Tengku Zafrul Menteri Kewangan Paling Tak Bertanggungjawab Anwar


 
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerang Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai bukan menteri kewangan yang bertanggungjawab.
“Kita pernah melalui krisis ekonomi yang besar (pada 1997). Serangan di Thailand ke atas baht, merudum ekonomi Thailand. Disambung rupiah di Indonesia, merudum Indonesia. Kemudian won di Korea dan kita mendapat tempias yang dahsyat.
“Apa kita lakukan? Kita adakan mesyuarat perbincangan langkah-langkah setiap hari dan rakyat dimaklumkan tentang langkah-langkah yang diambil dan langkah-langkah yang perlu dimaklumkan kepada rakyat.
“Hari ini, seperti saya sebut, merudum ringgit dalam keadaan ekonomi Asia tidak merudum kita merudum dan tidak ada maklumat (daripada menteri kewangan),” katanya.
Anwar berkata demikian di perhimpunan “Rapat Mega Keadilan” pertama parti itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur semalam yang berlangsung dari lima petang hingga tengah malam.
Acara itu merupakan siri perhimpunan mega di seluruh negara.
Anwar mengkritik Zafrul sebagai kekurangan jawapan yang boleh dipercayai.
“Di Parlimen, saya malas untuk bertanya banyak soalan kepada Zafrul kerana saya tidak fikir jawapan itu jawapan yang sepatutnya disampaikan oleh mana-mana menteri kewangan yang bertanggungjawab.
“Bila kita cakap soal bank, rakyat susah peniaga-peniaga kecil susah. Dia jawab mempertahankan bank bukan mempertahankan rakyat di bawah. 
“Itu pun ada yang orang masih berkata Yang Berhormat! Yang Berhormat!” tambah Anwar, melakonkan seseorang yang bergegas untuk mencium tangan menteri kewangan.
“Menyampah betul. Ini yang saya sebut bangang ini. Bila sebut bangang, (kata) kasar, apa dia kasar?
“Kamu ambil duit rakyat, Kamu curi duit 1MDB, sebut sahaja masalah Mara curi, Felda curi lembu (NFC) pun curi,” kata Anwar yang merupakan bekas menteri kewangan pada tahun 90-an.
Ringgit Malaysia (RM) jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), melepasi paras psikologi RM4.50 pada 6 Sept.
Ini adalah kali pertama paras RM4.50 ditembusi sejak Januari 1998, beberapa bulan selepas bermulanya Krisis Kewangan Asia.
Ringgit kehilangan sembilan peratus nilainya jika dibandingkan dengan dolar AS dalam tempoh setahun.
Menyentuh mengenai keadaan ekonomi semasa, timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, awal malam tadi, menegaskan apabila Bank Negara menaikkan kadar faedah akibat kehilangan pelabur, rakyat yang menjadi mangsa.
“Rakyat biasa macam saudara-saudari, walaupun saudara-saudari tak tukar duit dalam dolar, walaupun tiada simpanan di luar negara, rakyat biasa menjadi mangsa dengan dua cara, melalui bayaran faedah yang tinggi dan  kos sara hidup naik,” katanya.
“Kalau kita ada lima anak, kereta nak kena bayar, minyak nak kena bayar, rumah nak kena bayar, selama ini pun hidup dengan hutang, tambahan bayaran faedah bulan-bulan itu kita kena hutang kredit kad silap-silap kita hutang dengan along,” katanya.
“Kita berhadapan dalam keadaan rakyat terpaksa tanggung kegagalan terhadap pengurusan kerajaan. Bukan sahaja gagal, tapi kita punya ruang untuk kita bertindak itu makin nipis,” katanya. 
Demikian katanya ketika merujuk kepada ruang fiskal negara yang semakin menipis.
“Saya sebut semua ini supaya rakyat tahu bahawa semasa kita memasuki pilihan raya, walaupun Najib (Razak), Rosmah (Mansor) sudah (dihukum) penjara, Zahid (Hamidi)… terpulang kepadanya, sama ada dia masuk atau tidak… 
“Ismail Sabri, walaupun muka dia kesian, kita kena ingat kita nak tukar kerajaan, bukan sebab nak Anwar jadi PM atau nak bagi jawatan orang kita sendiri dalam kuasa.
“Kami mahu menukar kerajaan kerana kerosakan ini, jika kami tidak memperbaikinya sekarang, kami akan mewarisi masalah itu, yang akan menjadi lebih besar dan lebih besar dalam tempoh lima hingga enam tahun,” kata Rafizi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/tengku-zafrul-menteri-kewangan-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Asia Tidak Merudum Ringgit Kita Merudum Menteri Kewangan Senyap Anwar

