Tempah Bilik Hotel Melalui Apps Oyo Dan Dapatkan Harga Paling Jimat


Bilakah kali terakhir anda pergi bercuti dan menginap di hotel? 
 
Kalau jawapan anda baru minggu lepas, atau bulan lepas, ketahuilah yang sebenarnya hidup anda sangat bertuah. Diluar sana ada banyak individu yang tak berani nak pergi bercuti sebabnya risau tentang kos untuk pergi bercuti yang mungkin agak tinggi.
 
Bagi mereka yang biasa menginap di hotel, pasti biasa mendengar nama-nama laman web dan applikasi seperti Trivago, Agoda, Booking.com, Hotels.com, Expedia, Airbnb dan sebagainya.
 
Nama-nama yang saya sebutkan itu adalah nama syarikat atau jenama yang berperanan sebagai Online Travel Agent atau singkatan bagi OTA yang antara fungsinya memudahkan kita untuk membuat tempahan bilik hotel dan tempat penginapan.
 
Trivago memudahkan kita mencari bilik hotel pada harga yang paling murah mengikut keperluan kita.
Airbnb membantu kita mencari homestay ataupun guesthouse yang sesuai dengan ciri-ciri dan fasiliti yang kita perlukan.

Bagaimana cara untuk cari bilik hotel murah dengan mudah? Walaupun harga yang ditunjukkan dilaman web seperti Agoda, Trivago dan booking.com sudah cukup murah, namun saya ambil maklum terdapat individu yang merasakan harga tersebut masih agak mahal.
 
Sebenarnya kalau mahal sekalipun, ianya disebabkan oleh fasiliti dan kemudahan tambahan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel.
 
Namun bagi mereka yang tak kisah tentang fasiliti hotel, namun lebih mengutamakan tempat tidur (atau tempat bermalam) yang selesa, anda sebenarnya boleh mencari bilik hotel dengan pantas dan mudah menggunakan satu applikasi yang agak baru dan masih belum betul-betul popular di negara kita.

 
Apps yang saya maksudkan adalah Apps untuk membuat tempahan bilik hotel murah yang dikenali dengan nama OYO.

Saya pun baru beberapa minggu install apps OYO ini dan saya dapati ada banyak juga tawaran hotel yang sangat murah disini.
 
Kalau anda masih belum pernah install Apps ni, boleh muat turun melalui pautan ini.
 
Cari hotel murah dengan bantuan Apps OYO Apps OYO ini bukan untuk semua orang.
 
Saya tunjukkan senarai hotel yang tersenarai di apps OYO dengan tawaran yang sangat menjimatkan kepada isteri saya, tapi sayangnya tak ada satu pun yang dia berkenan.
 
Setelah saya meneliti setiap hotel yang disenaraikan dalam Apps OYO ini, ini pendapat saya mengenai apps ini.
 
Apps OYO menghimpunkan hotel murah yang kurang popular Ada banyak hotel murah yang terdapat diluar sana. Hotel-hotel ini kurang popular dan kurang mendapat liputan.
 
Hotel seumpama ini lazimnya terletak di kawasan pekan, sederet dengan kedai-kedai makan, dan nampak biasa-biasa sahaja. Perkhidmatan yang mereka sediakan memang straight to the point.

Sekadar tempat untuk bermalam atau tempat penginapan. Itu sahaja. Tak ada fasiliti tambahan yang fancy. Jika fasiliti bukan main concern apabila anda menginap di hotel, maka saya boleh katakan menginap di hotel murah yang OYO sediakan adalah pilihan yang tepat.
 
Ada banyak bilik hotel dengan kadar sewaan bawah RM100 untuk satu malam disenaraikan di applikasi OYO. Jika bernasib baik, anda boleh temui pada hari-hari tertentu, ada bilik yang disewakan dengan kadar bawah RM50 untuk semalaman.
 
Ada juga bilik hotel yang boleh ditempah dengan kadar sewa RM1 sahaja untuk satu malam! (jika anda bernasib baik dan cepat dapatkan promosi ini)
 
Ya, memang sangat murah hotel di OYO.
 
