Tempat Menarik Di Selangor Sungai Tekala



Kali terakhir saya menjejak kaki ke Sungai Tekala adalah waktu usia saya 14 belas tahun, waktu itu Cik Nah (merujuk kepada ibu saudara, adik perempuan abah) dan suami tinggal di Dusun Tua, Hulu Langat. Waktu itu Cik Nah baru berkahwin dan boleh kata sangat selalu saya mandi-manda di Sungai Tekala, tak perlu susah-susah salin baju, lepas mandi terus balik naik kereta sebab rumah Cik Nah dekat situ sahaja, tapi sejak Cik Nah pindah ke Tambun dah tak ke sana, sekarang Cik Nah tinggal di Taman Pinggiran Delima, Cheras tapi dah besar kala ini dah jarang sua muka adapun kalau pulang ke kampung. Memori Sungai Tekala memang aneka ragam. Cepat betul masa berlalu
Kami ingin ke Sungai Congkak tapi ada papan tanda tanah runtuh betul-betul depan Kosortium Abbass (empangan), papan tanda diletak di tengah jalan, oleh kerana kami juga tak akan mengambil risiko air bah, patah semula ke Sungai Tekala kurang 2 kilometer sahaja, dengan bayaran RM1 untuk masuk ke hutan lipur, kami hanya pergi bertiga dan seperti biasa kami akan camping dekat dengan family orang, biar jangan nampak janggal sangat, tiga minggu lepas pun kami bertiga mandi di Pantai Telok Kemang tapi itu dengan misi tersendiri. Sebenarnya kami ingin mencabar keyakinan diri masing-masing dan penuh dengan masalah dunia. Lagikan Sungai Congkak dan Sungai Tekala juga tempat menarik di Selangor
Dua jam berendam, kami hargai keindahan alam dan sejuknya air sungai, lama betul saya tak mandi sungai rasanya akhir sekali dengan keluarga besar atok sekitar 2009 dulu mandi dekat Lata Bongsu, dah lama tak ke Sungai Congkak kali akhir 8 tahun lepas dengan saudara mara. Sekarang mungkin kerana aktiviti riadah lebih kepada pusat membeli belah dan taman tema air sebab itu dah jarang selami indahnya alam semulajadi. Sejuknya air terjun Sungai Tekala, rasa aman damai berendam. Kami mandi dekat jeram-jeram kecil, tinggi kami daki tangga, memang berbaloi dengan keinginan
Sesat ke Sungai Congkak pada asalnya kerana waktu masuk Tol Kajang Silk yang pertama tak terus masuk susur, dah terlepas ke Sungai Besi, akhirnya patah balik kami ke Kajang, waktu keluar tol Sungai Dukong tiba-tiba kami berada di Sungai Sikamat, saya pernah ke Sungai Sikamat waktu kawan kolej saya tinggal di situ sekejap sebelum pindah ke Putrajaya tapi saya tak dapat nak agak arah mana pekan Kajang, tanya orang yang salah berpusing mencari pekan Kajang sampai terlajak ke Batu 11 Cheras, adik stesen minyak sangat baik atas panduan si adik sampai kami ke pekan Kajang, bila lalu Tesco Kajang rasa selamat sebab pernah lalu, dari Metro Kajang jalan besar itu akan terus sahaja ke pekan Semenyih, dulu Pak Long saya duduk dekat Bukit Mewah, saya dah terbiasa dengan jalan besar pekan Kajang, sekarang kalau ke rumah Pak Long yang baru di Pekan Semenyih, memang selalu sesat saya salah jalan, kali ini sesat lagi. Sampai depan Sekolah Rendah Semenyih belok kiri hingga sampai ke Sungai Tekala
Rasa sangat seronok bila mencabar diri sendiri dan team terbaik akan mendatangkan hasil yang baik itu puas hati, balik singgah Putrajaya untuk bersiar-siar. Esok lusa nak ke sana lagi, nak bawa adik dan Mak Long ke sana pula mandi manda, beriadah bersama keluarga lebih istimewa. Pergi dengan rakan tak semeriah pergi dengan family, lagikan tempat awam semua boleh beriadah. Tak kira budak kecil hingga pasangan usia emas semuanya nampak enjoy mandi Sungai Tekala. Yang penting kita juga rasa enjoy

hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://papankekunci.blogspot.com/2013/04/tempat-menarik-di-selangor-sungai-tekala_9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Di Ipoh Gunung Lang Tempat Cantik Untuk Bergambar

Tempat Menarik Di Ipoh Gunung Lang Tempat Cantik Untuk Bergambar

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 965 hits
Assalamualaikm Holla gais macam dah lama je peram gambar gambar bercuti dalam laptop so marilah kita cipta kenangan dalam blog Hari tu aku pergi ke Ipoh sempena birthday Rayyan kitorang menggembirakan dia di Lost World Of Tambun Kecik kecik...
6 Tempat Menarik Ini Jika Pergi Ke Kelantan

6 Tempat Menarik Ini Jika Pergi Ke Kelantan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 684 hits
Kali ini saya nak berikan sedikit review berkenaan dengan tempat menarik di Kelantan yang anda boleh jadikan sebagai satu destinasi percutian yang menarik Sebenarnya memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Kelantan dan orang Kel...
10 Tempat Tarikan Semulajadi Menarik Di Western Australia Jom Cuti Dengan Promo Traveloka

10 Tempat Tarikan Semulajadi Menarik Di Western Australia Jom Cuti Dengan Promo Traveloka

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 439 hits
Traveloka buat promo best lagi Kali ini anda berpeluang untuk terbang ke Barat Australia dan menikmati percutian di 10 tempat tarikan semulajadi yang ada di Barat Australia Bahagian barat Australia memang banyak tempat menarik untuk dikunju...
Comment On Tempat Menarik Di Albany Wa By Azeni

Comment On Tempat Menarik Di Albany Wa By Azeni

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 410 hits
Waalaikummusalam Depends juga sis Tempat tempat menarik dan cantik area albany dekat dekat juga Kalau jenis touch and go Boleh stay 1 2hari je Tapi kalau jenis nak nikmati lama boleh stay lebih 3 hari Bagi sy albany tempat yang tenang Seron...
Tempat Menarik Di Batam Bintan Indonesia

Tempat Menarik Di Batam Bintan Indonesia

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 1079 hits
Tempat Menarik Di Batam Indonesia Salam Post ini uzu just update pendek je Nak explain panjang panjang kena tungggu rajin datang p kahkah so siapa nak tempat menarik di batam bintam boleh tengok kat bawah ye Itinerari Tempat Menarik Batam B...
Tips Dan Tempat Menarik Travel Di Pulau Jeju

Tips Dan Tempat Menarik Travel Di Pulau Jeju

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 449 hits
Sambungan Malas nak tulis intro panjang panjang Bukan kalian baca pun Sobs Sudahlah aku merajuk Eh Okey aku nak sambung cerita tempat tempat menarik di Pulau Jeju Actually bukan tempat menarik la tetapi tempat cantikgilanakmati Hope you wil...
Destinasi Dan Tempat Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Negeri Terengganu

Destinasi Dan Tempat Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 667 hits
Assalamualaikum Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi Walaupun lagi sebulan perancangan awal perlu dilakukan untuk menentukan bajet berapa hari hendak cuti ke mana destinasi hendak dituju dan paling penting tempat penginapan yang sesuai u...
Tempat Menarik Melaka Apa Yang Best Di Encore Melaka

Tempat Menarik Melaka Apa Yang Best Di Encore Melaka

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 810 hits
Assalamualaikum Hi Semua Selesai segala urusan FYP final exam dan sebagainya terasa bagai mahu merehatkan minda sebentar Lari dari kesibukan aktiviti harian Dalam fikiran sis tercari cari jika ada mana mana tempat menarik yang tidak terlalu...
Mpfl 2019 Taktikal Powerplay Kl City Memakan Diri Tewas 1 4 Kepada Selangor

Mpfl 2019 Taktikal Powerplay Kl City Memakan Diri Tewas 1 4 Kepada Selangor

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 205 hits
Selangor meraih kemenangan ke 4 selepas menundukkan KL City FC 4 1 dalam aksi minggu ke 6 Liga Premier Futsal Malaysia 2019 di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam sebentar tadi Selepas melalui perlawanan minggu lalu dengan keputusan seri men...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord