Tempat Yang Ingin Dituju Selepas Covid 19 Berakhir
Assalamualaikum, hai readers..
Tempat Yang Ingin Dituju Selepas Covid-19 Berakhir? Jom kita share sikit tentang tajuk tu. Erm.. Bila PKP ni banyak pula idea nak membebel. Janji blog terupdate kan. Hihihi..
Semalam ddy Zara Zhareef tanya.
"Nanti dah boleh keluar ayang nak pergi mana?"
Me : Ermmmm.. Ntahhh laaa..
(Jawapan tak memberangsangkan betul la kan. Orang dah ajak keluar taknak pulak) ha ha ha
Ddy ZZ : Nanti kita pergi JB nak jalan-jalan. Pergi je la mana mana. Hilangkan boring. Dah lama terperap dalam rumah.
Me : Ikutlaaa..
Sebenarnya kan.. Bukan taknak keluar jalan-jalan. Tapi jadi tak tahu nak tuju mana dulu. Maklumlah, banyak tempat dah pending kan..
Karang keluar ke shopping mall, pikir duit habis pula. Maklumlah, housewife. Bukan bergaji bulanan. Hihihi..
Ada masa kita suka berbelanja pakai duit sendiri. Sebab dapat 1 kepuasan. Nak minta-minta, kena pikir 10x. Tu paling sikit berpikirnya. Ha ha ha
Tapi bagi cik mimi kan, tempat yang nak kena tuju, JPJ laaa kot. Sebabnya lesen mati 16 april ni haaaaaa. Tak syok ler ada lesen, tapi lesen mati dah..
Yang kedua, nak cari pantai kut. Tapi kalau keadaan cuaca tak panas terik la. Nak tengok permandangan laut yang luas. Cari ketenangan dulu. Restkan minda. Bukan apa, terpekung je dalam rumah. Otak pun tepu. Kita bagi otak kita rasa lapang dulu, betul tak?
Kata Mersing banyak pantai. Time ni la kita terjah dulu.
Cik mimi kalau pergi pantai takyah berpicnic. Just pergi lepak lepak sekejap, ambik angin, balik. Hihihi.. Bila pergi sekejap-sekejap, rasa tak puas, nanti rindu nak datang balik kan..
Yang ketiga. Haaaaa, yang ni pun semua orang suka kan. Masuk kedai Rm2 tu. Hahaha..
Cik mimi rindu nak masuk Ninso ni haaaaa.. Nak pergi cuci mata. Ada benda pun nak dicari sebenarnya dekat sana. Disebabkan PKP ni, kita hold dulu la ye.
Kalau korang, tempat yang korang nak tuju dekat mana dulu. Jom kita santai-santai share. Mana tahu boleh bagi idea juga pada kawan-kawan yang lain.
Yang menarik :
Hotel Kea Farm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2020/04/tempat-yang-ingin-dituju-selepas-covid.html