Tempat Buat Event Di Shah Alam The Lanai Event Space
Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event Space | Walaupun Fadzi ni orang Shah Alam, tapi Fadzi tak pernah tahu ada tempat buat event yang menarik macam The Lanai Space Event ni di Shah Alam.
The Lanai Event Space ni terletak di lot-lot kedai di Seksyen 23 Shah Alam. Memang jarang sebenarnya Fadzi nak pergi ke area Shah Alam belah-belah sini tapi Fadzi rasa wow sangat bila tahu pasal The Lanai Event Space ni.
Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event SpaceFadzi suka betul dengan konsep The Lanai Event Space ni. Nampak sangat ekslusif dengan tema Botanical Garden. Jarang-jarang lah nak tengok ada tempat buat event yang buat dekorasi macam ni di Shah Alam.
Untuk majlis, The Lanai Event Space boleh memuatkan hingga 400 orang dalam satu-satu masa untuk buffet. Kalau jenis banquet pula, boleh muat 160 orang. Sesuai sangat kalau korang nak buat majlis yang kecil-kecilan dan private macam akad nikah, pertunangan, akikah atau majlis hari lahir.
The Lanai Event Space juga ada buat pakej-pakej yang lengkap dengan catering, meja, kerusi, alas meja, buffet station, sound system, rostrum, pentas, dekorasi pentas, dekorasi entrance dan juga pelayan banquet.
Pakej Yang Disediakan Mengikut EventDekat bawah ni Fadzi senaraikan nama dan harga bagi pakej-pakej majlis yang disediakan di The Lanai Event Space ni.
Pakej Akikah - RM9750.00Bagi yang nak buat majlis akikah anak, korang boleh dapat satu majlis yang cukup lengkap. Untuk tambahan kambing untuk akikah, korang perlu tambah RM1500 untuk seekor.
Dengan pakej ini, minimum untuk 150 orang, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan yang menyelerakan dan dekorasi pentas serta ruang masuk secara percuma.
Pakej Birthday Party - RM6500Kalau nak buat majlis hari lahir pulak, korang boleh ambil pakej ini yang bernilai RM6500, minimum untuk 100 orang tetamu.
Dengan pakej ini, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan dari appertizer, main course serta dessert yang menyelerakan. Korang juga akan dapat dekorasi pentas serta ruang masuk secara percuma.
Pakej Akad Nikah/Bertunang - RM10 000Untuk yang berhasrat nak buat majlis akad nikah atau bertunang, korang boleh pilih pakej yang ini. Untuk pakej ini, minimum 200 orang tetamu.
Dengan pakej ini, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan yang menyelerakan dan cofee corner. Selain itu, korang juga akan dapat dekorasi pelamin, meja untuk akad nikah serta ruang masuk secara percuma.
Hari tu masa Fadzi masuk je dekat dalam bangunan ni, Fadzi terus rasa suka sebab konsep garden diaorang ni.
Korang boleh nampak penggunaan daun-daun di bahagian dinding dan siling ruangan dalam bangunan. Tambah lagi dengan lampu chandelier dan lampu tergantung. Penggunaan warna lampu yang berwarna kuning menjadikan suasana lebih romantik dan selesa. Serius nampak mewah tempat ni.
Hari tu sempat juga Fadzi rasa makanan yang disediakan masa majlis pelancaran The Lanai Event Space. Not bad makanan yang disediakan. Sedap-sedap dari appertizer, main menu dan dessert nya.
Dekat sini juga ada kemudahan tandas, surau dan tempat letak kereta. The Lanai Event Space ni terletak di antara lot kedai-kedai. Jadi memang banyak tempat parking di sekeliling bangunan ini dan mudah untuk para tetamu korang letak kereta.
Kalau korang tengah mencari-cari tempat untuk buat event di Shah Alam, Fadzi cadangkan korang datanglah dan tengok sendiri The Lanai Event Space ni. Mesti korang rasa tempat ini memang menarik untuk dijadikan tempat buat event.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok info pasal The Lanai Event Space dekat bawah ni.
Alamat: No. 36, Jln Pelabur A 23/A, Seksyen 23, Shah Alam (Google Map: The Lanai Event Space)
Nombor telefon:03 - 5885 9224 012 - 253 3973019 - 250 3090 011 - 1878 4681
Facebook:The Lanai Event Space
Instagram:The Lanai Event Space
Website:http://www.greatcreation.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/02/tempat-buat-event-di-shah-alam-lanai.html