Tempoh Pembayaran Bpn Dilanjutkan Sehingga Mei 2020 Tengku Zafrul


Tempoh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua yang dijadualkan berakhir pada hujung minggu lalu terpaksa dilanjutkan sehingga 22 Mei, 2020, disebabkan oleh beberapa kekangan teknikal.


Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata setakat ini, seramai 7.61 juta penerima BPN fasa kedua telah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion, mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa tersebut.


“Bagi 2.3 juta penerima yang layak daripada permohonan baharu dan rayuan, bayaran telahpun bermula pada 15 Mei, 2020. Sehingga kini, seramai 830,000 telah menerima bayaran BPN melibatkan RM620 juta,” katanya semasa membentangkan Laporan Keenam Pencapaian Prihatin-Laksana, hari ini.



Susulan lanjutan proses rayuan yang diumumkan minggu lalu, beliau berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini sedang giat memproses rayuan yang diterima dan akan memberi pertimbangan sewajarnya.


“Pemohon diingatkan untuk mengemukakan rayuan dengan segera sebelum tarikh tutup rayuan yang telah dipanjangkan sehingga 31 Mei, 2020,” katanya.


Mengenai program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tengku Zafrul berkata, sehingga 17 Mei, sebanyak 4.4 juta permohonan telah diterima manakala 3.9 juta permohonan diluluskan, peningkatan daripada 3.7 juta pada minggu sebelumnya dengan jumlah pembayaran melibatkan RM1.83 bilion sebulan.

Sementara itu, bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja kepada 7.0 peratus daripada 11 peratus, beliau berkata jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM923.5 juta.

Menurutnya, kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan sendiri untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar 11 peratus, iaitu seramai 1.5 juta atau lebih kurang 20 peratus daripada pencarum KWSP sehingga 17 Mei berbanding 1.2 juta pencarum pada bulan April.

Di bawah Subsidi Upah pula, Tengku Zafrul berkata sebanyak RM2.24 bilion telah diluluskan bagi 267,752 majikan sehingga 17 Mei, mewakili dua juta pekerja.

Mengenai Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), beliau berkata setakat 17 Mei, permohonan yang telah diluluskan oleh bank tempatan dan disetujuterima oleh PKS berjumlah RM5.8 bilion, dan ini akan memanfaatkan 14,075 PKS.

Berkaitan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang dikendalikan Bank Negara Malaysia (BNM) beliau berkata permintaan terhadap dana itu sangat menggalakkan dan peruntukan awal RM5 bilion telah digunakan sepenuhnya dengan cepat.

“Malah, seperti yang diumumkan oleh BNM minggu lalu, lebih 20,000 permohonan berjumlah kira-kira RM10 billion telah diluluskan oleh institusi kewangan yang menawarkan SRF ini.

“Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, BNM telah menambah jumlah peruntukan sebanyak RM5 bilion lagi bagi memenuhi jumlah permohonan yang telah diluluskan ini,” katanya.

Daripada jumlah yang dluluskan ini, beliau berkata sejumlah RM5.75 bilion telah disetujuterima oleh 13,908 PKS manakala RM4.25 bilion permohonan selebihnya pula sedang dalam proses pasca-kelulusan termasuk permohonan jaminan dan setujuterima oleh pemohon. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/tempoh-pembayaran-bpn-dilanjutkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayaran Bpn Fasa Kedua Sehingga 22 Mei 2020

Bayaran Bpn Fasa Kedua Sehingga 22 Mei 2020

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 492 hits
Bayaran BPN Fasa Kedua Sehingga 22 Mei 2020 Berita baik bagi mereka yang masih menanti kemasukan duit BPN bagi fasa kedua Ada ramai juga di antara rakyat Malaysia yang masih belum mendapat BPN Fasa 2 Bayaran BPN Fasa Kedua Sehingga 22 Mei 2...
Rayuan Bpn Dibuka Mulai Esok Sehingga 31 Mei 2020 Lhdn

Rayuan Bpn Dibuka Mulai Esok Sehingga 31 Mei 2020 Lhdn

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR 11 Mei Pemohon yang gagal menerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini boleh membuat rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri mulai 11 Mei atau 12 Mei sehingga 31 Mei 2020 Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Dr Sabin Samitah b...
Semak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020

Semak Lulus Bpn Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 533 hits
Semak LULUS BPN Bagi Permohonan Baru Mulai 09 Mei 2020 Semakan kelulusan permohonan baru bagi Bantuan Prihatin Nasional boleh dilakukan mulai hari ini 09 Mei 2020 Permohonan baru BPN ini melibatkan individu yang berpendapatan RM2000 hingga ...
Pembayaran Bpn Untuk Permohonan Baru Rayuan Akan Dibuat Mulai 15 Hingga 20 Mei Mygcc

Pembayaran Bpn Untuk Permohonan Baru Rayuan Akan Dibuat Mulai 15 Hingga 20 Mei Mygcc

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 393 hits
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baru dan rayuan akan dikreditkan ke akaun pemohon bermula pada 15 hingga 20 Mei 2020 Dalam pada itu pembayaran akan dilakukan secara sekaligus merujuk hebahan daripada Pusat Panggilan Ker...
Soalan Lazim Pembayaran Fasa Kedua Bpn 2020 Lhdnm

Soalan Lazim Pembayaran Fasa Kedua Bpn 2020 Lhdnm

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 669 hits
Soalan Lazim mengenai Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional Mei 2020 LHDNM Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional bpnQuestion Answer Soal Jawab mengenai bantuan kerajaan BPN Fasa 2 2020 Q Bilakah tarikh pembayaran fasa ke...
Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 511 hits
Sebentar tadi baru sahaja selesai Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan antara pengisian yang disampaikan adalah pelanjutan permohonan Bantuan Prihatin Nasional sehingga 31 Mei ini Perkara ini diputuskan selepas meliha
Rayuan Bpn Dilanjutkan Hingga 31 Mei

Rayuan Bpn Dilanjutkan Hingga 31 Mei

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 264 hits
KERAJAAN melanjutkan rayuan Bantuan Prihatin Nasional sehingga 31 Mei ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata selain menghantar emel para pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memb...
19 Mei 2020 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Gbp Usd

19 Mei 2020 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Gbp Usd

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 332 hits
Prospek jangka masa teknikal untuk pasangan GBP USD kekal menaik selagi pergerakan menaik dikekalkan di atas 1 1890 1 1900 pada Carta H4 Baru baru ini kegigihan pergerakan menaik di atas 1 2265 telah meningkatkan pergerakan kenaikan harga s...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

Cendol Laksa Kuala Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Wan Razali Penjenamaan Semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin Apa Manfaat Kepada Rakyat

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

Event Report 5 Customs From The Las Vegas One Motorcycle Show

Makan Nasi Lemak Burung Hantu

Hadiah Top Komentator Dari Kak Mulan