuah pusat peranginan di Pulau Perhentian, Masron Mustafa, 40, berkata penutupan itu pastinya mengurangkan pendapatan ramai pekerjanya tetapi ia perlu dilakukan bagi mengelak perkara tidak diingini  berlaku.
Katanya, ia juga telah menjadi rutin tahunan buat mereka setiap tahun untuk menutup tempat penginapan sementara waktu bermula Okt sehingga Feb dan dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun.
“Saya telah menutup pusat peranginan sejak pertengahan Oktober. Difahamkan masih ada pengusaha penginapan lain yang masih beroperasi dan bakal tutup pada awal November, manakala ada juga yang dikatakan beroperasi sampai hujung tahun ini.
“Pada musim tengkujuh keadaan ombak yang tidak menentu boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke pulau dan aktiviti yang dilakukan juga amat terhad berbanding hari biasa,” katanya ketika dihubungi.
Masron berkata pada musim itu juga perkhidmatan bot tidak akan beroperasi seperti hari biasa dan ia  menyukarkan pelancong untuk masuk ke pulau.
Ketika ditanya mengenai risiko yang biasanya berlaku di Pulau Perhentian, beliau berkata biasanya keadaan terkawal ekoran pulau berkenaan terlindung dari berdepan angin kuat berikutan adanya bukit yang menghalang angin daripada menerjah kawasan pusat peranginan.
Malah katanya, kerosakan yang dialami tidaklah seteruk kawasan peranginan lain seperti di Pulau Kapas.
Perkara itu diakui pengusaha pusat peranginan di Pulau Kapas Hawa Abdul Rahman kerana sejak beberapa tahun lalu beliau mengalami kerugian akibat musim tengkujuh dan terpaksa mengeluarkan kos pembaikan lebih daripada RM1 juta.
Katanya, hentaman ombak dan angin kuat bukan sahaja telah menerbangkan bumbung malah merosakkan peralatan lain.
“Ombak Kapas Resort akan tetap beroperasi sehingga musim tengkujuh tetapi tidak membukanya pada kemuncak demi keselamatan. Masih ada beberapa pelancong Eropah yang tinggal di situ semata-mata untuk bermain ombak,” katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/03/musim-tengkujuh-pulau-peranginan-terengganu-hentikan-kedatangan-pelancong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubi Petanda Tibanya Musim Tengkujuh Di Terengganu

Ubi Petanda Tibanya Musim Tengkujuh Di Terengganu

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 350 hits
Musim tengkujuh diramal bakal tiba di negeri Terengganu tidak lama lagi dan pelbagai persediaan dilakukan bagi menghadapi risiko banjir yang kemungkinan akan melanda seluruh negeri terutamanya Kemaman Dungun Besut Setiu dan Hulu Terengganu ...
Tengkujuh Apmm Larang Nelayan Vietnam Hampiri Pulau Di Terengganu

Tengkujuh Apmm Larang Nelayan Vietnam Hampiri Pulau Di Terengganu

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 333 hits
Bot nelayan asing akan mendekati pulau di perairan Terengganu termasuk Pulau Perhentian Pulau Redang Pulau Bidong dan Pulau Tenggol pada musim tengkujuh untuk berlindung KUALA TERENGGANU Nelayan Vietnam diberi amaran supaya tidak menjadikan...
Ramal Musim Tengkujuh Hingga Tahun Depan Metmalaysia Minta Orang Ramai Waspada Dengan Banjir

Ramal Musim Tengkujuh Hingga Tahun Depan Metmalaysia Minta Orang Ramai Waspada Dengan Banjir

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 338 hits
Jabatan Meteordologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan musim tengkujuh dijangka akan berlaku bermula pada 24 Oktober 2019 hingga Mac 2020 Lima hingga enam episod hujan lebat juga diramal akal berlaku dalam tempoh berkenaan Hujan lebat f...
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba

Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 423 hits
Penghujung tahun merupakan waktu yang agak membimbangkan di kawasan tanah rendah di Malaysia Ini kerana perubahan monsun yang membawa hujan lebat dan angin kencang menjadi penyebab utama banjir Bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal mel...
Lkim Terengganu Sedia 12 000 Tan Metrik Ikan Hadapi Musim Banjir

Lkim Terengganu Sedia 12 000 Tan Metrik Ikan Hadapi Musim Banjir

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 296 hits
Foto ihsan Malaysia Gazette Oleh Fidee AzizKUALA TERENGGANU 28 Oktober Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Terengganu telah menyediakan stok ikan sebanyak 12 ribu tan metrik untuk menghadapi musim tengkujuh Pengarahnya Tengku Mohd Anuar Tengku M...
Spr Siap Siaga Hadapi Prk Tanjong Piai Sepanjang Musim Tengkujuh

Spr Siap Siaga Hadapi Prk Tanjong Piai Sepanjang Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 280 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 557 hits
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua Alhamdulillah cuti merdeka baru baru ini Sha balik kampung di Besut Terengganu Kalau korang nak tahu apa yang palin...
Kipre Chanta Bin Antara 12 Pemain Tinggalkan Terengganu Fc

Kipre Chanta Bin Antara 12 Pemain Tinggalkan Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 392 hits
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu mengesahkan 12 pemain tidak akan bersama lagi pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan Antaranya adalah penyerang import dari Ivory Coast Tcheche Kipre dan pemain tengah Ke...
Tanda Positif Pemain Muda Terengganu Fc Lee Tuck

Tanda Positif Pemain Muda Terengganu Fc Lee Tuck

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 715 hits
KEJAYAAN merangkul trofi dalam Kejohanan Kelab Antarabangsa Sheikh Kamal di Chittagong Bangladesh edisi ketiga kelmarin memberi petanda positif buat skuad Terengganu FC dalam mengharungi kancah Liga Malaysia musim depan Kapten TFC Lee Tuck ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities