Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tidak Ambil Tanah Sewenang Wenangnya Untuk Ecrl


 
KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan kerajaan negeri tidak akan mengambil tanah sewenang-wenangnya tanpa berjumpa pemilik tanah termasuk dalam pelaksanaan Projek Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.
"Setiap perkara ada proses, ada tatacara... saya tiada maklumat lengkap (buat masa ini) tetapi saya akan jawab pada sesi penggulungan nanti.

Wan Rosdy berkata demikian semasa mencelah perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu pada berhubung dakwaan pengambilan tanah untuk projek ECRL tanpa makluman awal kepada pemiliknya, pada perbahasan usul menjunjung titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.
Andansura mendakwa, kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Chendor di sini, apabila penduduk 'dikejutkan' dengan kehadiran perunding yang memaklumkan tanah mereka telah diambil bagi pelaksanaan ECRL, sehingga menimbulkan keresahan tentang masa depan mereka.
"Kami menyambut baik dan berterima kasih kepada projek pembangunan, tetapi ia perlu dilaksanakan dengan baik. Antara perkara yang perlu ditambah baik ialah layanan kerajaan negeri terhadap pihak terlibat. Penduduk kampung mengatakan tanah mereka diambil tapi malangnya tiada satu wakil kerajaan beritahu mereka.
"Bila pihak ketiga (perunding) yang hadir, terkejut orang kampung dan mereka datang berjumpa saya menangis, memikir mana hendak duduk... saya mohon dapat diberikan sedikit pertimbangan sebelum dimuktamadkan. Kena tambah baik cara layan dan cara berkomunikasi dengan penduduk supaya tidak timbul persepsi negatif atau hal lain," katanya.
Sementara itu, ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang memohon pertimbangan kerajaan negeri supaya mengurangkan kos sewaan tanah pertanian dan memanjangkan tempoh sewaan tanah kepada pekebun di Cameron Highlands, bagi mewujudkan ekosistem pertanian lebih stabil, meringankan beban dan membantu mereka ke arah pertanian lestari.
Katanya, sejak 2020, pekebun ditawarkan sewaan berdaftar yang dikeluarkan Pahang Corporation Sdn Bhd pada kadar RM4,500 seekar (kira-kira 0.4 hektar) setahun, berbanding RM884 seekar yang ditetapkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sebelum itu.
Bagi tempoh sewaan, kerajaan negeri menawarkan tempoh selama tiga tahun dengan opsyen penyambungan dua tahun (tiga+dua tahun) yang lebih panjang berbanding setahun di bawah LPS.
"Bagaimanapun, kadar sewaan RM4,500 seekar setahun adalah agak tinggi dan membebankan pekebun kerana melibatkan peningkatan 500 peratus. Kebanyakan pekebun terutamanya yang berskala kecil berhadapan pelbagai cabaran seperti harga sayur yang tidak stabil dan bergantung kepada pelbagai faktor terutamanya cuaca.
"Pada masa sama, tempoh sewaan tiga+dua tahun masih tidak dapat memberi jaminan yang mencukupi. Apabila pekebun khuatir dengan keselamatan pegangan tanah, kebanyakan mereka tidak akan melabur modal dan masa untuk menggunakan kaedah atau teknologi canggih untuk meningkatkan hasil," katanya.
Selain itu, Chi Yang yang merupakan ADUN paling muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang memohon kerajaan negeri untuk mengkaji semula larangan pemanduan kenderaan barangan di sebahagian laluan di Jalan Tapah-Cameron Highlands bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang setiap Jumaat hingga Ahad, kerana memberi kesan kepada rangkaian logistik sayur.
"Terdapat lebih kurang 3,000 kebun di Cameron Highlands dan rangkaian sayurnya amat rumit. Gangguan masa berisiko menjejaskan masa perjalanan yang diperlukan selain memudaratkan kualiti dan kesegaran sayur. Larangan ini juga dikhuatiri mengurangkan bekalan sayur di pasaran, seterusnya meningkatkan harga ekoran bekalan tidak mencukupi," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/05/wan-rosdy-kerajaan-pahang-tidak-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Tangguh Bentang Rang Undang Undang Anti Lompat Parti

Kerajaan Pahang Tangguh Bentang Rang Undang Undang Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 149 hits
nbsp LIPIS Rang Undang undang anti lompat parti yang dinanti nantikan tidak akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pahang pada 8 Mei ini kerana pembangkang meminta lebih masa untuk mengkaji rang undang undang itu Menteri Besar Datuk Ser...
Kerajaan Bn Di Dakwa Gagal Selesai Isu Air Di Bumi Pahang Sejak 60 Tahun Lalu

Kerajaan Bn Di Dakwa Gagal Selesai Isu Air Di Bumi Pahang Sejak 60 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 289 hits
nbsp KUANTAN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar mempersoalkan komitmen kerajaan Pahang di bawah Barisan Nasional yang didakwa masih gagal menyelesaikan isu air di negeri itu walaupun sudah mentadbir lebih 60 tahu...
Kerajaan Pahang Di Gesa Warta Kawasan Tadahan Air Sebagai Hutan Simpan Kekal

Kerajaan Pahang Di Gesa Warta Kawasan Tadahan Air Sebagai Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 176 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu mewartakan kawasan tadahan air sebagai hutan simpan kekal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terjejas disebabkan aktiviti penerokaan untuk tujuan pembalakan pelombongan dan sebagainya Timbalan Presiden PA...
Tiada Kenaikan Kadar Cukai Tanah Bagi Tempoh Lima Tahun Di Negeri Pahang

Tiada Kenaikan Kadar Cukai Tanah Bagi Tempoh Lima Tahun Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi jaminan kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan kadar cukai tanah dalam tempoh lima tahun walaupun menyasarkan peningkatan kutipan hasil setiap tahun Jaminan itu dinyata...
Zulkifli Yaakob Di Lantik Jadi Setiausaha Kerajaan Pahang Baharu Mulai Hari Ini

Zulkifli Yaakob Di Lantik Jadi Setiausaha Kerajaan Pahang Baharu Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 284 hits
KUANTAN Pengarah Pembangunan Negeri Dato Indera Haji Zulkifli Haji Yaakob dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu bermula hari ini Dato Indera Haji Zulkifli yang membesar di Kuala Lipis berkelulusan dari University Of Wales ...
Tengku Hassanal Mengngatkan Kerajaan Pahang Pastikan Pelaburan Bermanfaat

Tengku Hassanal Mengngatkan Kerajaan Pahang Pastikan Pelaburan Bermanfaat

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 196 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sulta...
Teruknya Kerajaan Negeri Kelantan

Teruknya Kerajaan Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 169 hits
Teruknya kerajaan negeri dia nak supply air pun kena guna duit sendiri
Kali Ni Rasanya Majlis Raja Tak Layan Dah Kot Kerajaan Sudah Berjalan Baik Dan Membantu Rakyat

Kali Ni Rasanya Majlis Raja Tak Layan Dah Kot Kerajaan Sudah Berjalan Baik Dan Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 151 hits
Kami masih beraya dgn makanan di pelbagai lokasi rumah terbuka banyak pula cerita nak rampas kerajaan nak jatuhkan kerajaan nak tukar kerajaan sampai ada gambar lebai kelarah pas tersebar tandatangan akujanji depan Mahathir Nak beritahu kpd...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall