Tengku Zafrul Ini Masa Kita Tunjuk Kebolehan Bantu Rakyat




Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Jelasnya, pelaksanaan yang cepat dan tepat penting bagi memastikan pakej rangsangan ekonomi itu memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang kini berdepan kesan wabak Covid-19.
“Kita kena pantau keberkesanan pakej Prihatin. (Ia kena) cepat dan juga tepat.
“Kalau pelaksanaan itu tidak bagus atau tidak efektif, maka apa yang dirancangkan dalam pakej Prihatin ini tidak akan berjaya,” katanya dalam wawancara bertajuk Analisis Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bersama Astro Awani sebentar tadi.
Tengku Zafrul menyatakan keyakinan bahawa pasukannya di Kementerian Kewangan mempunyai kebolehan yang diperlukan bagi tujuan itu.
“Pengalaman saya dari (latar belakang) swasta, dan kini baru menyertai perkhidmatan awam, cara rakan saya di Kementerian Kewangan bertungkus-lumus untuk mendraf pakej prihatin tak ada beza.
“Mereka kerja siang malam untuk bentuk pakej ini untuk pulihkan ekonomi dan tolong rakyat.
“Teman-teman saya di kabinet, penjawat awam, ini masa untuk kita tunjuk apa yang kita boleh buat untuk tolong rakyat Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion.
Daripada jumlah itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Sementara itu, Tengku Zahfrul juga berkata bahawa Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) akan memantau pelaksanaan pakej berkenaan.
Jelasnya, kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan bantuan itu sampai kepada golongan yang disasarkan termasuk di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses internet.
“Memang ada macam cara-cara yang lain (untuk mendekati kawasan pedalaman). Tapi, daripada database kita, lebih kurang 90 peratus, memang ada akaun (bank).
“Jadi, itu akan membantu kita salurkan duit ini kepada rakyat,” katanya.
Presiden EMIR Research Rais Hussin turut berkongsi pandangan sama dengan mengatakan bahawa kerajaan mempunyai sistem sedia ada untuk sampaikan bantuan berkenaan kepada golongan yang disasarkan.
Rais, yang juga merupakan pemimpin Bersatu memuji pakej rangsangan ekonomi itu sebagai komprehensif dan menekankan bahawa keutamaan ketika ini adalah “memasukkan wang ke dalam poket rakyat”.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/27/tengku-zafrul-ini-masa-kita-tunjuk-kebolehan-bantu-rakyat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tengku-zafrul-ini-masa-kita-tunjuk-kebolehan-bantu-rakyat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Pkr Macam Mana Mahu Bantu Rakyat Terkesan Covid19 Peruntukan Parlimen Ditarik

Mp Pkr Macam Mana Mahu Bantu Rakyat Terkesan Covid19 Peruntukan Parlimen Ditarik

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 364 hits
MP PKR Bayan Baru pertikai dan persoal pasal peruntukan setiap parlimen pembangkang ditarik balik Alasan yang digunakan macam mana mereka mahu membantu golongan yang terkesan kerana covid19 Setiap perkara ada kifarah disebalik YB jangan ris...
Kedah Covid 19 Segerakan Bantu Rakyat 10 Perkara

Kedah Covid 19 Segerakan Bantu Rakyat 10 Perkara

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 357 hits
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH20 MAC 2020COVID 19 Kerajaan Negeri Kedah digesa segerakan insentif bantu rakyat terkesanBerikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung pendemik Covid 19 Dewan Pemuda PAS Ne...
Laman Web Doctoroncall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan Covid 19

Laman Web Doctoroncall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 630 hits
Laman Web DoctorOnCall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan COVID 19 Assalamualaikum semua Rasa macam sayu je hati ni bila melihat berita tentang kes kes COVID 19 di Malaysia yang semakin meningkat dan kadar kematian sudah mencapai ke 8 oran...
Tentera Bantu Polis Pastikan Rakyat Patuhi Perintah Bermula Tengah Malam Ini

Tentera Bantu Polis Pastikan Rakyat Patuhi Perintah Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 372 hits
Angkatan Tentera Malaysia akan membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Ahad ini Gambar fail Tentera bantu polis bermula 12 01 pagi Ahad Angkatan Tentera Malaysia akan membantu Polis Diraja Ma...
Covid 19 Kedah Peruntuk Rm21 Juta Bantu Rakyat

Covid 19 Kedah Peruntuk Rm21 Juta Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 556 hits
ALOR SETAR Kerajaan Kedah memperuntukkan RM21 juta sebagai inisiatif membantu rakyat yang terkesan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak koronavirus Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kedah Datuk...
Rakyat Malaysia Tolong Jangan Degil Masa Pkp

Rakyat Malaysia Tolong Jangan Degil Masa Pkp

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 671 hits
PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia mula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 Mula mula kerah polis untuk jaga orang awam dari melepak dan bersepah sana sini Sejak 22 Mac tentera pulak dikerahkan untuk memastikan orang awam tak degil...
Mb Adn Boleh Guna Rm30 000 Bantu Rakyat Terkesan Covid 19

Mb Adn Boleh Guna Rm30 000 Bantu Rakyat Terkesan Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 315 hits
SHAH ALAM 20 MAC Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid 19 memberi kelonggaran kepada Ahli Dewan Negeri untuk menggunakan peruntukan sehingga RM30 000 bagi membantu rakyat yang terkesan dengan wabak itu kata Dato Menteri Besar Dato Seri A...
Akhirnya Menteri Pertahanan Gerak Tentera Bantu Polis Kurangkan Pergerakan Rakyat

Akhirnya Menteri Pertahanan Gerak Tentera Bantu Polis Kurangkan Pergerakan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 352 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini mengeluarkan kenyaatan dalam satu perutusan khas mengenai penularan wabak COVID 19 dimana kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia bermula Ahad ini bagi membantu pihak p...
Ketiga Tiga Cabang Atm Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Tentera

Ketiga Tiga Cabang Atm Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Tentera

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 521 hits
Selepas pengumuman dari Menteri Pertahanan dalam satu sidang media hari ini bahawa tentera akan mula membantu pihak polis untuk memantau supaya rakyat patuh kepada perintah kawalan gerakan yang mula berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 20...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback Menu Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Ahli Umno Akan Pilih Siapa Sebagai Presiden

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

What Does Langsat Fruit Taste Like