Tengku Zafrul Dan Badminton






Semalam, selepas selesai menjalani ibadah haji di Tanah Suci Makkah, Tengku Zafrul mengatakan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil atau PRK susulan keputusannya keluar UMNO dan menyertai PKR.


Katanya, tiada sebarang perbincangan tentang perkara seumpama itu pernah berlaku dan ia bukan sebahagian daripada pertimbangannya ketika membuat keputusan meninggalkan UMNO.


"Saya sememangnya tidak bersetuju dengan konsep pencetusan PRK tanpa keperluan yang mendesak, kerana PRK juga melibatkan masa dan duit rakyat," katanya.


Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara sehingga habis penggal pada Disember dan selepas itu, terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya.


“Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada negara dalam apa jua kapasiti,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, pada 3 Jun lalu, saya ada menulis artikel yang menyarankan agar Perdana Menteri membatalkan saja sebarang rancangan untuk mengadakan PRK buat Tengku Zafrul.


Selain saya mengatakan sengaja mengadakan PRK adalah membazir wang rakyat, dalam keadaan PKR berpecah ketika ini dan mungkin berlaku sabotaj daripada UMNO, risiko kalah juga adalah lebih tinggi jika Tengku Zafrul bertanding dalam PRK yang sengaja dicetuskan.


Dengan itu, saya menyarankan, kalau Tengku Zafrul mahu bertanding, tunggu saja PRU16 akan datang dan sementara itu, jagalah Persatuan Badmintan Malaysia atau BAM sepenuh hati.


Jaga badminton juga suatu khidmat kepada negara.


Artikel yang saya tulis pada 3 Jun lalu boleh dibaca di bawah ini:-


ELOK ANWAR BATALKAN SAJA RANCANGAN ADAKAN PRK UNTUK TENGKU ZAFRUL


3 June 2025


Semua orang sebenarnya sedar, keputusan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan menyertai PKR tidak lain adalah bagi membolehkan beliau terus berada dalam kabinet selepas tamat tempoh Senatornya pada Disember nanti.


Ia adalah dengan cara menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen melalui pilihan raya kecil atau PRK yang sengaja diadakan, meski pada hakihathya tindakan itu  suatu perbuatan yang jelas membazirkan wang rakyat.


Terdapat juga ura-ura mahu menjadikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi dengan kenyataan Perdana Menteri dua hari lalu yang memuji beliau sebagai Menteri MITI yang berperanan sangat baik dalam menarik pelaburan dan khidmatnya dikatakan masih diperlukan untuk negara, nyata memperlihatkan Anwar Ibrahim lebih memerlukannya di peringkat pusat.


Dengan itu, kemungkinan paling tinggi sekarang ialah akan ada mana-mana Ahli Parlimen PKR yang diarah mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul bertanding.


Selepas menang dan bergelar Ahli Parlimen, beliau akan dilantik semula sebagai Menteri MITI dan dengar khabarnya, sebagai pertukaran dan untuk menjaga hati UMNO yang mungkin tersinggung dengan tindakannya keluar parti, jawatan Menteri Ekonomi yang sebelum ini milik PKR akan diserahkan kepada UMNO.


Namun demikian, persoalan paling besar dengan tindakan membawa Tengku Zafrul menyertai PKR dan kemudian mempertaruhkannya dalam suatu PRK, mampukah beliau beroleh kemenangan?


Dalam keadaan PKR ketika ini sedang bergolak selepas pertandingan jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan Rafizi Ramli disingkir daripada kepimpinan dan terdapat pula elemen marah dan sakit daripada UMNO atas tindakan Tengku Zafrul keluar parti, harus diakui potensi beliau kalah adalah lebih tinggi berbanding menang.


Tambahan lagi Rafizi ketika berkempen dalam Jelajah HIRUK amat menentang orang yang baru menyertai PKR, tetapi diberi keistimewaan untuk bertanding dan diberikan jawatan dalam kerajaan.


Hakikatnya, jika Tengku Zafrul  bertanding dalam PRK selepas ini, beliau lebih diberi keistimewaan berbanding R. Ramanan yang kerap dijadikan sasaran oleh Rafizi sebelum ini.


Sekurang-kurangnya Ramanan diberi peluang bertanding dalam PRU setelah dua tahun menyertai PKR, bukan masuk PKR terus bertanding dan tersedia jawatan menteri.


Selain itu, jika Tengku Zafrul bertanding di Gombak (Menteri Besar Selangor  diarah mengosongkan kerusi Parlimen itu) atau di Bandar Tun Razak di mana Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diarah mengosongkan kerusi tersebut, risiko beliau kalah pastinya lebih tinggi kiranya PN meletakkan Azmin Ali sebagai calon gabungan itu untuk berlawan dengannya.


Bahkan jika di Port Dickson pun, satu lagi kerusi yang berpotensi untuk diadakakan PRK,  tidak mustahil PN juga akan tetap meletakkan Azmin untuk berlawan dengan Tengku Zafrul.


Dalam waktu yang sama, kemasukan Tengku Zafrul ke dalam PKR akan terus meretakkan hubungan PKR dengan UMNO sehingga PRU16 akan datang.


Wujud juga sentimen daripada pihak tertentu dalam UMNO yang mahu melihat Tengku Zafrul kalah dalam PRK yang bakal sengaja diadakan untuknya nanti.


Usul mengecam Tengku Zafrul dan memberi teguran kepada PKR  dengarnya akan banyak ditimbulkan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang bermula pada 9 Jun hingga 27 Julai depan.