Ekonomi Asia Tidak Merudum Ringgit Kita Merudum Menteri Kewangan Senyap Anwar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 193 hits
Krisis kewangan Asia dua dekad lalu yang menyaksikan matawang ringgit jatuh merudum RM4 50 berbanding AS 1 disebabkan serangan spekulator matawang yang juga menyerang matawang di beberpaa negara Asia lain untuk ikut runtuh sama Ironinya pad...
Ringgit Merudum Tapi Tiada Maklumat Dari Menteri Anwar

Ringgit Merudum Tapi Tiada Maklumat Dari Menteri Anwar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 223 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerang Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai menteri kewangan yang tidak bertanggungjawab Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu mengkritik Zafrul kerana kekurangan jawapannya yang boleh di...
Subsidi Malaysia Dijangka Cecah Rm80 Bilion Tahun Ini Tengku Zafrul

Subsidi Malaysia Dijangka Cecah Rm80 Bilion Tahun Ini Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 205 hits
Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini yang tertinggi dalam sejarah negara kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini ...
Anwar Takes Swipe At Zafrul For Looking After Banks Not People

Anwar Takes Swipe At Zafrul For Looking After Banks Not People

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 255 hits
PKR president Anwar Ibrahim has taken a swipe at Tengku Zafrul Abdul Aziz over his actions which he said do not resemble that of a responsible finance minister We have been through a major economic crisis The attack in Thailand on the baht ...
Kita Masuk Pru 15 Lebih Bersedia Sebagai Kerajaan Menanti Anwar Calon Perdana Menteri

Kita Masuk Pru 15 Lebih Bersedia Sebagai Kerajaan Menanti Anwar Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 946 hits
Kegagalan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang ditadbir Tun Mahathir Mohamad telah menyedarkan KEADILAN dan PH untuk berbuat lebih baik sekiranya diberi peluang memerintah semula dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Angkatan Muda KEADILAN ...
Bank Negara Decides On Opr Not Us Says Tengku Zafrul

Bank Negara Decides On Opr Not Us Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 179 hits
Finance minister Tengku Zafrul Aziz says any OPR increase will not enrich the banks as they also have to pay higher interest rates to depositors KUALA SELANGOR The government does not intervene in decisions regarding the overnight policy ra...
Nampak Sangat La Menteri Kewangan Ini Jaga Bank

Nampak Sangat La Menteri Kewangan Ini Jaga Bank

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 153 hits
Wow Apa yang kerajaan PM Isnail dan Menteri Kewangan Zafrul dah buat kepada kita Kadar OPR dinaikkan beban rakyat bertambah tapi pada masa yang sama bank dijangka kaut untung yang lebih besar Inilah padahnya bila ada menteri banker Menteri ...
Pegangan Ekuiti Dnb Mungkin Dibuka Kepada Mno Asing Tengku Zafrul

Pegangan Ekuiti Dnb Mungkin Dibuka Kepada Mno Asing Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 169 hits
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedia maklum mengenai keputusan dua pengendali rangkaian mudah alih yang tidak akan melanggan saham DNB Empat MNO iaitu Celcom Axiata Bhd ...
Tengku Zafrul Dilantik Pengerusi Manifesto Bn Selangor

Tengku Zafrul Dilantik Pengerusi Manifesto Bn Selangor

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 240 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dilantik pengerusi manifesto BN Selangor berkuat kuasa awal bulan ini PETALING JAYA Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dilantik sebagai pengerusi manifesto Barisan Nasional Selangor berkuat kuasa awal bu...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal