25 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati





Bagi yang gemar bercuti bersama keluarga dan orang yang tersayang, disini kami ada beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang harus anda lawati. Bahkan anda tidak perlu pening kepala untuk mencari tempat menarik di Pulau Pinang lagiJika anda pergi ke tempat yang kami sarankan ini, sudah pasti anda tidak akan menyesali keputusan yang telah anda pilih. Anda akan terus jatuh cinta dengan tempat-tempat tersebut
Bukan hanya nasi kandar yang sangat dikenali di Pulau Pinang, anda juga boleh memilih banyak lagi makanan untuk dimakan sebelum memulakan perjalanan dengan seronok
Berikut merupakan 25 tempat-tempat menarik di Pulau Pinang yang harus anda pergi bersama keluarga tersayang

1.Entopia By Penang Butterfly Farm
pceb.my
The Natureland dan juga The Cocoon merupakan dua buah kehidupan yang terdapat disini. Sebanyak 15000 ekor rama-rama yang dibiarkan bebas untuk berterbangan dan diantaranya juga terdapat 200 jenis tumbuh-tumbuhan. Apabila berada di sana, anda akan merasai diri anda berada di alam yang berbeza disertakan dengan air terjun, gua, kolam dan banyak lagi taman yang menyerupai alam semulajadi
Malah pihak The Cocoon juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk melibatkan diri dalam beberapa acara yang sudah diaturkan oleh pihak pengurusan
Rm49 (dewasa), RM29 (kanak-kanak)RM65 (warga asing dewasa), RM45 (warga asing kanak-kanak)Alamat:Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang

Waktu beroperasi: 9am-5.30 pm setiap hari
2. Penang Avatar Secret Garden
budakletrik.blogspot.com
Pertama kali anda menjejakkan kaki disana, sudah pasti anda akan terpukau dan terpegun dengan keindahan yang terdapat di hutan ajaib. Permandangan di sana akan mengingatkan anda tentang filem Avatar yang box office satu masa dahulu
Masuk adalah percuma. Iaterletak di alamat 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu beroperasi: Dibuka setiap hari sehingga pukul 12 malam3. Ghost Museum
vgrab.com.my
Kebanyakkan ramai yang gemar pergi ke rumah hantu dan ada juga yang tidak mengemarinya. Perbezaannya adalah, rumah hantu yang ini hantunya tidak menganggu anda. Malah patung hantu yang terdapat di dalamnya adalah mewakili plbagai jenis hantu dari pelbagai budaya
Maklumat latar belakang patung hantu juga turut disediakan . Rupa dan hiasan mereka juga tidak kurang menyeramkan. Merka juga turutmenyediakan kostum hantu bagi anda mengambil gambar serta merakamkan pengalaman sebagai seorang hantu
Harga tiket:RM18 (dewasa). rm8 (kanak-kanak)RM36 (warga asing dewasa). RM16 (warga asing kanak-kanak)Lokasi di 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang
Dibuka setiap hari dari pukul 10 am-7pm
4. JurassicResearch Centre / Dinosour Komtar Penang
thetop.com.my
Jangan terkejut! Terdapat 200 dinasour yang akan ‘dihidupkan semula’. Sudah pasri ramai kanak-kanak yang akan menyukai replika gergasi ini di dalam satu ruang khas yang dipagar. Tambah menarik lagi, melihat di Komtar iaitu di mercu Penang
Harga tiket untuk dewasa hanya RM58, manakala bagi kanak-kanak hanya RM48 sahaja
Lokasinya terletak di TheTop@KOMTAR1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang. Ia beroperasi dari pukul 10am-12.15am pada setiap hari
5. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar
bloggerilhamku.blogspot.com
Pasar yang sudah dibuka sejak 1800 telah menjadi ramai tumpuan para pelancong yang gemarkan jeruk, halwa, kudapan, cenderamata dan juga barangan terpakai. Kepelbagaian yang ada di sana telah menarik perhatian para pelancong tidak kira negara mana
Anda boleh carai lokasinya di Jalan Penang, 103000 Pulau Pinang. Ianya dibuka dari pukul 8.30am-8pm setiap hari
6. Penang Street Art
thefreedomtravellers.com
Anda boleh pergi melawat ke sekitar kawasan George town yang banyak dihiasi dengan karya-karya hasil seni lukisan dari para pelukis terkenal. Kebanyakkan pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan kenang-kenangan sepanjang percutian mereka
Diantara kawasan yang boleh anda jumpa ukisan jalanan ini ialah di Jalan Penang, Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street danjuga Jalan Ah Quee
Kadang kala anda akan mudah leka dan terpehun dengan pelbagai jenis lukisan di sini. Bagi memudahkan perjalanan, anda boleh juga menyewa basikal bagi anda pergi melawat di sekitar kawasan tersebut
7. Taman Rimba Teluk Bahang
bidadari.my
Kawasan Hutan Lipur yang sering menjaditarikan para pelancong yang gemarkan aktiviti riadah dan santai. Malah aktiviti lasak dan perkhemahan juga telah disediakan khas untuk pelancong. Pada masa yang sama, terdapat beberapa kolam mandi dan kawasan istirehat untuk orang awam
8. Muzium Perang Pulau Pinang @ Penang War Museum8. Penang War Museum
.tripadvisor.com.my
Penang War Museum merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh pihak British pada tahun 1930an. Ia juga telah digunakan sebagai menentang pencerobohan tentera Jepun
Pada masa yang sama, pelancong juga boleh melihat beberapa barangan bersejarah seperti meriam, kubu pertahanan bawah tanah sedalam 9 meter dan terowong. Jika ingin masuk ke dalamya, anda perlulah dalam posisi merangkak
Tiketmasuk untuk orang dewasa RM18, RM8 untuk kanak-kanak. Bagi pelancong warga asing RM36 dan RM16 untuk kanak-kanak warga asing
Lokasi ini terletak di Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Mung
Ianya dibuka pada setiap hari dari pukul 9am-7pm
9. Rumah Tempat Kelahiran P. Ramlee
percutianbajet.com
Jika tidak melawat ke rumah kelahiran seniman tersohor iaitu P. Ramlee memang tidak akan lengkap percutian anda. Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh seorang lagenda yang tidak ada pengantinya dalam bidang seni. Masuk adalah percuma
10. Pasar Malam Batu Feringgi
penangseaview.com
Lokasi yang tidak oenah lekang dengan pengunjung adalah di pasar malam Batu Feringgi yang terletak di Pulau Pinang. Apa yang paling menarik, lokasinya tepat di tepi pantai. Malah banyak barangan, makanan dan juga kraftangan yang boleh ditemui di situ. Barangan yang dijual juga sangat berkualiti dan berpatutan
Alamatnya terletak di Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang. Tempat ini juga dibuka padapukul 7pm-12am setiap hari