Macam yang saya katakan sebelum ini, anda kena berkompromi dengan soal fasiliti. Kebanyakkan hotel murah,
i. Tiada swimming pool
Bagi orang macam saya, yang suka mandi pool, saya rasa hotel yang tak ada swimming pool sangatlah tak best. Walaupun swimming pool ini bukannya penting sangat, dan kadang-kadang memang saya tak sempat nak mandi pool, tapi saya lebih suka kalau hotel tempat saya menginap ada swimming pool.
 
Tapi itu kalau saya. Kalau anda jenis yang tak kisah pasal pool, dan saya kenal ramai orang yang macam ni, yang memang tak kisah pasal swimming pool, boleh lah booking hotel melalui OYO.
 
ii. Tiada kawasan parking sendiri
Ada hotel yang tak menyediakan kawasan parking milik mereka sendiri. Kalau ada tetamu yang memandu kereta sendiri, perlu parking di petak parking berbayar, atau parking di tepi jalan, asalkan tak menggangu lalu lintas. Hotel seperti ini mungkin mensasarkan pelanggan yang datang dengan pengangkutan awam.
 
iii. Tiada susun atur yang gah lagi memukau
Pada waktu catatan ini ditulis, hotel yang berdaftar melalui program OYO menggunakan sistem franchise. Jadi, apa yang saya perhatikan dari segi susun atur dalam bilik, kebanyakkannya kelihatan hampir sama, walaupun hotel yang berbeza.

Boleh jadi inilah dia konsep hiasan dalaman yang telah ditetapkan oleh pihak OYO. Warna putih dan merah. Kalau anda perhatikan, ada banyak lagi bilik hotel yang hiasan dalamannya lebih kurang sama macam yang saya tunjukkan diatas ini.
 
Tak adalah buruk sangat.
 
iv. Tiada kemudahan internet wifi
Kebanyakkan hotel yang terdapat dalam apps OYO tidak menyediakan internet wifi. Namun ada juga yang sediakan. Anda boleh filter, mengikut jenis bilik yang anda mahukan.
 
v. Tiada lif
Hotel yang jenis dua hingga tingkat, sebahagiannya tidak mempunyai lif. Tetamu perlu gunakan tangga untuk naik ke bilik yang terdapat ditingkat atas.
 
Sebelum saya pasang apps OYO dekat phone saya, saya pun tak pernah tahu tentang kewujudan hotel-hotel murah seperti ini. Hotel-hotel ini memang beroperasi secara low-profile, dan rasanya tak salah kalau saya katakan, inilah hotel yang sebelum ini dikenali dengan nama hotel bajet.
 
Kalau nak cari review mengenai hotel bajet, memang agak susah. Lagipun memang agak jarang, orang nak bercerita atau update status di media sosial, yang dia baru sahaja check in di hotel bajet.
 
Bila kurang liputan, kita pun tak tahu macam mana susun atur, ruang dalam hotel-hotel bajet ini. Mujurlah ada program OYO.
 
Sekarang kita boleh tahu, yang sebenarnya hotel bajet pun sebenarnya tak kurang hebatnya.
 
Habiskan masa diluar apabila bercuti ke tempat orang Pada pendapat saya, bagi mereka yang lebih banyak habiskan masa dengan membuat aktiviti diluar apabila pergi bercuti, memang sangat sesuai kalau nak menginap di hotel yang dikendalikan oleh OYO.
 
Cuba anda bayangkan, dengan kos penginapan satu malam bawah RM50, berapa ratus yang anda boleh jimatkan? Memang banyak kalau nak bandingkan dengan hotel yang lebih popular, yang mengenakan kadar sewa sekitar RM150 – RM300 untuk semalaman.
 
Bayar mahal untuk tempat penginapan memang la puas hati, sebab boleh dapat bilik yang luas, ada pemandangan yang cantik, banyak fasiliti tambahan, ada swimming pool, tapi itu semua bukanlah penting sangat kalau nak banding dengan apa yang anda boleh perolehi apabila anda habiskan masa buat aktiviti luar.
 
Penjimatan dari segi penginapan ini, anda boleh gunakan duit tersebut untuk mencuba makanan yang sedap-sedap yang terdapat ditempat anda bercuti ataupun boleh masuk ke tempat-tempat menarik dan mencuba pelbagai aktiviti yang tidak terdapat ditempat anda tanpa perlu risau tentang kos.
 
Anda dah pernah pergi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah?
 
Kalau pergi bercuti disini, memang rugi kalau tak makan makanan laut yang banyak terdapat disekitar kawasan Pasar Filipina.
 
Antara menu yang cukup popular, dah tentulah lobster.

Harga lobster di Kota Kinabalu lebih murah kalau nak bandingkan dengan di semenanjung. Biasalah, harganya berbeza mengikut saiz dan berat.
 
Kalau anda tak pernah lagi makan lobster, memang patut cuba.

Ini lobster yang telah siap dimasak. Masakan adalah mengikut citarasa yang kita mahukan. Kalau anda minat nak baca lagi tentang makanan laut dan restoran yang best apabila bercuti di Sabah, boleh baca posting saya sebelum ini.
Baca: Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
 
Kebanyakkan tempat-tempat menarik yang terdapat di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong, kebanyakkannya mengenakan bayaran tiket masuk.
 
Amatlah rugi, kalau anda dah sampai ke tempat percutian tersebut, tetapi anda tak dapat masuk ke tempat-tempat tersebut, disebabkan anda tak mempunyai bajet untuk tiket masuk.
 
Kita jimatkan perbelanjaan untuk tempat penginapan, dan dari penjimatan tersebut, kita gunakan untuk makan yang sedap-sedap dan masuk ke tempat-tempat yang memerlukan bayaran tiket.
 
Hotel murah dan tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur Kuala Lumpur adalah antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong.
 
Berita baiknya, anda boleh tempah hotel murah di Kuala Lumpur melalui OYO. Bagi yang tak biasa atau baru pertama kali menjejakkan kaki di ibu kota Kuala Lumpur, sebenarnya dekat KL juga ada banyak tempat-tempat menarik dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan.
 
Macam yang saya kata sebelum ini, untuk lakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekitar KL, sebahagiannya memerlukan anda untuk membuat bayaran tiket masuk.
 
Anda nak tahu, apa lagi tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur?
 

Ini salah satu laman web yang anda boleh jadikan rujukan.
 
Laman web yang saya maksudkan adalah laman web Jom Jalan. Laman web ini konsepnya lebih kurang seperti sebuah direktori online, yang menghimpunkan maklumat tempat-tempat menarik dan destinasi percutian yang terdapat di dalam mahupun luar negara.
 
Boleh layari laman web ini disini > https://www.jomjalan.com.my
 
Menariknya tentang laman web ini, disana juga ada disediakan maklumat dan tips bagaimana anda boleh berjimat, apabila anda ingin membeli tiket masuk ke mana-mana tempat menarik yang terdapat di negara kita.
 
Contohnya kalau anda ingin masuk ke Aquaria, KLCC. Kalau terus beli dari kaunter, harganya agak mahal, tapi kalau beli secara online di laman web yang dikongsikan di laman web Jom Jalan, anda boleh dapat lebih banyak penjimatan.
 
Jadi sekarang ini, apa lagi alasan anda untuk tak pergi bercuti? Dengan maklumat yang saya kongsikan disini, anda boleh berjimat dekat tempat penginapan, dan anda juga boleh beli tiket masuk ke taman tema dan lain-lain tempat menarik dengan harga diskaun.
 
Semoga info yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda.
 
Alert dengan promosi yang ditawarkan oleh pihak OYO untuk lebih penjimatan Setiap hari akan ada promosi yang berbeza-beza yang ditawarkan oleh OYO.

Contohnya macam dekat atas ini, pihak OYO tawarkan diskaun sehingga 50% untuk tempahan bilik hotel.
 
Dah bagi diskaun 50%, lepas tu dia tambah lagi diskaun sebanyak 15%! Memang berkali ganda lebih murah. Harga seperti ini, anda hanya akan perolehi apabila buat booking melalui apps OYO.
 
Kalau anda walk in ke hotel tersebut, belum tentu anda akan dapat promosi seperti ini. Jadi, bagi yang masih belum install apps OYO ini, bolehlah berbuat demikian dengan menekan pautan ini.
 
 
The post Tempah bilik hotel melalui Apps OYO dan dapatkan harga paling JIMAT appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/tempah-bilik-hotel-melalui-apps-oyo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilik Dah Penuh Jangan Desak Mintak Bilik Lain Bilik Hotel Usang Di P Pinang Jadi Igauan Ngeri 3 Gadis

Bilik Dah Penuh Jangan Desak Mintak Bilik Lain Bilik Hotel Usang Di P Pinang Jadi Igauan Ngeri 3 Gadis

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 383 hits
Bilik dah penuh jangan desak mintak bilik lain Bilik hotel usang di P Pinang jadi igauan ngeri 3 gadis
Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia

Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 986 hits
Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia Nak beli kereta bukan semudah nak beli ikan kat pasar Nak beli kereta ni kena tahu dulu apakah tujuan dan kegunaan kereta tersebut Berapa ramai juga yang akan jadi penumpangn...
The Entertainer Jimat Banyak Dengan Deal Buy 1 Free 1 Gunakan Apps Ni

The Entertainer Jimat Banyak Dengan Deal Buy 1 Free 1 Gunakan Apps Ni

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 344 hits
Siapa tak suka promosi beli 1 percuma 1 Kalau tak suka maksudnya korang kaya gilo wey Tapi rasanya kaya cemana pun kalau ada deal buy 1 free 1 for sure semua orang nak Sebab tu menandakan perbelanjaan kita tu berbaloi Dapat 2 barang pada sa...
21 Hotel Menarik Menghadap Pantai Di Terengganu Boleh Ditempah Melalui Bagasi My

21 Hotel Menarik Menghadap Pantai Di Terengganu Boleh Ditempah Melalui Bagasi My

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 795 hits
Ni dah bulan Julai dan tak lama lagi akan masuk cuti sekolah Sudah tentu senarai percutian bukan main panjang berjela tetapi jangan lupa masukkan negeri Terengganu sebagai lokasi utama sebab korang boleh lepak tepi pantai Bagasi My telah me...
Cara Tempah Hotel Online Mudah Dan Murah

Cara Tempah Hotel Online Mudah Dan Murah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 333 hits
Cara Tempah Hotel Online Mudah dan Murah Sejak sebelum raya sibuk dengan kerja Suami sibuk isteri terlebih sibuk Sibuk hal di rumah sibuk pula dengan hal di tempat kerja Lepas raya bertambah lagi sibuknya Dengan program sekolah program marh...
11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 454 hits
Walau apa jua pun tujuan anda bercuti sama ada untuk merasai dim sum yang asli atau menikmati pencuci mulut yang manis lagi sejuk ikuti pengembaraan jalan jalan cari makan kami selama 3 hari 2 malam di 10 tempat makan di Ipoh Kalau anda nak...
Komputer Riba Gaming Aero 15 Classic Akan Memasuki Pasaran Tempatan Harga Bermula Rm6999

Komputer Riba Gaming Aero 15 Classic Akan Memasuki Pasaran Tempatan Harga Bermula Rm6999

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 368 hits
Siri komputer riba gaming GIGABYTE Aero 15 Classic yang diperkenalkan di acara COMPUTEX Taipei nampaknya akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi GIGABYTE Malaysia akan membawa masuk beberapa jenis model komputer riba tersebut dengan ...
Wealthy Wellness Sii Formula Penemuan Penawar Resdung Paling Mujarab Terbongkar

Wealthy Wellness Sii Formula Penemuan Penawar Resdung Paling Mujarab Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 255 hits
Penemuan penawar resdung paling mujarab terbongkar MasyaAllah Korang tahu tak penyakit resdung ni macam mana Kepada yang tahu dia ada simptom penyakit resdung tentu sudah alah bisa tegal biasa Tapi aku yakin ramai juga yang tak tahu dalam t...
Angkasawan Tewas Dr Mahathir Lelaki Paling Dikagumi

Angkasawan Tewas Dr Mahathir Lelaki Paling Dikagumi

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 218 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengungguli senarai lelaki Malaysia paling dikagumi Foto oleh Hari AnggaraSINGAPURA 24 Julai Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengungguli senarai lelaki Malaysia paling dikagum...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya