12 Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti Bersama Keluarga


Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Allah permudahkan segalanya bercuti di Sabah selama 2 minggu. Cuti 2 minggu terasa seperti 3 hari sahaja. Memang tidak puas bila balik kampung halaman. 
Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah permudahkan perjalanan kami. Cuaca semasa kami berjalan pun baik. Syukur kerana Allah mudahkan kami untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga. 



Sejak dari mendarat ke Sabah langsung tiada rehat. Sekali rehat pun untuk tidur sahaja. Suami yang banyak berkorban mata memandu sepanjang di Sabah. 
Alhamdulillah apa yang kami rancang Allah permudahkan semuanya. Apa yang kami inginkan Allah bagi lebih baik dari apa yang kami harapkan. 
Sepanjang 2 minggu memang kami manfaatkan masa sepenuhnya dengan keluarga kerana bukan selalu dapat jumpa. 
Johor Bahru ⇒ Kota Kinabalu, Sabah

Penerbangan dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu, Sabah. Dah setahun tak naik flight. 

Dapat seat dekat tingkap tetapi tukar seat dengan husband. So suami yang ambilkan gambar pemandangan dari atas kapal. 
Kami punya flight dalam jam 6.30 petang. Sampai kat Sabah jam 9 malam juga. Disebabkan penat sangat. So tiada gambar apa-apa waktu nie. 
12 Tempat Menarik di Sabah Untuk Bercuti Bersama KeluargaKami stay di KK tak lama pun. Keesokkan harinya kami terus ke Kudat. Dan memang sangat sibuk dah selepas itu sebab banyak sangat urusan. 
1. Pantai Kelambu, KudatAlhamdulillah, salah satu wishlist bila dapat balik Sabah nak bawa family berkumpul bersama-sama berkelah di pantai. Masa ni memang risau sangat sebab cuaca kat Sabah hujan sahaja. 
Alhamdulillah masa ni Allah mudahkan semuanya. Cuaca pada hari tersebut sangat baik. Jadi kami dapat spent masa seharian di Pantai Kelambu, Kudat. 
Pantai Kelambu, Kudat
Antara aktiviti yang kami lakukan ialah BBQ dan sembang dengan family. Disebabkan kami jarang dapat balik jadi family aku dan suami pun tiada kesempatan nak berkenalan dan sembang-sembang sejak kami berkahwin. 
Alhamdulillah, niat nak mengeratkan hubungan antara keluarga dan meluangkan masa bersama-sama adik tercapai. 
Pantai Kelambu, Kudat
Kalau kat Kudat nie, Pantai Kelambu adalah favourite aku sebab pantainya yang cantik, bersih, dan rasa nyaman. Dan memang tenang sebab kalau kat sini tiada line internet. Jadi tiada masa pun nak tengok handphone haha~
Family aku jarang dapat balik ke Kudat. Oleh itu aku rasa bersyukur sangat-sangat dapat bawa mereka ke sini

Bukan itu sahaja, aku juga dapat jumpa pakcik dan makcik aku setelah sekian lama tak jumpa. Walaupun tidak dapat meluangkan masa dengan mereka macam dulu aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk berjumpa dan kenalkan suami aku kepada mereka

2. Esplanade Sidek KudatEsplanade Sidek, Kudat
Sempat bergambar di Esplanade Sidek Kudat. Cuaca tak berapa baik masa nie jadi kami terus balik KK. Tak semua kami adik-beradik dapat berkumpul. 
Dan aku happy juga sebab dapat kenalkan family dan adik-adik aku dengan keluarga husband. Dapat makan bersama dan sembang santai

3. Centre Point Shopping MallAlhamdulillah, masa di Kota Kinabalu pula kami dapat bawa adik-adik aku tengok wayang Mechamato di Centre Point Shopping Mall. Dulu harga tiket wayang RM8 sahaja. Sekarang dah naik RM10-12 untuk dewasa. 
Mechamato Movie Ticket
Nak tahu best atau tidak Mechamato Movie nie, korang tengoklah sendiri hehe. Kemudian, kami pergi ke bahagian Arcade untuk main permainan game. Ada pelbagai jenis game boleh dimain sesuai mengikut umur. 1 token berharga 0.60sen. 


Memandangkan cuaca tidak baik pada hari tersebut kami bercadang untuk pergi ke Lok Kawi keesokkan harinya. 
4. Lok Kawi Wildlife ParkLok Kawi Wildlife Park

Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan tempat pertama dalam wishlist aku nak pergi setelah balik Sabah. Aku nak adik bongsu aku lihat dan rasakan pengalaman melihat haiwan yang sebenar. InsyaAllah aku akan buat full review kemudian. 
5. Balai Seni Lukis, SabahAntara tempat menarik yang kami pergi di Kota Kinabalu ialah Sabah Art Gallery. Memang sesuai sangat bawa kanak-kanak ke sini untuk melihat lukisan dan seni yang ada. 
Tiket juga agak murah. Dan tempat ini menjadi tarikan untuk berOOTD haha. 

Aku suka sangat reka bentuk bangunan Balai Seni Lukis. Setelah itu, kami pergi ke Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan Balai Seni Lukis. 
Tetapi kami tidak bernasib baik tak sempat nak pergi ke Petrosains kerana perpustakaan awal tutup. InsyaAllah next time pergi sini lagi. 

6. Taman Ujana Rimba TropikaTak dapat ke perpustakaan, kami singgah ke Taman Ujana Rimba Tropika yang berhampiran. Aku suka sangat taman ini sebab luas dan sangat sesuai untuk berjoging. Cuma agak jauh dari rumah. 
Kami tak dapat lama di sini sebab cuaca hujan. 
Taman Ujana Rimba Tropika
7. Perpustakaan Tanjung AruPada hari Sabtu pula aku teman adik jumpa kawan-kawannya di Perpustakaan Tanjung Aru. Perpustakaan Tanjung Aru merupakan tempat favourite aku semasa masih belajar

Terdapat banyak seksyen seperti bahagian untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan rujukan. Tempat ini memang menjadi tarikan untuk pelajar sekolah buat assignment dan mencari rujukan. 
Perpustakaan Tanjung Aru
8. Pantai Tanjung AruSelepas ke perpustakaan memang tak sah kalau tak singgah di Pantai Tanjung Aru. Tempat ini menjadi tarikan para pelancong untuk melihat Sunset. 
Pantai Tanjung Aru
Aku tidak dapat spent masa lama di KK sebab cuti kami tidak lama. Pada hari Isnin kami terus balik ke Kudat sebab esoknya kami nak ke Kundasang pula

Walaupun planning last minute, Alhamdulillah dapat juga bawa family husband ke Kundasang. Kami menyewa di D'Ezila Homestay Mesilou untuk 1 malam. 
9. Sosodikon Hill KundasangPada hari pertama di Kundasang kami pergi ke Sosodikon Hill Mesilou Kundasang. Bayangkan nak bukit pakai selipar sahaja. Memang tiada persediaan langsung. Haha
Sebab kami tidak terfikir pun nak naik bukit. Alhamdulillah mujurlah pada hari itu tidak hujan, kalau tak memang licin jalan nak naik bukit. 

10. Mesilou 3 Sixty PeakPada keesokkan harinya pula kami pergi ke Mesilou 3 Sixty Peak untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari dekat. 


Bukit ini lagi tinggi dari Sosodikon Hill. Dan kalau nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu kena datang awal sebelum jam 8 pagi. Sebab selepas itu memang dah tak nampak gunung kerana ditutupi oleh kabus. 
11. Kunsadang War MemorialIni kali kedua aku pergi ke sini. Cuma kali ini aku pergi bersama suami dan keluarga. Aku tak dapat ambil gambar banyak sangat sebab memori dah penuh


12. Kedai Bunga KundasangDan tempat yang wajib dikunjungi di sini ialah Kedai Bunga Kundasang. Ada banyak kedai bunga yang menarik di sekitar Kundasang. 

Banyak sangat sampai tak tahu nak pilih gerai yang mana. Boleh juga beli sebagai buah tangan untuk orang tersayang.