11. Akuarium Penang Batu Maung
eldarwena.com
Ramai yang masih tidak tahu tentang tempat yang satu ini. Akuarium Penang Batu Maung merupakan satu tempat yang sangat menarik seperti Aquaria KLCC. Namun ianya tidaklah sebesar seperti disana
Paling menyeronokkan, harganya lebih murah dan sangat sesuai dengan tempat tersebut. Tempat itu juga tidak jauh dari muzium Penang
Akuarium Penang atau lebih dikenali sebagai Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan yangmempunyai 25 buah tangki besaryangmemunyai saiz sebesar 15 x 10 kaki persegi. Terdapat 100 jenis ikan di dalamnya
Akuarium besar itu juga terdapat kolam yang mempunyai penyu serta ikan besar dan kecil di dalamnya. Para pengunjung juga dibenarkan untuk memberikan makanan dengan makanan ikan yang turut dijual disana. Harga makanan ikan hanyalah RM1. Sudah pasti yang berkunjung di situ membawa keluarga serta anak-anak rasa gembira dengan pengalaman sebegini. Rangka ikan paus yang pernah terdampar di Kuala Kedah pada tahun 2011
Melihat ikan-ikan berenang sudah pasti membuah orang yang melihat gembira dan tenang. Penang merupakan salah satu tempat yang harus anda kunjungi bersama keluarga dan orang yang tersayang
Lokasinya di Kompleks Perikanan, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tempat ini dibuka setiap Selasa dan Khamis pada pukul 10am-4.30pm. Ia akan ditutup setiap hari Rabu
Harga tiket masuk bagi dewasa RM5, Kanak-kanak di bawah 12 tahun ke bawah RM2.50 dan bagi warga emas serta OKU adalah percuma
12. Tropical Spice Garden
.alexisjetsets.com
Taman hijau yang cantik ini juga mempunyai 500 spesis tumbuh-tumbuhan tropika. Keluasan yang melebihi 8 ekar, dan ia juga merupakan salah satu taman seumpamanya di Asia Tenggara. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak
Kanak-kanak juga boleh melawati tempat khas seperti 5 Senses Tour dan Giant 3D Slides and Ladders. Apa yang palingmenarik dan unik, Tropical Spices Garden juga ada mengadakan kelas memasak untuk orang dewasa
Pokok-pokok yang terdapat disana juga sangat menenangkan. Anda juga boleh melihat permandangan di pinggir laut Teluk Bahang. Malah disitu juga mereka ada menyedikan khidmat pada mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang bertemakan taman
Ianya terletak di alamat Lot 595, Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
Tropica Spice Garden juga turut dibuka setiap hari dari pukul 9am-6pm
RM29-RM49 bagi dewasa. RM17-RM25 untuk kanak-kanak. RM39 warga emas. Rm23-RM39 bagi pelajar
13. The Habitat Bukit Bendera
web.facebook.com
Alam semulajadi merupakan salahsatu terapi yang sangat menenangkan sesiapa saja yang melihatnya. Keindahan yang dimiliki olh The Habitat bukan hanya dianggap satu keajaiban, malah ia juga merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai untuk generasi muda zaman sekarang untuk lebih mengenali flora dan fauna
Aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah seperti berjalan mengelilingi pohon hijau di Natural Trail sejauh 1.6km, melalui Canopy Walk dan juga Tree Top Walk bagi yang gemarkan permandangan di kawasan yang tinggi serta terdapat taman tema seperti Fern Garden, Yellow Garden, Butterfly Bank, Fragrant Garden dan Purple Garden
Dibuka pada setiap hari dari pukul 9am-8pm
Tiket masuk bagi dewasa yang berumur 13hingga 59 tahun RM50. Kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun RM30. Bagi pelajar RM30. Warga emas RM30 bagi berumur 60 tahun ke atas. Rm70 Sunset Walk Adult. RM40 Sunset Walk Children. RM4o Sunset Walk Student. RM40 Sunset Walk Senior Citizen
14. Camera Museum
/the.me
Zaman yang serba canggih kini sudah pasti semua orang memiliiki camera mereka tersendiri. Namun muzium ini juga mempunyai kamera secara profesional bagi merakan kenangan mereka semasa berada di situ
Kamera ini juga mempunyaikoleksi dari tahun 1800 sehingga 1990. Para pengunjung juga boleh melihat perkembangan yang mempunyai seiring dengan peredaran zaman
Terdapat sebuah ruangan khas yang dipanggil Spy Room yang menempatkan beberapa kamera yang paling kecil di dunia. Ada segelintir kamera yang boleh dipegang untuk pengunjung yang datang
Alamatnya terletak di 49 Lebuh Mutri, 10200 Penang. Ia mula beroperasi pada setiap hari dari pukul 9.30am hingga 8pm
Harga tiket RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi pelajar
15. Audi Dream Farm
web.facebook.com
Audi Dream Farm adalah salah satu zoo mini yang boleh didekati oleh kanak-kanak serta boleh memberi makan dan menyentuh setiap haiwan yang berada di sini. Kanak-kanak juga boleh mendapatkan pengalaman yang baru dan meneroka dunia kepada haiwan seperti arnab, kambing, itik, ikan, kuda dan juga burung nuri yang banyak dilepaskan di atas tanah. Mereka juga berpeluang melihat kebun sayur-sayuran
