Tempat Menarik Di Jengka Taman Tema Air Jengka Wonderland
Jika diikutkan Diah memang kurang berminat bercuti ke Taman Tema Air. Lebih berminat explore Safari, Zoo dan tempat yang tak melibatkan air.
Tak suka nak penatkan diri bersihkan diri, berhimpit dengan ramai orang di bilik persalinan. Selain tu, Diah tak pandai berenang dan Diah gayat nak cuba segala jenis gelongsor / permainan yang ada.
Pendek kata Diah sejenis manusia yang tak mencabar. Sadis bukan. Waktu belajar dulu pun berani naik Roller coaster je ya.
Kadang-kadang kasihan bila anak-anak request nak pergi taman tema air dan memang kena tunggu sepupu-sepupu lain pergi baru ikut sekali.
Baru berbaloi dan meriah. Sebab tu kami tak pernah ke Sunway Lagoon. Tapi pernah bawa anak-anak mandi di A’FamosaResort, Bangi Wonderland Theme Park & Resort dan Bukit Gambang Resort Citykira okay lah kan.
Tempat Menarik Di Jengka - Taman Tema Air Jengka Wonderland
Cuti sekolah kali ni kami akhirnya sekali lagi tunaikan permintaan anak-anak ke Taman tema Air yang terletak di Negeri Pahang iaitu Jengka Wonderland.
Dah alang-alang sampai Bandar Jengka kena la pastikan ianya berbaloi.
Selepas penat bergambar dan tengok binatang di Mini Zoo Rabbitland kami teruskan perjalanan ke sejukkan badan di Jengka Wonderland pula.
Anak-anak paling teruja. Antara tempat menarik di Jengka yang korang wajib singgah semestinya Jengka Wonderland.
Kalau bercuti di kawasan berhampiran, ada lagi satu pilihan taman tema air yang terletak di Temerloh iaitu Mini Waterpark Kubang Gajah.
Jengka Wonderland lebih besar kawasan dia. itu menurut emak Diah yang pernah pergi sebelum ini. Lokasi Mini Waterpark Kubang Gajah lebih dekat dengan rumah emak.
Harga Tiket & Waktu Operasi Jengka Wonderland Harga tiket Jengka Wonderland
Dewasa: RM 18.00Kanak kanak: RM 15.00OKU/W.emas: RM 10.00
Kami sampai agak lewat. Memandangkan Jengka Wonderland ditutup pada pukul 7.30 malam jadi masih ada lebih kurang empat jam untuk kami berseronok.
Hari biasa dibuka pada jam 10.30 pagi sehingga 7.30 malam, manakala pada hari cuti umum, cuti sekolah, Sabtu dan Ahad dibuka lebih awal iaitu jam 9.00pagi.
Sebelum tu kami cari kedai makan tapi malangnya tak banyak kedai yang buka. Mungkin kami tak tahu tempat sepatutnya perlu pergi.
Selesai beli tiket masing-masing dah tak sabar nak mandi. Macam biasa bagi peluang anak-anak dan suami mandi terlebih dahulu.
Review Jengka Wonderland
Kali ni Diah bercuti bersama emak, kakak dan anak-anak buah di kampung. Cukup meriahkan suasana. Kami ambil giliran solat dan tukar baju.
Orang pun tak ramai jadi selesa sangat. Meja kerusi banyak disediakan di sepanjang kolam dan kemudahan di sini lengkap.
Tandas bersih dan terjaga, ada lokar untuk simpan barang-barang penting, surau bersih dan selesa, kedai menjual pakaian renang & barang-barang berkaitan serta hanya sebuah kedai makan dibuka.
Kira okaylah dengan bilangan pengunjung yang datang. Kalau datang ke sini jangan bandingkan dengan Taman Tema Air dekat tempat lain ya.
Bagi Diah berbaloi dengan harga yang dibayar. Taman Tema Air mesra poket macam tu konsep dia. Lagi pun tempat dia terjaga, air jernih, kemudahan pun dalam keadaan baik.
Waktu kami mandi manda tu nampaklah petugas, penyelamat yang perhatikan pengunjung dekat kolam. Malang tidak berbau kan jadi kenalah senantiasa bersedia.
Maaf sangat-sangat Diah tak banyak ambil gambar dekat dalam sebab simpan telefon bimbit dalam loker jadi Diah ambil gambar dari FB Jengka Wonderland.
Kesimpulan
Secara keseluruhan anak-anak memang seronok bercuti di Jengka Wonderland. Pilihan yang bijak untuk datang ke sini dan inshaAllah ada rezeki boleh datang lagi di masa hadapan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/01/tempat-menarik-di-jengka-taman-tema-air.html