Ekonomi Asia Tidak Merudum Ringgit Kita Merudum Menteri Kewangan Senyap Anwar




 Krisis kewangan Asia dua dekad lalu yang menyaksikan matawang ringgit jatuh merudum RM4.50 berbanding AS$1 disebabkan serangan spekulator matawang yang juga menyerang matawang di beberpaa negara Asia lain untuk ikut runtuh sama.

Ironinya pada 2022, tiada serangan spekulator dan negara Asia lain makmur ekonominya namun matawang ringgit tiba tiba jatuh sebagaimana 22 tahun lalu.

Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kejatuhan nilai ringgit ketika ini adalah bukti nyata ketidakupayaan kerajaan BN - PN memerintah negara, dan perlu ditukar dalam pilihan raya akan datang.

"Kita pernah lalui krisis ekonomi besar, serangan Baht di Thailand, merudum ekonomi Thailand, disambung rupiah Indonesia, merudum Indonesia, kemudian won di Korea Selatan, dan kita mendapat tempias yang dahsyat.

"Apa kita lakukan, kita adakan perbincangan, langkah dan setiap hari rakyat dimaklumkan tentang langkah yang diambil

"Hari ini merudum ringgit, dalam keadaan ekonomi Asia tidak merudum. Kita merudum dulu, dan tidak ada maklumat (dari kerajaan).

"Kalau di Parlimen Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) ini saya malas nak tanya banyak banyak kerana jawapan dia itu adalah jawapan yang tidak patut disampaikan oleh mana mana Menteri Kewangan yang bertanggungjawab.

"Cakap soal bank, rakyat susah, peniaga kecil nak kena bayar (susah), dia jawab mempertahankan bank. Bukan pertahan peminjam di bawah," kata Anwar di hadapan lebih 2,000 hadirin yang mendengar ceramah Rapat Mega KEADILAN 2022 di Gombak, malam tadi.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, jawapan kerajaan BN - PN tidak boleh diterima sama sekali kerana menyalahkan ekonomi antarabangsa sebagai punca jatuhnya matawang atau merosotnya ekonomi Malaysia, dan rakyat perlu reda menanggung kenaikan harga barang.

Tegas Anwar, nilai matawang mesti dijaga oleh kerajaan dengan pelbagai polisi menarik pelaburan serta hubungan dagang. Bukan membiarkan sahaja nilai matawang itu melakukan proses pembetulan diri sendiri.

"Harga barang naik, pelbagai jawatankuasa dibentuk, jawatankuasa jihad macam macam. Tetapi pengumuman yang jelas tak ada. Tindakan tidak jelas, yang jelas harga terus melambung naik.

"Di Parlimen saya kata harga import naik sebab ringgit jatuh. Apa sebab ringgit jatuh? Hang tak reti jaga negara.

"Harga jatuh kerana orang tak yakin, pelabur tak masuk. Menteri umum RM 8 bilion sana, RM10 bilion sini (pelaburan), tak tahu pergi ke mana.

"Mengapa kita tumpu ekonmi, kerana ini amat menyentuh soal rakyat," katanya.

Justeru itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyeru agar rakyat menolak pemimpin yang tidak bijak memerintah tetapi mahu terus berpaut pada kekuasaan dengan menggunakan isu Melayu dan agama Islam.

"Orang yang jadi pemimpin ini bila cakap isu Melayu berdegar degar, kadang datang tak cukup dengan songkok tinggi, tengkolok dia pasang.

"Konon nak bela nasib Melayu. Kemudian ada dengan serban, jubah tetapi elaun dia ambil semua. Kerja tak buat pun ambil elaun.

"Perjuangan ini adalah perlaksanaan kata kata. Kalau kita bicara soal perjuangan akhlak Islam kemudian kita sanggup memperkaya diri dan keluarga, ini pengkhianatan terhadap amanah.

"Saya tak kira nama Umno, Bersatu atau Pas, dalam PRU ini kita mesti tolak sikap sedemikian dan bangkitkan perubahan ini," katanya.

Bagi Parlimen Gombak pula, Anwar menyeru agar pengkhianat mandat rakyat dihumban dalam PRU 15.

Katanya, sesiapa yang naik atas sokongan rakyat menggunakan landasan perjuangan untuk membela rakyat tetapi khianat tidak layak diberi peluang lebih lama dalam politik.

"Malam ini kita datang untuk menyerang kawasan pengkhianat di Gombak. Ini permulaan baik, satu signal baik. Rakyat walaupun menyokong mana mana pimpinan, sebaik sahaja mereka melanggar prinsip, sebaik khianat, kita humban mereka.

"Dengar baik baik Gombak, Ampang dan sekutu sekutu, dalam strategi pilihan raya kita, kawasan paling kuat kita menyerang ialah kawasan yang dipilih oleh rakyat untuk membela mereka, kemudian khianat mereka.

"Kawasan itu jadi tumpuan kita untuk menghukum dan menghumban mereka," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/ekonomi-asia-tidak-merudum-ringgit-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Merudum Tapi Tiada Maklumat Dari Menteri Anwar

Ringgit Merudum Tapi Tiada Maklumat Dari Menteri Anwar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 283 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerang Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai menteri kewangan yang tidak bertanggungjawab Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu mengkritik Zafrul kerana kekurangan jawapannya yang boleh di...
Tengku Zafrul Menteri Kewangan Paling Tak Bertanggungjawab Anwar

Tengku Zafrul Menteri Kewangan Paling Tak Bertanggungjawab Anwar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 314 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerang Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai bukan menteri kewangan yang bertanggungjawab Kita pernah melalui krisis ekonomi yang besar Serangan di Thailand ke atas baht merudum ekonomi Thailand Disambung rupiah di ...
Ketika Bertalu Desakan Minta Segera Pru 15 Ringgit Cecah Paras Terendah Sejak Krisis Kewangan Asia 1998

Ketika Bertalu Desakan Minta Segera Pru 15 Ringgit Cecah Paras Terendah Sejak Krisis Kewangan Asia 1998

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 244 hits
Ketika bertalu talu desakan Umno yang meminta Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan segera nilai mata wang negara jatuh terduduk ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun Pagi ini ringgit dilapor dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat
Kita Masuk Pru 15 Lebih Bersedia Sebagai Kerajaan Menanti Anwar Calon Perdana Menteri

Kita Masuk Pru 15 Lebih Bersedia Sebagai Kerajaan Menanti Anwar Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 1037 hits
Kegagalan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang ditadbir Tun Mahathir Mohamad telah menyedarkan KEADILAN dan PH untuk berbuat lebih baik sekiranya diberi peluang memerintah semula dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Angkatan Muda KEADILAN ...
Ku Li Ringgit Merudum Jangan Sampai Ke Pasar Sewa Beca Bawa Duit

Ku Li Ringgit Merudum Jangan Sampai Ke Pasar Sewa Beca Bawa Duit

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 247 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tengku Razaleigh Hamzah memberi ingatan kepada kerajaan segera mengawal kedudukan tukaran asing atau berdepan situasi rakyat terpaksa sewa beca untuk membawa duit jika ringgit terus merudum serta jatuh secara tida...
Jangan Cantas Pucuk Tapi Mulakan Dari Akar Ringgit Merudum Harga Barang Dibimbangi Makin Naik

Jangan Cantas Pucuk Tapi Mulakan Dari Akar Ringgit Merudum Harga Barang Dibimbangi Makin Naik

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 280 hits
Kerajaan dinasihatkan supaya mengekang kenaikan harga barangan ekoran nilai ringgit yang dilaporkan merudum pada kadar terendah Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berpendapat situasi ringgit yang lemah mempengaruhi harga barang memandangkan...
Nampak Sangat La Menteri Kewangan Ini Jaga Bank

Nampak Sangat La Menteri Kewangan Ini Jaga Bank

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 244 hits
Wow Apa yang kerajaan PM Isnail dan Menteri Kewangan Zafrul dah buat kepada kita Kadar OPR dinaikkan beban rakyat bertambah tapi pada masa yang sama bank dijangka kaut untung yang lebih besar Inilah padahnya bila ada menteri banker Menteri ...
Ringgit Merudum 4 52 Berbanding Dolar As

Ringgit Merudum 4 52 Berbanding Dolar As

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 264 hits
Jangkaan inflasi lebih tinggi termasuk di Asia ternyata menyebabkan pelabur mengelak aset berisiko kata penganalisis KUALA LUMPUR Ringgit susut berbanding dolar AS pada akhir urus niaga Rabu dengan mencecah paras terendah baharu dalam tempo...
Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

James Chin Dives Into How Ancient Malays Were Able To Teach Romans Shipbuilding Or Even Fly

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi

Ujian Hidup Menghadapi Sakit Kehilangan Dan Kesempitan

Persiapan Menghadapi Hari Perlawanan 10 Rabu 5 Nov 2025