Lokasinya terletak di alamat 145, MK B, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia dibuka pada setiap hari dari pukul 8am-6pm. Tiket masuk bagi dewasa RM7 dan bagi kanak-kanak pula hanya RM3.
16. Tropical Fruit Farm
news.wgcu.org
Mempunyai keluasan 25 eka, Tropical Fruit Farm juga memiliki dari 250 jnis buah-buahan tempatan dan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Afrika Tengah, India, Timur Tengah dan banyak lagi
Para pengunjung juga berpeluang untuk merasai terus buah-buahan segar dari dalam ladang. Buah-buahan yang berkualiti tinggi dan kepentingan alam sekitar yang menggunakan baja organik
Disana juga turut menyediakan beberapa pakej seperti Guided Farm Tour, Lunch Buffet/Dinner Buffet, Guided Farm Tour with Lunch Dinner dan Student Pakages
Lokasinya di alamat Batu 18, Jalan Teluk bahang, 11050 Pulau Pinang
Dibuka setiap hari dari pukul 9am-5pm. Harga tiket mengikut pakej dari RM7 hingga RM75
17. Penang Time Tunnel
penang-traveltips.com/
Penang Time Tunnel akan mengembalikan semula Pulaupinang pada 400 tahun dahulu. Muzium ini juga menyediakan 3D Mural Art Street Gallery dan juga Anti Gravity World
Ruangan Mural 3D juga turut dihiasi dengan pelbagai patung replika yang menyerupai zaman dahulu. Anti Gravity juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil gambar kenang-kenangan di situ seperti berada di dalam rumah
Apa yang membezakan perabot disnini juga disusun dalam posisi yang luar biasa. Anda boleh datang sendiri dan rasai pengalamannya disini
Alamatnya terletak di No.39, Jalan Green Hall, 10200 George Town, Penang. Ia dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.15am ke 7pm. Bagi hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum ia dibuka dari pukul 9.15am hingga 7.30pm
Tiket masuk bagi orang dewasa RM29, Rm16 untuk kanak-kanak dari umur 5 hingga 12 tahun manakala Rm16 untuk pelajar
18. PG Gold Museum
/foursquare.com/
Apabila menyebut tentang kekayaan, sememangnya emas tidak akan pernah terlepas daripada senarainya. Bagi yang meminatiemas, mereka sampai sanggup membeli emas bagi tujuan simpanan dan juga perlaburan dimasa hadapan. Pemilik muzium emas ini juga sangat memahami akan perkara tersebut
Jadi, mereka yang datang ke sini bukan sahaja dapat mempelajari tentang sejarah emas, tapi mereka juga boleh membeli emas di Public Gold Group yang turut berada di sini
Bagi segelintir pengunjung yang datang disini bukan hanya mempelajari sejarah emas, namun ada juga yang boleh membeli emas di Public Gold Group yang ada di sini
Mereka juga ada membuat satu laluan yang menyerupai terowong berbatu yang boleh membawa para pengunjung mempelajari tentang emas
Alamat: No. 95, Lebuh Bishop, George Town, PenangDibuka padahari Isnin hingga hari Ahad dari pukul 9am hingga 6pm
Harga tiket masuk untuk dewasa RM28, Kanak-kanak berumur 7 hingga 12tahun RM15. Bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah masuk secara percuma
19. Batik Painting Museum
etonhotel.com.my/
Muzium batik ini merupakan muzium yang pertama didirikan di Malaysia. Batik lukis juga merupakan salah satu seni yang penuh dengan keunikan di Malaysia dan di seluruh dunia
Muzium ini juga ditubuhkan bagi berkongsi sejarahbatik lukis yang wujud sejak tahun 1950an
Chuah Thean Tong adalah seorang pelukis yang terkenal yang menggunakan batik likis di dalam lukisannya. Hasil lukisan beliau merupakan salah satu dari 70 batik lukis yang terdapat di dalam muzium lukisan batik ini. Muzium ini juga turut menyediakan satu ruangan khas bagi pelukis batik dari luar negara seperti Indonesia, Thailan dan China
Alamat: 19, Armenian Street, 10200 Penang
Ia dibuka pada stiap hari termasukah cuti umum dari pukul 10am hingga 6pm
Tiket masuk bagi dewasa hanya RM10 dan RM5 untuk pelajar
20. Adventure Zone
.gopenang.my
Kanak-kanak memang tidak boleh lari dari permainan. Bila sudah datang ke PulauPinang, janganlah lepaskan peluang untuk megunjungi Adventure Zone
Ia mempunyai keluasan 10,300 kaki persegi dan banyak jenis mainan untuk kanak-kanak. Merangkak, memanjat, menggelunsur dan banyak lagi yang terdapat disini. Bagipenginap di Golden Sands Resort, diskaun akan diberi bagi yang menetap di situ
Mematuhi arahan adalah sangat dititikberatkan apabila berada di Adventure Zone seperi memakai stokin semasa bermain, pakai baju yang berlengan panjang semasa bermain gelungsur. Dilarang sama sekali memakai pakaian renang apabila berada di kawasan permainan. Ibu bapa disarankan untuk menemani anak-anak semasa berada dikawasan tersebut
Alamat: Golden Sand Resort,Jalan Batu Feringgi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Feringgi
Ia dibuka setiap hari dari pukul 10am hingga 7pm. Tiket masuk Rm35 hanyak untuk 2 jam sahaja
21. Fort Cornwallis
.percutianbajet.com
Salah satu tempat bersejarah yang paling terkenal di Pulau Pinang. Binaannya diilhamkan dimana lokasi Kapten Francis Light membina kubunya di Pulau Pinang pada tahun 1786
Ia mempunyai keluasan sebanyak 4490kaki persegi. Tujuan ia dibina adalah bagi mempertahankan diri mereka dari serangan lanun. Namun ia lebih digunakan sebagai tempat pentadbiran
Di dalam kubu ini juga terdapat berek, penjara, tembat untuk meletakkan senjata api dan juga suar labuhan bagi memberikan isyarat pada kapal-kapal yang datang. Terdapat patung Francis Light berada di pintu masuk sebagai lambang Fort Cornwallis
Bertempat di Jalan Tun Syed Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang. Dibuka pada setiap hari dariukul 9am hingga 10pm. Tiket masuk serendah RM10 sahaja
22. Countryside Stables Penang
penangfoodie.co
Boris dan Wan merupakan peminat kuda dan mereka juga turut berkongsi minat yang sama dengan orang ramai. Malah mereka membuka Countryside Stables Penang pada tahun 2012. Tempat yang menjadi pilihan mereka juga memiliki permandangan yang sangat indah dan ianya telretak di kawasan pertanian di Sungai Burung
Para pengunjung juga akan diberikan peluang bagi merasai sendiri pengalaman untuk menunggang kuda. Bukan itu sahaja, pengunjung boleh memberikan kuda-kuda di sini makan. Kandang kuda yang terdapat disini menempatkan sebanyak 30 ekor kuda dari pelbagai jenis termasuklah Pure Bred Arabian Horses, Polo Pony dan banyak lagi
Lokasinya terletak di Lot 603, Jalan Hilir Sungai Burung, Kampung Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, PulauPinang
Dibuka setiap hari dari pukul 10am hingga 12pm dan 2pm ke 7pm
Tiket masuk dewasa Rm10, kanak-kanak RM5. Bagi ingin menunggang kuda RM20 untuk dewasa dan RM17 untuk penunggang kanak-kanak. RM5 untuk makanan kuda
23. Masjid Terapung Tanjung Bungah
.bidadari.m
Masjid ini melambangkan Tanjung Bungah dan memiliki keluasan 1295 kaki persegi serta menelan perbelanjaan sebanyak RM15 juta yang boleh memuatkan sebanyak 1500 orang. Ia dipanggil masjid terapung disebabkan ianya berada di atas air kira-kira 300 meter dari pantai
Keunikkan yang dimiliki oleh masjid ini kerana memiliki menara setinggi bangunan 7 tingkat serta dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat. Senibina ini juga mempengaruhi senibina tempatan dan juga Timur Tengah. Aktiviti keagamaan juga turut di lakukan bagi keperluan penduduk tempatan
Alamatnya terletak di Jalan Batu Feringgi, 11000 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
24. Padang Kota Lama
.caridestinasi.co
Padang Kota Lama merupakan sebuah lokasi yang bersejarah dan asalnyaia berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang telah dibina oleh penjajah British .Malah kawasan ini juga ditemui oleh Francis Light
Apabila mengetahui tidak dihuni oleh manusia kecuali jumlah kecil penduduk Aceh yang berbangsa melayu di sepanjang pinggir sungai. Francis Light telah mengarahkan agar tanah datar ini dibersihkan
The Esplanade merupakan satu nama lain bagi kawasan ini yang turut merangkumi Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah. Padang Kota Lama juga berhampiran dengan Fort Cornwallis
Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman yang menjadikan tempat tersebut dikunjungi orang ramai
Ia terletak di alamat 1, Light Street, 10450 GeorgeTown, Pulau Pinang
25. Masjid Kapitan Keling
.ourglobaltrek.com
Masjid Kapitan Keling sudah lama dikenali di kalangan ahli sejarah dan mereka yang menyukai senibina. Ia adalah antara masjid yang paling lama di Malaysia
Masjid Kapitan Keling sangat dikenali di kalangan ahli sejarah dan mereka yang menyukai senibina. Ini salah satu masjid yang paling lama di Malaysia
Masjid ini telah dibina pada abad ke 19 oleh para pedagang India Muslim. Nama Kapitan Keling itu juga diambil sempena nama ketua mereka yang telah mewakafkan tanah ini khas untuk pembinaan masjid
Masjid Kapitan Keling juga salah satu institusi islam yang teawal dibina di kawasan tersebut dan ianya juga dipengaruhi oleh senibina Moghul dan juga Moor. Masjid ini juga telah melalui banyak pengubahsuaian dan dibina semula bagi menambah serta membaiki keadaan masjid yang rosak
Alamat: GeorgeTown, Pulau Pinang
Banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati disana, manfaatkan masa dengan ahli keluarga dan bawa mereka melawat tempat menaik di Malaysia. Sekian petikan dari Bidadari.my dan bukanaku.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/25-tempat-menarik-di-pulau-pinang-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Viral Pulau Pinang Hari Ketiga

Tempat Viral Pulau Pinang Hari Ketiga

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 512 hits
akhirnya kami akan kembali ke pangkal jalan semakin dekat hari pengakhiran di pulau pinang kali ini dengan beg gajah kami singgah di roti bakar hutton line tak tahu lah apa yang menarik di sini aku tak tahu apa tarikan sarapan di sini bagi ...
Maritim Pulau Pinang Rampas Bubu Naga

Maritim Pulau Pinang Rampas Bubu Naga

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 621 hits
GEORGETOWN 19 April Sebanyak 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya telah dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang menerusi operasi Op Pertiwi di perairan Penaga Pulau Pinang kira kira jam 8 15 pagi ...
Enam Penguat Kuasa Jpj Perak Dipinjamkan Bantu Operasi Jpj Pulau Pinang

Enam Penguat Kuasa Jpj Perak Dipinjamkan Bantu Operasi Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 432 hits
GEORGE TOWN 21 April Enam penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Perak dipinjamkan bagi membantu melancarkan operasi jabatan itu di negeri ini Pengarah JPJ Pulau Pinang Mohamat Johari Mat Nor berkata dua pasukan JPJ Perak yang terd...
Pekerja Kilang Maut Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang

Pekerja Kilang Maut Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1012 hits
PULAU PINANG 20 April Seorang pekerja kilang maut setelah motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 5 9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown hari ini Dalam kejadian kira kira pukul 11 05 pagi itu mangsa...
Pantai Di Pulau Pinang Dijangka Akan Diserang Obor Obor May

Pantai Di Pulau Pinang Dijangka Akan Diserang Obor Obor May

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 368 hits
Malaysia is heading for a potentially serious jellyfish bloom next month thanks to the heat and humidity of this year s inter monsoon period Centre for Marine and Coastal Studies director Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai says the bloom is...
48 Unit Mesin Air Bertapis Tidak Berlesen Di Sita Di Pulau Pinang

48 Unit Mesin Air Bertapis Tidak Berlesen Di Sita Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 516 hits
KEPALA BATAS Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menyita 48 unit mesin jualan air bertapis bernilai RM230 400 dalam operasi di sekitar negeri ini hari ini Dalam operasi disertai lebih 30 penguat kuasa itu kebanyakan mesin berkenaan dipasang tanp...
5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 437 hits
LIMA penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori di negeri ini Foto Danial SaadOleh Muhammad Yusri Muzamiryusri muzamir bh com myGEORGETO...
Putrajaya Tak Pernah Lulus Projek Tambak Laut Pulau Pinang

Putrajaya Tak Pernah Lulus Projek Tambak Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 431 hits
Kerajaan persekutuan menafikan meluluskan projek tambak laut 3 pulau di selatan Pulau Pinang sebaliknya Majlis Perancang Fizikal Negara dalam mesyuarat semalam hanya menasihatkan kerajaan negeri mengenai perkara itu Menteri Wilayah Persekut...
Pusat Transformasi Bandar Utc Pulau Pinang Bakal Dibuka Di Komtar

Pusat Transformasi Bandar Utc Pulau Pinang Bakal Dibuka Di Komtar

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 525 hits
GEORGETOWN Pusat Transformasi Bandar pertama di Pulau Pinang akan dibuka di Kompleks Tun Abdul Razak di sini Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata setakat ini ada satu Pusat Transformasi Luar Bandar di negeri ini yang beroperasi di Simpang Am...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias