Tempat Biasa Ditumbuhi Jerawat Dan Puncanya
Assalamualaikum semua
Jerawat oh jerawat! Tidak asing lagi dengan seorang perempuan. Bila ada tumbuh jerawat, mesti tak senang duduk, geram, nak marah, menjerit, apa lagi? Kena pula kadang-kadang tumbuhnya jerawat ni time esoknya atau minggu tu ada majlis keramaian. Aduhai! Puas fikir cara nak selesaikan masalah jerawat ni kan. Kadang-kadang tu bukan perempuan saja yang mengalami masalah ni. Lelaki pun ada juga yg ditumbuhi jerawat.
Bila tumbuh jerawat, jari tak duduk diam mesti rasa nak picit jerawat tu tapi sebenarnya itulah yang menimbulkan masalah lagi. Makin bertambah-tambah jerawat yang tumbuh di sekeliling kawasan tu. Jerawat ni sebenarnya melambangkan hormon kita yang tidak stabil, juga disebabkan oleh bakteria, virus atau kuman. Kalau korang semua, dekat mana selalu ditumbuhi jerawat? Korang akan picit, biar saja, gunakan krim atau apa2 untuk hilangkan
Tempat Biasa Ditumbuhi Jerawat dan Puncanya
Hidung dan DahiMenunjukkan yang anda sedang berada dalam tekanan atau stress
Kawasan Anak RambutBerkaitan dengan produk penjagaan rambut
Dagu atau LeherMenandakan kitaran haid yang bermasalah (bagi perempuan)
Kawasan Sekitar BibirMenandakan masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman
PipiBerkemungkinan disebabkan oleh sentuhan
Jerawat ini selalunya memang tidak asing lagi dengan ‘T-Zone’ iaitu di hidung dan dahi. Jadi salah satu sebabnya adalah kerana kita sedang mengalami tekanan atau stress. Antara sebab lain jerawat sering tumbuh ialah muka berminyak dan juga penggunaan pencuci muka, toner atau krim yang tak sesuai dengan kulit muka kita. Selain daripada itu, jerawat juga boleh timbul kalau kita sejenis yang suka pakai makeup tapi tak suka cuci makeup
Kalau fikir balik sebenarnya jerawat ni hanyalah benda yang biasa bagi remaja kerana mereka dalam keadaan hormon yang masih tidak seimbang lagi dan sering berubah-ubah, jadi kerap rasa tekanan atau stress menyebabkan adanya jerawat. Tapi kalau dah 1 muka habis penuh jerawat memanglah rasa risau dan akan rasa rendah diri juga. Jadi pandai-pandailah jaga jerawat ni ya, dan kalau teruk sangat boleh berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Jangan sesuka hati pakai produk kecantikan yang nanti dikhuatiri akan terukkan lagi muka tu
Ok, sesiapa nak kongsi tips tentang jerawat, boleh kongsi di ruangan comment ya! Terima kasih. Jumpa lagi di lain entri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2019/02/tempat-biasa-ditumbuhi-jerawat-dan.html