Dr M Gesa Rakyat Ubah Cara Hidup Buat Pengorbanan Selepas Covid 19


Adam Abu Bakar
-April 6, 2020 12:23 PM

Dr Mahathir Mohamad memberi contoh pemain bola sepak tidak boleh berharap mereka dibayar gaji sama sebelum Covid-19 melanda negara kerana tidak turun padang sepanjang PKP.
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat mengubah cara hidup dan membuat pengorbanan dengan tidak lagi mengharapkan imbuhan pada nilai sama kerana penularan Covid-19 akan membawa impak kepada ekonomi negara.

Bekas perdana menteri itu memberi contoh pemain bola sepak yang menurutnya tidak boleh berharap dibayar gaji sama seperti sebelum Covid-19 melanda negara.

Ini kerana, katanya, mereka tidak lagi bermain bola ketika perintah kawalan pergerakan.

Mahathir berkata, pandemik itu bukan saja menjejaskan perniagaan di negara ini, tetapi turut memberi impak kepada pekerja.

Beliau tidak menolak kemungkinan segelintir pekerja akan kehilangan kerja.

“Salah satu perkara yang kita perlu terima hakikat, jika perniagaan tidak berjalan dengan baik, maka anda tidak lagi boleh mengharapkan dibayar dengan nilai yang sama lagi. Kita semua akan memperoleh pendapatan yang rendah.

“Disebabkan itu kita kena ubah cara hidup, kita tidak lagi boleh berharap untuk mengamalkan gaya hidup seperti dahulu lagi, yang sebelum ini memerlukan wang. Apabila kurangkan aktiviti yang memerlukan wang, keperluan tanggungan anda akan semakin berkurangan.

“Bahkan, anda boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan nilai gaji lebih rendah. Ini bermakna anda bukan sahaja boleh meneruskan kehidupan, tetapi majikan juga tidak tertekan untuk perlu membayar gaji anda dengan kadar yang sama lagi.”

Beliau menasihatkan rakyat yang terjejas akibat Covid-19 supaya tidak putus harapan.

Ini kerana katanya, akan wujud peluang pekerjaan baru yang boleh dijadikan sumber pendapatan buat pekerja terjejas.

“Ada pekerjaan yang dihentikan seketika pada masa ini kerana tidak ada permintaan dan majikan tidak boleh menggaji lebih ramai pekerja kerana pada masa ini mereka tidak membuat sebarang keuntungan, contohnya syarikat penerbangan.

“Bagi mereka yang terjejas, bidang lain yang harus dilihat dan diceburi adalah bidang ‘delivery’ (penghantaran).”

Katanya, mereka yang memiliki kemahiran tertentu tidak perlu bimbang akan terjejas akibat Covid-19 kerana masih boleh berbuat demikian, tetapi di lokasi berbeza.

“Jika anda sebelum ini merupakan tukang masak di hotel, kali ini anda masih boleh lakukan perkara sama, tetapi di rumah.”

Mahathir turut meminta rakyat tidak menuding jari kepada China yang merupakan negara pertama terkesan dengan virus itu.

“Sekarang ini ada yang hendak salahkan China, tetapi bila kita tahu China lebih berjaya tangani masalah ini berbanding negara-negara lain, apa yang lebih baik dilakukan adalah kita belajar dari China macam mana hendak hadapi masalah ini.

“Tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada kita jika kita terus menyalahkan orang lain. Lebih baik kita kenal pasti apa yang menyerang kita dan berusaha mencari jalan untuk atasinya.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/dr-m-gesa-rakyat-ubah-cara-hidup-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Jangan Salahkan China Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup Dr Mahathir

Covid 19 Jangan Salahkan China Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 354 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat mengubah cara hidup dan membuat pengorbanan dengan tidak lagi mengharapkan imbuhan pada nilai sama kerana penularan Covid 19 akan membawa impak kepada ekonomi negara Bekas perdana menteri itu...
Covid 19 Rakyat Terhutang Budi Pada Petugas Barisan Hadapan

Covid 19 Rakyat Terhutang Budi Pada Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 224 hits
KUALA TERENGGANU 7 April Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili seluruh rakyat Terengganu merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk memastikan wabak COVID 19 dapat dibendung Menerus...
Buku Cerita Atas Talian Engkaulah Adiwiraku Ajar Anak Tentang Covid 19 Cara Santai

Buku Cerita Atas Talian Engkaulah Adiwiraku Ajar Anak Tentang Covid 19 Cara Santai

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 420 hits
Sebuah buku cerita atas talian baharu telah dihasilkan bertujuan untuk membantu kanak kanak memahami tentang wabak COVID 19 Pengisiannya telah disusun khas dengan kerjasama lebih daripada 50 organisasi yang bekerja di sektor kemanusiaan ter...
Pm Faham Rakyat Bosan Duduk Di Rumah Tapi Itu Pengorbanan Melawan Virus

Pm Faham Rakyat Bosan Duduk Di Rumah Tapi Itu Pengorbanan Melawan Virus

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 246 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengumumkan pakej Prihatin tambahan yang bernilai RM10 bilion bagi meringankan beban Perusahaan Kecil dan Sederhana sebentar tadi Pada akhir ucapan tersebut beliau sedar bahawa rakyat Malaysi...
Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 354 hits
Pasangan ini Hidup sebagai suami isteri 51 tahun meninggal dunia selang enam minit akibat COVID 19Pasangan Stuart 74 dan Adrian 72 mula jatuh sakit pada pertengahan Mac sebelum disahkan dijangkiti COVID 19 Hidup sebagai suami isteri 51 tahu...
51 Tahun Jalani Hidup Bersama Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selang Enam Minit

51 Tahun Jalani Hidup Bersama Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selang Enam Minit

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 304 hits
Pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 51 tahun dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid 19 Mereka meninggal selang enam minit pada Ahad lalu Pasangan yang dikenali sebagai Stuart Baker 74 dan Adrian Baker 72 itu ti...
Uqasha Senrose Lakukan Ujian Covid 19 Selepas Demam Penas

Uqasha Senrose Lakukan Ujian Covid 19 Selepas Demam Penas

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 615 hits
Jika sebelum ini pelakon wanita Ummi Nazeera telah berkongsi satu video menunjukkan dirinya pergi lakukan ujian COVID 19 pandu lalu kini pelakon wanita yang cukup terkenal dengan kecantikannya Uqasha Senrose turut tak ketinggalan untuk perg...
Covid 19 Angka Kes Mungkin Bertambah Dengan Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Luar Negara

Covid 19 Angka Kes Mungkin Bertambah Dengan Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 317 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata penuntut dan pekerja Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara mempunyai potensi menyumbang kepada angka kes dari luar COVID 19 Beliau berkata pada mulanya Kementerian Kes...
Nuh2019 Program Nak Ubah Hidup 2019

Nuh2019 Program Nak Ubah Hidup 2019

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 314 hits
Pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 yang lepas Mak dan kawan kawan menyertai Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center Setia Alam Selangor Program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai ...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak