Tempoh Pkp Lanjut Dua Bulan Jika Covid 19 Terus Merebak Pakar Virus




Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin berlanjutan dua bulan lagi, jika penguatkuasaan sehingga 31 Mac ini, gagal mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, tidak menolak kemungkinan itu jika rakyat terus berdegil mengingkari PKP, mengabaikan pelaksanaan penjarakkan sosial serta tidak mengutamakan amalan batuk dan kebersihan yang baik.
“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.
“Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Selain kedegilan rakyat, Sazaly berpandangan, faktor lain mungkin menyumbang kepada kegagalan mengakhiri penularan jangkitan COVID-19, adalah tindakan ribuan orang ramai pulang ke kampung halaman selepas PKP diumumkan.
“Adalah satu kesilapan apabila orang dari kawasan tinggi jangkitan, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, balik ke kampung.
“Kita seolah-olah tidak belajar pada kesilapan sama dilakukan Itali, yang akhirnya menyebabkan wabak coronavirus bertambah kronik di negara itu,” katanya, yang berharap strategi penguatkuasaan lebih agresif.
Sazaly mencadangkan kerajaan mencontohi Korea dan Jepun serta Taiwan, yang bertindak agresif melaksanakan ujian komuniti dengan mengerah jentera perubatan mereka membuat ujian daripada pintu ke pintu.
“Ketika ini, kita masih menunggu orang sakit atau disahkan positif (melalui pengesanan kontak) datang ke hospital. Ibaratnya menunggu sama ada mangsa sakit, pulih atau meninggal dunia.
“Sekarang ‘darurat’ dan sedang berperang, tak boleh guna cara lama. Di Korea dan Jepun, mereka kerah jentera perubatan cari pesakit. Misalnya, Korea buat 20,000 ujian COVID-19 dalam sehari.
“Kita perlu masuk ke kawasan yang dikategorikan tinggi wabak dan uji semua orang dalam kawasan itu. Jika positif, ajar kaedah kuarantin dan terus beri ubat, tidak semestinya mereka perlu ke hospital.
“Ujian komuniti ini bukan saja oleh KKM, malah polis, tentera, pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan juga boleh dikerah membantu. Dalam saat perang ini, gunakan apa saja sumber yang ada, tak boleh bergerak sendirian,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Malaysia menjadi seperti Itali jika langkah agresif itu tidak dilakukan.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang tidak berkait dengan kluster tabligh, sekali gus menggesa KKM segera melaksanakan penjujukan genom virus bagi mengenalpasti punca jangkitan berkenaan.
Penjujukan genom itu juga perlu disegerakan bagi mengenalpasti punca mengapa majoriti kes kematian akibat coronavirus di Malaysia, adalah membabitkan golongan berusia 60 tahun ke bawah, berbeza dengan kes di China, Itali, Jepun dan negara lain.
“Tujuh daripada 10 kes kematian di Malaysia adalah 60 tahun dan ke bawah, sedangkan negara lain majoriti kes kematian adalah individu 60 tahun atau 80 tahun ke atas.
“Kita perlu kenal pasti menerusi penjujukan genom, sama ada virus yang menyerang di Malaysia lebih bahaya serta dari mana datangnya virus yang menjangkiti jemaah tabligh dan kes-kes lain,” katanya.
BH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/22/tempoh-pkp-lanjut-dua-bulan-jika-covid-19-terus-merebak-pakar-virus/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempoh-pkp-lanjut-dua-bulan-jika-covid-19-terus-mer

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar China Ramal Covid 19 Mungkin Terus Berlegar Di Seluruh Dunia Selama Dua Tahun

Pakar China Ramal Covid 19 Mungkin Terus Berlegar Di Seluruh Dunia Selama Dua Tahun

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 260 hits
Walaupun Presiden Amerika Syarikat memberi isyarat yang dia ingin keadaan menjadi normal semula selepas 15 hari seorang pakar penyakit berjangkit dari China memberi amaran kepada dunia bahawa perjuangan melawan coronavirus masih panjang Pro...
Kes Positif Covid 19 Di Australia Terus Meningkat Bayi 5 Bulan Antara Mangsa Terbaru

Kes Positif Covid 19 Di Australia Terus Meningkat Bayi 5 Bulan Antara Mangsa Terbaru

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 296 hits
Bayi berusia lima bulan adalah antara kes koronavirus yang disahkan di Australia Australia Barat mencatatkan 24 kes baru Covid 19 pada malam Khamis yang membawa kepada jumlah keseluruhan kepada 255 Daripada 24 kes baru 11 adalah dari penump...
Xiaomi Menawarkan Jaminan Tambahan 3 Bulan Untuk Pembelian Peranti Dalam Tempoh Pkp

Xiaomi Menawarkan Jaminan Tambahan 3 Bulan Untuk Pembelian Peranti Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 367 hits
Xiaomi Malaysia kini mengumumkan penawaran jaminan tambahan selama 3 bulan untuk sesiapa yang membeli peranti dalam tempoh PKP antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 Xiaomi mengatakan jaminan tambahan 3 bulan ini tertakluk untuk pembelian ...
Covid 19 Dalgona Coffee Menu Trending Di Sepanjang Tempoh Pkp

Covid 19 Dalgona Coffee Menu Trending Di Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 425 hits
Resepi Dalgona Coffee Menu Trending Di Sepanjang Tempoh PKP SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan ramai yang mula berfikir tentang aktiviti yang seronok untuk dilakukan di rumah Nama Dalgona Coffee mungkin sudah terle...
Perdana Menteri Menteri Timbalan Menteri Potong Gaji Dua Bulan Untuk Tabung Covid 19

Perdana Menteri Menteri Timbalan Menteri Potong Gaji Dua Bulan Untuk Tabung Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 291 hits
Perdana menteri menteri dan timbalan menteri akan menyumbangkan dua bulan gaji mereka kepada Tabung Covid 19 Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet semalam menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya Langkah ini membuktikan k...
Lanjut Pkp Diharap Landaikan Graf Covid 19

Lanjut Pkp Diharap Landaikan Graf Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 231 hits
PUTRAJAYA 25 MAC Kementerian Kesihatan Malaysia berharap Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April ini melandaikan graf penularan wabak Covid 19 di negara ini kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ...
Virus Covid 19 Kekal Dalam Paru Paru Pesakit Walaupun Sudah Meninggal Dunia Pakar

Virus Covid 19 Kekal Dalam Paru Paru Pesakit Walaupun Sudah Meninggal Dunia Pakar

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 529 hits
BEIJING Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit koronavirus dan mendapati virus itu tetap berada di paru paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia lapor agensi berita Xinhua Bedah siasat itu turut menu...
Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 348 hits
SHAH ALAM 27 MAC Jumlah kes baharu jangkitan Covid 19 di Selangor menurun agak ketara hari ini berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 75 kes Walau kes baharu hanya 36 namun seorang lagi meninggal dunia menjadikan tiga kematian di neger...
Covid 19 Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid Surau

Covid 19 Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid Surau

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 251 hits
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail KUALA TERENGGANU 29 Mac Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 14 April ini selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaa...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Enhancing Literary Learning With Music Videos In Esl Classroom

Anggrek Feat Adim Mf Gungguang Lah Denai Chord

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pengalaman Makan Darsa Fried Chicken Di Bangi

Pakej Haji Swasta Mkm Travel 2025 Pilihan Terbaik Untuk Pengalaman Ibadah Yang Sempurna

Mkm Sedia Pakej Haji Premium

Gotong Royong Akhir Sesi

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Tips Memaksimalkan Penjualan Melalui Kotak Packaging Yang Menarik