Tempat Makan Sedap Di Bukit Jelutong 2022
Bukit Jelutong terletak di Shah Alam. Serious banyak tempat makan sedap di sekitar Bukit Jelutong. Tanpa membuang masa ayuh kita check it out. Semua tempat cadangan makan di bawah ini saya dah cuba sendiri ya. Jadi boleh kata ini senarai tempat makan sedap tanpa mengikut ranking pilihan saya di Bukit Jelutong.
#1. Richiamo Coffee Bukit Jelutong
Best selling : Salted Egg Yolk Croissant (serious sedap)
Alamat: R15 SURIA JELUTONG, Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong,Waktu Perniagaan: Isnin - Ahd : 11am - 9pm
#2. Ehsan Bukit Jelutong
Kat sini selalu order Roti Naan Cheese Garlic + Ayam Tandoori (kuah mint dia sedap)
Alamat: No. 1G, Jln Bazar P U8/P, Bukit JelutongWaktu perniagaan: Isnin - Ahad; 7.30am - 11.30pm
#3. Royale Amirah Bukit Jelutong
Sini pulak Nasi Kandar dia memang favourite kami. Restoren ini sentiasa penuh dan ramai orang terutama awal pagi, tengahari dan lepas Maghrib atau Isyak. Retis legend pun makan nasi kandar kat sini.
Alamat: Jln Bazar P U8/P, Bukit JelutongWaktu perniagaan : Isnin-Ahad; 8am
#4. Seni Patisserie Radia, Bukit Jelutong
Setakat ni, menu terpaling suka adalah Mee Kolok Sarawak :)
Alamat: G-17, Komersial Radia, Persiaran Arked, Bukit JelutongWaktu Perniagaan: Isnin - Ahad; 10am - 9pm
#5. Restoran Grandsariratuprima Bukit Jelutong
Harga memang grand. Total makan sini lauk seperti di atas lebih kurang RM70. Lauk memang sedap bangat. Gulai Tunjang delicious. Rendang daging marvelous. Gulai ayam kampung, suka!
Alamat: G-12 Radia Commercial, Persiaran Arked, Bukit JelutongWaktu Perniagaan: Isnin- Ahad ; 11am - 10pm
#6. Third Letter Cafe
Cadangan tempat bagi yang mencari menu western. Wanita yang suka salad, gravy salad di sini sedap. Third Letter Beef Salad (highly recommend), Vietnamese Chicken Salad.
Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong TimurWaktu Perniagaan: Isnin- Ahad; 11am - 9.30pm
#7. WoodFire Burger Shah Alam
Satu je nak tulis. Super delicious! Nyummmsss.
Alamat: D'Bayu Jalan Serambi U8/24, Bukit JelutongWaktu Perniagaan: Selasa - Ahad; 12 - 9.30pm
#8. The Hideout Cafe Bukit Jelutong
Alamat : 1-G-03 Jalan Bazaar U8/101A D'Vida Business CentreWaktu Perniagaan: Isnin - Ahad; 11am - 11pm
#9. Ombak Kitchen Bukit Jelutong
Pakai tangan jer.....The best Cajun sos. Nyums.
Alamat: 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit JelutongWaktu Perniagaan: Isnin - Ahad; 12 - 10.30pm
Entry ini ditujukan kepada mereka yang nak jalan-jalan cari makan di Bukit Jelutong. Sekian sahaja senarai tempat makan sedap, best di Bukit Jelutong. Macam-macam menu sis discover di sini. Nak shell out ada. Nak burger yang bukan biasa-biasa ada, nasi kandar ada, indonesian menu ada, western ada, menu sarawak ada and ada beberapa tempat lagi yang sis dah discover cuma lupa pulak nak snap gambar. Nanti kita update semula senarai ni okay
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2022/01/tempat-makan-sedap-di-bukit-jelutong.html