Tengku Hassanal Mengngatkan Kerajaan Pahang Pastikan Pelaburan Bermanfaat


 

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda yang menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian kerajaan negeri memuktamadkan tujuh projek pelaburan antarabangsa antaranya dari Singapura, China dan Korea Selatan berjumlah RM11 bilion pada tahun lepas, menambah tidak mahu pelaburan itu sekadar 'gah pada angka'.
"Biar rakyat turut menerima limpahan pekerjaan yang bakal tercipta dan paling penting, semua pelaburan tidak mencemarkan alam sekitar di negeri saya. Projek yang dilaksanakan mesti seimbang antara pembangunan dan menyokong ke arah pelepasan karbon sifar bersih atau net zero emissions.

"Ingat dalam usaha kita mengejar kemajuan negara dan negeri, kita tidak boleh sama sekali membelakangkan alam sekitar," titah bagida pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini semalam.
Istiadat pembukaan kali ini merupakan kali terakhir disempurnakan oleh Tengku Hassanal memandangkan ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah yang kini bersemayam di Istana Negara akan kembali ke Pahang pada tahun hadapan.
Keperluan menjaga alam sekitar itu, menurut Tengku Hassanal penting kerana Pahang merupakan negeri kaya dengan sumber asli dan khazanah alam paling bernilai, yang tidak akan bertahan lama tanpa pengurusan dan perancangan tersusun.
Walaupun sumber asli Pahang dijangka mampu bertahan selama 150 tahun, namun Tengku Hassanal mahu sumber asli itu dapat bertahan lebih daripada 300 tahun atau lebih lama lagi.
"Kita tiada pilihan. Kita perlu merangka strategi untuk beralih daripada sumber ekonomi tradisional seperti hasil tanah mineral dan balak sekarang kepada sumber ekonomi alternatif lain.
"Jika kita bersatu dan fokus, Pahang bukan sahaja akan terus berdikari dan (boleh) menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara malah turut menjadi penyumbang utama kepada net zero emissions negara," titah baginda.
Tengku Hassanal juga mengingatkan supaya penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah, kecurian hasil mineral dan penerokaan hutan haram diperhebatkan, dengan agensi terlibat lebih tegas, berani serta profesional tanpa mengira latar belakang pesalah.
Pada titah itu, baginda juga menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran Pahang kerana mewartakan Hutan Simpan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais Tambahan di Jerantut sebagai Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah, dalam usaha melindungi spesis haiwan terancam itu.
Pada perkembangan lain, Tengku Hassanal juga mahu melihat kadar jenayah di Pahang berkurangan setiap tahun selain program pemerkasaan terus dilaksanakan kepada golongan wanita, Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat Orang Asli. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/05/tengku-hassanal-ingatkan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fadillah Jamin Gps Pastikan Kerajaan Pimpinan Anwar Stabil

Fadillah Jamin Gps Pastikan Kerajaan Pimpinan Anwar Stabil

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 237 hits
Fadillah jamin GPS pastikan kerajaan pimpinan Anwar stabil Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2023 11 53PM
Kerajaan Bn Di Dakwa Gagal Selesai Isu Air Di Bumi Pahang Sejak 60 Tahun Lalu

Kerajaan Bn Di Dakwa Gagal Selesai Isu Air Di Bumi Pahang Sejak 60 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 368 hits
nbsp KUANTAN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar mempersoalkan komitmen kerajaan Pahang di bawah Barisan Nasional yang didakwa masih gagal menyelesaikan isu air di negeri itu walaupun sudah mentadbir lebih 60 tahu...
Kerajaan Pahang Tangguh Bentang Rang Undang Undang Anti Lompat Parti

Kerajaan Pahang Tangguh Bentang Rang Undang Undang Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 215 hits
nbsp LIPIS Rang Undang undang anti lompat parti yang dinanti nantikan tidak akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pahang pada 8 Mei ini kerana pembangkang meminta lebih masa untuk mengkaji rang undang undang itu Menteri Besar Datuk Ser...
Zulkifli Yaakob Di Lantik Jadi Setiausaha Kerajaan Pahang Baharu Mulai Hari Ini

Zulkifli Yaakob Di Lantik Jadi Setiausaha Kerajaan Pahang Baharu Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 346 hits
KUANTAN Pengarah Pembangunan Negeri Dato Indera Haji Zulkifli Haji Yaakob dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu bermula hari ini Dato Indera Haji Zulkifli yang membesar di Kuala Lipis berkelulusan dari University Of Wales ...
Kerajaan Pahang Di Gesa Warta Kawasan Tadahan Air Sebagai Hutan Simpan Kekal

Kerajaan Pahang Di Gesa Warta Kawasan Tadahan Air Sebagai Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 245 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu mewartakan kawasan tadahan air sebagai hutan simpan kekal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terjejas disebabkan aktiviti penerokaan untuk tujuan pembalakan pelombongan dan sebagainya Timbalan Presiden PA...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tidak Ambil Tanah Sewenang Wenangnya Untuk Ecrl

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tidak Ambil Tanah Sewenang Wenangnya Untuk Ecrl

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 246 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan kerajaan negeri tidak akan mengambil tanah sewenang wenangnya tanpa berjumpa pemilik tanah termasuk dalam pelaksanaan Projek Rel Pantai Timur di negeri ini Setiap perka...
Tengku Hassanal Titah Beri Peruntukan Yang Adil Kepada Adun Pembangkang

Tengku Hassanal Titah Beri Peruntukan Yang Adil Kepada Adun Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 250 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya Kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri ini B...
Isu Peruntukan Pembangkang Hargai Kenyataan Tengku Hassanal

Isu Peruntukan Pembangkang Hargai Kenyataan Tengku Hassanal

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 234 hits
Isu peruntukan Pembangkang hargai kenyataan Tengku HassanalAhli Dewan Undangan Negeri pembangkang di Pahang menyambut baik titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah s...
Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Sprm Pahang Dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Perkukuh Integriti Pengurusan Dana Awam

The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Rbnz Hampir Menamatkan Kitaran Pemotongan Kadar Menyediakan Ruang Untuk Pemulihan Kiwi Terhadap Dolar

Afgan Peluk Chord

Seribu Satu Rasa Antara Mendengar Memberi Dan Menghargai

Adakah Loan Rumah Loan Kereta Itu Riba

Sepatu Branded Wanita Terbaik 2025 17 Rekomendasi Elegan Timeless Untuk Fashionista