Tempat Makan Ipoh
Salam semua,
Hari ni saya nak kongsikan tempat makan di Ipoh yang saya selalu pergi makan di Ipoh. Ada hari yang gantung periuk atau saja nak bawa anak-anak makan di luar selain dari Tesco hehe
1. Roti Goyang Temiang
Ini bukan nama kedai, tapi nama menu favourite hehe. Kedai ni kedai favourite mak saya bila breakfast. Tempat dia dekat tepi lombong sebaris dengan Jabatan Saliran tu. Seberang sungai tu Kuala Pari. Kalau lalu nak pergi Ipoh, mesti singgah. Selain dari set roti telur goyang, ada pelbagai juadah lain pun ada. Nasi lemak, mi kicap, mi kari, masakan panas pun ada
2. Restoren D' KitaLokasi: https://www.google.com/maps?q=loc:4.5420862,101.0674412
Kedai Siam kegemaran kami sekeluarga haha. Menu dia macam-macam lah. Macam kedai siam biasa tu haha. Tapi yang specialnya ada banyak jenis kerabu kot. Pulut mangga pun ada. Kadang ada pulut durian. Ni kalau hari malas masak, selalu tuju ke sini je. Harga pun berpatutan
3. Warung Seri TimurLokasi: https://www.google.com/maps?q=loc:4.5553073,101.1043425
Kedai ni memang best! Bagi yang minat dengan makanan Kelantan mari lah ke sini. Ada nasi dagang, nasi kerabu, laksam, nasi lemak. Yang paling best ada akok. Walaupun saya orang Terengganu, tapi bolehlah buat lepas rindu kat makanan Pantai Timur. Kalau weekend ni memang penuhhhh sokmo lah. Baik you all pergi awal. Nanti nasi dagang habis
Akok
4. Rojak N Cendol Padang Ipoh Lokasi: https://www.google.com/maps?q=loc:4.5979983,101.0767668
Weekend kadang-kadang datang sini. Anak yang sulung tu memang peminat tegar rojak. Lepas makan kita kurangkan kalori di Padang Ipoh hehe
5. Bosskur CornerFB: Bosskur CornerLokasi: https://www.google.com/maps?q=loc:4.597663,101.0779416
Kedai ni dikendalikan oleh sepupu suami saya dan partnernya. Tempat dekat je dengan Padang Ipoh juga. Macam-macam ada dalam ni, style food court. Ada nasi briyani, nasi ayam itik, masakan panas, aneka mi. Cake pun ada
Sampai di sini dulu. Ada kesempatan moh ler singgah ye
PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN012-2961984 (SITI)012-7645998 (HAFIDZ)
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sitisharini.blogspot.com/2019/01/tempat-makan-ipoh.html