Cuti selama 2 minggu di Sabah memang tak puas kalau nak berjalan-jalan. Rindu nak meluangkan lebih masa bersama keluarga. Tetapi apakan daya, masa dan kerja sangat mencemburui kami. 
Maaf tak dapat letak gambar banyak sangat sebab kebanyakkan gambar bersama keluarga. 
Sekiranya korang berkesempatan untuk ke Sabah jangan lupa tau pergi ke tempat yang aku nyatakan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/12/12-tempat-menarik-di-sabah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda Lima Tempat Pelancongan Menarik Di Auckland Yang Wajib Pergi

Tahukah Anda Lima Tempat Pelancongan Menarik Di Auckland Yang Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 292 hits
Tempat Pelancongan Menarik Auckland Memandangkan sekarang merupakan cuti persekolahan pasti ramai yang ingin melancong ke luar negara bagi menghilangkan stress disebabkan oleh kerja Antara lokasi sering dilawat oleh rakyat Malaysia ialah Ne...
Tempat Menarik Wajib Terjah Di Melaka

Tempat Menarik Wajib Terjah Di Melaka

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 239 hits
Jom jalan jalan ke negeri Melaka Dikongsikan tempat tempat menarik yang boleh dilawati semasa berada di negeri Melaka Bandaraya BersejarahTempat Menarik Boleh Dikunjungi1 Kota A Famosa 2 Jonker Walk aka Jonker Street 3 The Stadthuys 4 Melak...
Tempat Menarik Di Jengka Taman Tema Air Jengka Wonderland

Tempat Menarik Di Jengka Taman Tema Air Jengka Wonderland

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 181 hits
Jika diikutkan Diah memang kurang berminat bercuti ke Taman Tema Air Lebih berminat explore Safari Zoo dan tempat yang tak melibatkan air Tak suka nak penatkan diri bersihkan diri berhimpit dengan ramai orang di bilik persalinan Selain tu D...
15 Tempat Menarik Di Langkawi Mesti Kunjung Tak Lengkap Kunjungan Kalau Tak Singgah Sini

15 Tempat Menarik Di Langkawi Mesti Kunjung Tak Lengkap Kunjungan Kalau Tak Singgah Sini

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 218 hits
Tempat Menarik di Langkawi mesti Singgah Tempat menarik di Langkawi Pulau Langkawi adalah salah satu daripada lokasi utama pelancongan di Malaysia Ianya merangkumi 99 pulau yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia di sepanjang Selat Mela...
Mungkin Mahiaddin Hanya Bercuti Dengan Keluarga Nya Sahaja

Mungkin Mahiaddin Hanya Bercuti Dengan Keluarga Nya Sahaja

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 178 hits
Jangan kita cepat melompat gambar sebegini tak boleh dikaitkan dengan apa apa langkah mungkin Mahiaddin bercuti bersama ahli keluarganya saja
Poster Shazam Fury Of The Gods Mempamerkan Keluarga Superhero

Poster Shazam Fury Of The Gods Mempamerkan Keluarga Superhero

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 149 hits
Dua poster Shazam Fury of the Gods telah didedahkah menawarkan sandaran kepada aspek yang lebih komedi dan warna warni dalam filem adiwira Kedua dua poster itu memberi tumpuan kepada Zachary Levi sebagai Shazam dengan salah satu poster itu ...
Tak Berlebih Lebihan Simple Pakai Tudung Sarung Gaya Fazura Bercuti Dipuji

Tak Berlebih Lebihan Simple Pakai Tudung Sarung Gaya Fazura Bercuti Dipuji

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 291 hits
Lain orang lain caranya Ada yang mahu kelihatan lain dari kebiasaan dan tampil cantik ketika bercuti namun ada pula yang memilih gaya ringkas ketika bercuti Semuanya mengikut keselesaan masing masing Namun gaya dan style pelakon dan usahawa...
Blog Bercuti 2 Minggu

Blog Bercuti 2 Minggu

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 150 hits
AssalamualaikumBismillahDah lama tak update blog sebab sekarang aku tengah bercuti di Sabah Alhamdulillah ala kulli hal semuanya dipermudahkan Dah setahun di Pontian baru ada kesempatan untuk balik kampung halaman Banyak sangat nak cerita c...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash