Belajar Daripada Kejayaan Tengku Zafrul






31 May 2025


Tidak ada mana-mana menteri yang pernah berjaya dalam karier politik sehebat pencapaian Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Setakat ini beliau telah berjaya dilantik menerajui kementerian kanan di bawah tiga Perdana Menteri berbeza yang datang dari tiga parti yang berbeza.


Mula-mula dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) jadi Perdana Menteri dan kemudian kekal lagi di jawatan sama ketika Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden UMNO) mengambil alih jawatan Perdana Menteri.


Seterusnya apabila Anwar Ibrahim (Presiden PKR) dilantik sebagai Perdana Menteri, sekali lagi Tengku Zafrul terus dikekalkan sebagai menteri.


Cuma kementeriannya saja yang berubah daripada portfolio Kewangan kepada  Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Meski berbeza portfolio, Tengku Zafrul boleh dianggap sebagai menteri kesayangan Perdana Menteri kerana sentiasa turut serta dalam lawatan-lawatan Anwar ke luar negara.


Menjadi menteri dengan dua kali dilantik sebagai Senator terlebih dahulu, tempoh untuk beliau boleh berada dalam kabinet akan berakhir pada Disember ini.


Sebab itu, keputusan Tengku Zafrul keluar UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu, diikuti dengan hasrat untuk menyertai PKR, tanpa dapat disangkal walau sebesar hama, ia adalah bertujuan untuk memastikan dirinya kekal berada dalam kerajaan lagi selepas ini.


Tambahan lagi, seiring itu terdapat pula kekosongan dua jawatan menteri daripada kouta PKR  susulan perletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri.


Ada dua kemungkinan boleh dirasa sedang dicaturkan kepada Tengku Zafrul  – pertama, beliau akan diberikan peluang bertanding sebagai Ahli Parlimen dan akan mengambil alih jawatan Menteri Ekonomi yang ditinggalkan oleh Rafizi.


Jawatan menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dikembalikan kepada UMNO untuk diisi oleh calon baru daripada parti itu.


Terdapat dua pemimpin PKR yang memegang dua kerusi serentak, Ahli Parlimen dan Adun ketika ini iaitu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.


Untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul menjadi Ahli Parlimen, salah seorang daripada mereka boleh diarahkan untuk mengosongkan kerusi yang sedang diduduki.


Kedua, Tengku Zafrul akan dibawa bertanding di kerusi Dun di Selangor dan seterusnya dijadikan Menteri Besar.


Jika ini perencaan PKR dan Anwar, maka Amirudin akan dibawa ke pusat sebagai menteri dan beliau akan mengosongkan kerusi Dun Sungai Tua yang sedang didudukinya bagi memberi laluan Tengku Zafrul bertanding di situ.


Ertinya, melalui perancangan yang sedang diatur itu dan jika Tengku Zafrul berjaya menang, sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Adun, jangka hayatnya berada dalam kerajaan akan menjadi lebih lama lagi selepas ini.


Jika R Ramanan sebelum ini dipertikaikan kerana baru empat tahun masuk PKR tetapi telah berjaya menjadi Naib Presiden dan sebelumnya sebagai Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri, rasanya lakaran kejayaan yang akan dilakukan oleh Tengku Zafrul akan jadi jauh lebih cemerlang lagi.


Yang penting, baik akan diletakkan bertanding di Parlimen atau Dun, beliau mesti beroleh kemenangan.


Kepada anak-anak muda, cubalah belajar daripada apa yang dilakukan Tengku Zafrul ini untuk menikmati laluan kejayaan dalam kehidupan. – ShahbudinHusin 31Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/belajar-daripada-kejayaan-tengku-zafrul/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/belajar-daripada-kejayaan-tengku-zafrul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 320 hits
Isu cadangan agar Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dikenakan pampasan RM100 juta selepas mengumumkan keluar daripada UMNO nampaknya tidak berbangkit menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan Tengku Zafrul tak p...
Tengku Zafrul S Ge15 Pledge Unenforceable Says Tok Mat

Tengku Zafrul S Ge15 Pledge Unenforceable Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 188 hits
The Umno deputy president says this matter is not included in the scope of the agreement that binds elected representatives to the party Umno deputy president Mohamad Hasan said he could not see how the GE15 pledge could be enforced against...
Datang Tak Diundang Pergi Tak Dikesali Dr Akmal Sindir Tengku Zafrul Keluar Umno

Datang Tak Diundang Pergi Tak Dikesali Dr Akmal Sindir Tengku Zafrul Keluar Umno

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 302 hits
Keputusan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO tidak langsung memberi kesan besar kepada parti malah disambut dengan sinis oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh Dr Akmal jelaskan UMNO bukan parti main politik peribadi...
Sudah Terima Surat Letak Jawatan Zahid Hamidi Anggap Tindakan Tengku Zafrul Tak Beretika

Sudah Terima Surat Letak Jawatan Zahid Hamidi Anggap Tindakan Tengku Zafrul Tak Beretika

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 250 hits
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan partinya sudah menerima surat letak jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Terima surat letak jawatan Tengku Zafrul pag...
Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 388 hits
Presiden UMNO Zahid Hamidi meluahkan harapan agar kuota tujuh jawatan menteri penuh yang sebelum ini diperuntukkan kepada partinya dapat dikembalikan semula susulan tindakan Tengku Zafrul Aziz keluar UMNO Memetik laporan Free Malaysia Today...
Jawatan Menteri Serah Pada Anwar Dan Zahid Kata Tengku Zafrul

Jawatan Menteri Serah Pada Anwar Dan Zahid Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 358 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz menyerahkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Zahid Hamidi untuk menentukan kedudukannya sebagai menteri pelaburan perdagangan dan industri selepas beliau keluar dari Umno T...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Ganti Bms Ke Daly 100balance Smart Bms

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Attention


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Revolusi Perjalanan Ets3 Pendekkan Masa Perjalanan Kl Jb

Akmal Saleh Batalkan Hasrat Tunai Haji Serah Rm120 000 Untuk Rawatan Hati Adik Medina

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis