Tempoh Bertenang Kamal Adli






Sering terkandas dalam hubungan percintaan, pelakon Kamal Adli akhirnya reda membuat pilihan untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya.

Enggan lagi terjerumus dalam fasa mempertahankan hubungan yang tidak pasti atau terlalu menyayangi seseorang, pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli, kini selesa memegang gelaran lelaki solo.

Ujar hero drama Setelah Terlafaznya Akad itu, seiring peningkatan usia dia kini lebih matang dalam membuat pilihan terutama berkaitan soal hati.

“Sekarang saya sedang seronok menjalani kehidupan lelaki solo. Saya tidak mahu terlalu mengejar cinta seseorang atau mudah menjalinkan hubungan.

“Pada usia 33 tahun saya sedar umur semakin meningkat. Saya tidak mahu hubungan cinta hanya melibatkan perasaan dua pihak semata-mata, sebaliknya perlu ada kesefahaman antara satu sama lain,” ujarnya.

Solo

Mengimbau mengenai kisah cintanya yang terkandas, Kamal menegaskan dia sememangnya serius setiap kali menjalinkan hubungan.

Jauh sekali menganggap setiap wanita yang pernah beraja dalam hatinya sekadar mengisi masa dan kekosongan hati, jelas Kamal setiap hubungan cintanya berlanjutan sekitar empat dan enam enam tahun.

Akur dengan takdir setiap hubungan tersebut tidak berakhir ke jinjang pelamin, Kamal tidak pernah meletakkan kesalahan kepada bekas kekasihnya.

“Saya tidak pernah merasa solo. Saya seseorang yang sentiasa mahu mempunyai pasangan. Setiap kali berpisah saya berani untuk mencuba menjalinkan hubungan baharu. Malangnya pada ketika itu saya tidak matang.

“Saya meletakkan cinta sebagai prioriti sehingga melupakan impak hubungan tersebut terhadap kerjaya. Bagi saya, cinta adalah segala-galanya. Itu khilaf saya,” luahnya.

Yakin dirinya kini telah matang, Kamal selesa supaya hubungan tersebut hadir sendiri tanpa perlu dicari.

Menafikan dirinya serik untuk bercinta lagi, pelakon filem Abang Long Fadil itu dambakan tempoh bertenang untuk seketika.

“Saya kembali solo sejak beberapa bulan yang lalu dan hasilnya, saya lebih fokus terhadap kerjaya. Jika ada (kekasih), saya bersyukur,” tuturnya yang meletakkan titik noktah terhadap topik hati.



Fenomena

Sedekad berada dalam industri, baharu kini Kamal merasai kemanisan berada di puncak populariti.

Kejayaan itu gara-gara lakonan berkesannya sebagai Hanan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad gandingan bersama Uqasha Senrose yang menjayakan watak sebagai Nawal.

Impak lakonan tersebut dapat dirasai oleh Kamal apabila peminatnya kini mula menggelarnya sebagai Hanan walaupun ada ketika akaun Instagramnya dihujani kecaman netizen dalam ruangan komen.

Jelas Kamal, dia tidak pernah sangka drama tersebut mampu mencipta fenomena kerana sepanjang proses penggambaran dia khuatir dengan penerimaan peminat.

“Saya terkejut drama tersebut menerima sambutan baik daripada peminat. Saya tidak pernah sangka pengaruh drama berkenaan kuat.

“Drama Setelah Terlafaznya Akad agak panjang iaitu sebanyak 28 episod. Saya khuatir pada pertengahan episod peminat lari atau bosan. Alhamdulillah, setiap episod drama tersebut menjadi sohor dalam pelbagai platform media sosial,” jelasnya.

Mengulas mengenai kunci kejayaan drama yang telah tamat siarannya pada 1 Ogos lalu, Kamal berkata gandingannya dengan Uqasha menzahirkan keserasian yang berkesan.

“Saya dah Sha (Uqasha) telah lama berkenalan sebagai rakan artis. Jadi, saya cukup selesa bergandingan dengan Sha.

“Mungkin sebab itu, kami begitu serasi dalam drama. Saya akui, sepanjang tempoh tayangan drama tersebut ada ketika saya dibenci. Tetapi tidak mengapa kerana kebencian mereka (penonton) membawa maksud lakonan kami berjaya,” katanya.

Populariti

Tambahnya, wujud permintaan untuk mereka digandingkan kembali. Bagaimanapun tegas Kamal, dia masih berpegang pada prinsip untuk memilih naskhah yang berkualiti.

“Sudah tentu jika ada pihak televisyen mahu menggandingkan kami berdua, saya menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka.

“Biarpun begitu, saya dan Sha berpendapat, kami tidak mahu penampilan tersebut sebagai sekadar memenuhi permintaan umum. Keutamaan menerima sebarang projek tetap terletak pada kekuatan skrip,” ujarnya.

Ketika ditebak mengenai kemanisan menggengam populariti sejurus kejayaan drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal sekadar tersenyum.

“Saya sudah biasa berada dalam kelompok yang tidak popular. Saya sudah cukup bersyukur sekiranya nama Kamal Adli masih ada dalam industri.

“Tiada istilah mengejar populariti. Saya hanya mahu bertahan dan berada dalam liga ini,” katanya menutup bicara.

Beberapa kali gagal dalam percintaan, Kamal kini memilih untuk berehat seketika daripada menjalinkan hubungan cinta. Selesa menggalas gelaran lelaki solo, Kamal enggan memikirkan soal hati, sebaliknya memberi fokus terhadap karier seni.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/09/tempoh-bertenang-kamal-adli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempoh Urine Ganja Di Dalam Sistem Badan

Tempoh Urine Ganja Di Dalam Sistem Badan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 975 hits
Berapa Lama Kesan Ganja Akan Berada Dalam Sistem Tubuh Anda Marijuana atau dalam bahasa kita ganja baru baru ini menjadi bualan apabila ada usul untuk menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia Tetapi timbalan menteri Belia dan Sukan Datuk M...
Novel Online Cinta Belum Tamat Tempoh Bab 1 Hingga Bab 12

Novel Online Cinta Belum Tamat Tempoh Bab 1 Hingga Bab 12

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 728 hits
Novel Online Cinta Belum Tamat Tempoh Bab 1 Hingga Bab 12Nantikan Drama Adaptasi Novel Cinta Belum Tamat Tempoh yang akan bersiaran menerusi Slot MegaDrama Astro Ria Drama Cinta Belum Tamat Tempoh ini nanti akan menampilkan gandingan pelako...
Fitnah Tak Jual Produk Muslim Bumiputera Econsave Buat Laporan Polis Beri Tempoh 48 Jam Untuk Minta Ampun

Fitnah Tak Jual Produk Muslim Bumiputera Econsave Buat Laporan Polis Beri Tempoh 48 Jam Untuk Minta Ampun

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 471 hits
Pasar raya Econsave Cash Carry Sdn Bhd semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk produk Muslim dan Bumiputera Pengurus Besar Econsave Mas I...
Dong Zong Johor Diberi Tempoh Pinda Perlembagaan

Dong Zong Johor Diberi Tempoh Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 231 hits
Muhyiddin enggan ulas sebab utama RoS keluar surat pembatalanBANGI Persatuan Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor sebuah persatuan yang bernaung di bawah Dong Zong diberi tempoh yang bersesuaian untuk meminda beberapa perkara berkaitan perl...
Sangkar Terus Mencipta Keuntungan Raih Rm7 2 Juta Dalam Tempoh 10 Hari

Sangkar Terus Mencipta Keuntungan Raih Rm7 2 Juta Dalam Tempoh 10 Hari

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 527 hits
Filem sukan drama arahan Kabir Bhatia Sangkar terus mencatatkan kutipan yang memberangsangkan apabila berjaya meriah RM7 2 juga pada hari ke 10 tayangannya Sebelum ini Sangkar telah mengutip RM4 8 juta pada hari ke 5 tayangan dipasaran temp...
6 Tips Turunkan Berat Badan Dalam Tempoh 30 Hari

6 Tips Turunkan Berat Badan Dalam Tempoh 30 Hari

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 375 hits
DIET Eyyeewwwwww Banyak duit dah habis sebab try macam macam jenis porduk kurus yang menjanjikan bulan dan bintang untuk melariskan stok tapi tak nampak kesan langsung Memang impian nak turunkan berat badan tapi tu lah tu Ni dah masuk bulan...
Kupon Tamat Tempoh

Kupon Tamat Tempoh

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 461 hits
Minggu lepas sempena hari merdeka Black Box SACC ada buat pertandingan mewarna biasalah kan mesti lah meriah dengan budak budak yang begitu teruja nak masuk pertandingan nama pun bebudak macam kita dulu dulu jugak lah Bila ada pertandingan ...
Jom Hasilkan Rm 2 Juta Dalam Tempoh 5 Bulan Atau 5 Tahun

Jom Hasilkan Rm 2 Juta Dalam Tempoh 5 Bulan Atau 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 327 hits
Khabar Gembira buat anda Jom Hasilkan RM 2 Juta dalam Tempoh 5 bulan atau 5 Tahun Bergabung bersama kami di Satu Platform sangat berguna disini
Che Puan Juliana Rindu Tempoh Berpantang Masih Beri Susu Ibu Pada Anaknya Mily

Che Puan Juliana Rindu Tempoh Berpantang Masih Beri Susu Ibu Pada Anaknya Mily

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 415 hits
Comelnya anakanda Che Puan Juliana Evans dan suaminya Tengku Shariffuddin Shah Sulaiman Shah Puteri sulung pasangan ini yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dah berusia dua bulan dan mesra dipanggil Mily oleh bonda...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte

Gnabry Akan Kembali Sane Diragui Untuk Perlawanan Bayern Dengan Real Madrid

Sarah Yasmine Kenalan Saya Anna Jobling

Dendam Rupanya Babak Chacha Maembong Jasmin Hamid Ganyang Ruhainies Buat Netizen Puas