Semua ini akhirnya menjadikan hubungan PKR/PH dengan UMNO tidak lagi harmoni.


Risiko paling besar yang akan menanti kerajaan madani dan Anwar adalah sekiranya Tengku Zafrul tidak menang dalam PRK yang dirancang untuknya itu.


Ia bukan saja menyebabkan rancangan mengekalkan Tengku Zafrul sebagai Menteri MITI gagal, malah meletakkan Anwar dalam situasi penolakan rakyat yang lebih nyata.


Kekalahan Tengku Zaftul nanti akan menjadikan Anwar dan PH lebih sukar untuk beroleh kemenangan pada PRU16 akan datang.


Dengan demikian, pertimbangan paling munasabah ialah Anwar harus membatalkan saja rancangan untuk mengadakan PRK semata-mata untuk membolehkan Tengku Zafrul terus dilantik sebagai menteri selepas tempoh Senatornya berakhir.


Selepas Disember nanti, biarkan saja Tengku Zafrul tiada jawatan dalam kabinet  dan kalau Anwar masih mahukan khidmatnya, lantik saja beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri berkaitan pelaburan.


Nak bagi sedap sikit, jadikan jawatan Penasihat Khas itu bertaraf menteri.


Lagi pula, Tengku Zafrul adalah satu-satunya menteri dalam kerajaan madani yang diberi keistimewaan untuk menerajui persatuan sukan iaitu Persatuan Badminton Malaysia setelah diberi kebenaran khas oleh Perdana Menteri.


Sebelum ini, dua menteri yang merupakan orang lama dalam PKR, Fahmi Fadzil dan Nik Nazmi Nik Ahmad terpaksa menarik diri untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak KL kerana dilarang oleh ketetapan kabinet yang tidak membenarkan mana-mana menteri menerajui persatuan sukan.


Makanya, lebih baik Tengku Zafrul berperanan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri saja, di samping memberi tumpuan kepada badminton selepas tempoh Senatornya berakhir  pada Disember nanti.


Nak bertanding pilihan raya, tunggulah PRU16 nanti dan dengan tiada PRK, duit negara pun dapat dijimatkan!! – ShahbudinHusin 03Jun2025.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/tengku-zafrul-dan-badminton.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul To Go To Washington Again For Tariff Talks

Tengku Zafrul To Go To Washington Again For Tariff Talks

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 144 hits
The investment trade and industry minister will lead a Malaysian team on June 18 to negotiate a better deal following the US decision to impose a 24 tariff on certain Malaysian exports Investment trade and industry minister Tengku Zafrul Az...
Belajar Daripada Kejayaan Tengku Zafrul

Belajar Daripada Kejayaan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 137 hits
31 May 2025Tidak ada mana mana menteri yang pernah berjaya dalam karier politik sehebat pencapaian Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Setakat ini beliau telah berjaya dilantik menerajui kementerian kanan di bawah tiga Perdana Menteri berbeza y...
Tengku Zafrul Akan Gagal Juga Dalam Pkr

Tengku Zafrul Akan Gagal Juga Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 123 hits
Nicholas ChungPETALING JAYA Penganalisis politik tidak terkejut keputusan Tengku Zafrul Aziz keluar Umno dengan harapan menyertai PKR namun ada meramalkan senator itu juga akan gagal dalam parti Anwar Ibrahim Azmi Hassan dari Akademi Nusant...
Tengku Zafrul S Ge15 Pledge Unenforceable Says Tok Mat

Tengku Zafrul S Ge15 Pledge Unenforceable Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 110 hits
The Umno deputy president says this matter is not included in the scope of the agreement that binds elected representatives to the party Umno deputy president Mohamad Hasan said he could not see how the GE15 pledge could be enforced against...
Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 198 hits
Isu cadangan agar Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dikenakan pampasan RM100 juta selepas mengumumkan keluar daripada UMNO nampaknya tidak berbangkit menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan Tengku Zafrul tak p...
Jawatan Menteri Serah Pada Anwar Dan Zahid Kata Tengku Zafrul

Jawatan Menteri Serah Pada Anwar Dan Zahid Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 172 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz menyerahkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Zahid Hamidi untuk menentukan kedudukannya sebagai menteri pelaburan perdagangan dan industri selepas beliau keluar dari Umno T...
Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 259 hits
Presiden UMNO Zahid Hamidi meluahkan harapan agar kuota tujuh jawatan menteri penuh yang sebelum ini diperuntukkan kepada partinya dapat dikembalikan semula susulan tindakan Tengku Zafrul Aziz keluar UMNO Memetik laporan Free Malaysia Today...
Sudah Terima Surat Letak Jawatan Zahid Hamidi Anggap Tindakan Tengku Zafrul Tak Beretika

Sudah Terima Surat Letak Jawatan Zahid Hamidi Anggap Tindakan Tengku Zafrul Tak Beretika

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 137 hits
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan partinya sudah menerima surat letak jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Terima surat letak jawatan Tengku Zafrul pag...
Datang Tak Diundang Pergi Tak Dikesali Dr Akmal Sindir Tengku Zafrul Keluar Umno

Datang Tak Diundang Pergi Tak Dikesali Dr Akmal Sindir Tengku Zafrul Keluar Umno

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 148 hits
Keputusan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO tidak langsung memberi kesan besar kepada parti malah disambut dengan sinis oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh Dr Akmal jelaskan UMNO bukan parti main politik peribadi...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah