Tembakan Rambang Jeneral Apirat Mohon Maaf


BANGKOK, 11 Feb (Bernama) — Panglima Tentera Darat Thailand, Jeneral Apirat Kongsompong hari ini memohon maaf atas kejadian tembakan rambang yang mengakibatkan 29 orang maut dan 58 lagi cedera dalam kejadian di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat) di timur laut Thailand, Sabtu lepas.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat Tentera Diraja Thailand, Apirat kelihatan mengesat air mata beberapa kali sambil meminta agar orang ramai tidak menyalahkan pihak tentera dan mengkritik mereka ekoran insiden berkenaan.
“Sebagai Panglima Tentera, saya ingin memohon maaf serta ucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan yang terbunuh mahupun cedera dalam insiden disebabkan tindakan seorang anggota tentera. Sebaik sahaja dia menarik picu, dia adalah penjenayah dan bukan lagi seorang askar.
“Jangan salahkan tentera atau askar kerana ini boleh merendahkan (semangat) mereka. Jika mahu dipersalahkan, semua boleh menyalahkan Jeneral Apirat (Kongsompong) kerana saya adalah Panglima Tentera,” katanya di sini hari ini.
Suspek, Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, 32, yang berkhidmat di Pusat Perintah Tentera Darat Wilayah Kedua, telah ditembak mati oleh anggota keselamatan pada Ahad pagi selepas melepaskan tembakan di empat lokasi di timur laut bandar Nakhon Ratchasima, kira-kira 250 kilometer dari Bangkok.
Pada sidang media itu, Apirat turut mendedahkan kronologi kejadian tembakan rambang yang menyebabkan 29 orang maut dan 58 lagi cedera.
Dalam kejadian pada pukul 3.00 petang Sabtu waktu tempatan, suspek menembak dan membunuh pegawai pemerintah serta ibu mertuanya dengan menggunakan senjata miliknya sendiri selepas satu perselisihan faham.
Suspek kemudiannya memandu menuju ke Kem Tentera Surathampithak dan bertindak mencuri beberapa senjata api baharu serta menembak dua pengawal keselamatan sebelum melarikan diri dalam sebuah kenderaan.
Dia telah melepaskan berdas-das tembakan rambang ke arah orang awam semasa memandu kenderaan dari kem tentera menuju ke sebuah kuil Buddha sebelum ke pusat membeli-belah Terminal 21, di mana dia dipercayai menyembunyikan diri lebih 12 jam.
Apirat berkata motif di sebalik serangan itu dipercayai akibat dendam berkaitan satu perjanjian tanah dan suspek percaya bahawa dia telah ditipu.
Beliau berkata satu saluran komunikasi baharu telah diwujudkan bagi membolehkan anggota tentera membuat sebarang aduan, terus kepada Panglima Tentera.
“Saluran ini adalah terus kepada saya. Saya akan merahsiakan identiti dan maklumat anda. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka, termasuk pegawai atasan, yang melakukan kesalahan,” katanya dan menambah langkah itu bertujuan memastikan keadilan kepada petugas tentera.
Sementara itu, Apirat berkata Pejabat Tentera menawarkan peluang pekerjaan kepada waris mangsa yang maut dan cedera dalam insiden tembakan rambang itu, berdasarkan kelayakan pendidikan tanpa syarat.
“Pejabat Tentera mengalu-alukan kehadiran mereka untuk bekerja dengan kami,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Tembakan Rambang: Jeneral Apirat Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/11/tembakan-rambang-jeneral-apirat-mohon-maaf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini 17 Mati 21 Cedera Tembakan Rambang Oleh Jakrapanth Thomma

Terkini 17 Mati 21 Cedera Tembakan Rambang Oleh Jakrapanth Thomma

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 360 hits
BANGKOK Seorang askar Thailand dikepung polis dalam sebuah pusat beli belah di sini selepas membunuh 17 individu dan mencederakan 21 lagi dalam kejadian tembakan rambang di timur laut bandar Korat hari ini Jurucakap polis Leftenan Kolonel M...
Angka Korban Tembakan Rambang Di Thai Naik Kepada 30 Orang

Angka Korban Tembakan Rambang Di Thai Naik Kepada 30 Orang

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 633 hits
BANGKOK Angka kematian dalam tembakan rambang di Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand pada Sabtu meningkat kepada 30 orang termasuk anggota tentera yang mengamuk Angka korban tembakan rambang di Thai naik kepada 30 orang
Kes Tembakan Rambang Jakrapanth Thomma Mati Ditembak

Kes Tembakan Rambang Jakrapanth Thomma Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 484 hits
BANGKOK Seorang tentera Thailand yang menembak 21 individu secara tembakan rambang di sebuah pusat beli belah di Korat ditembak mati oleh pasukan keselamatan kira kira jam 9 pagi tadi Berita yang diumumkan Komander Tentera Leftenan Jeneral ...
Lagi Tembakan Rambang Di Thailand Lelaki Lepaskan Kira Kira 50 Tembakan Berdekatan Universiti

Lagi Tembakan Rambang Di Thailand Lelaki Lepaskan Kira Kira 50 Tembakan Berdekatan Universiti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 349 hits
Bangkok 14 Feb Seorang lelaki berusia 44 tahun dilaporkan melepaskan tembakan rambang di tempat awam berhampiran Universiti Chulalongkorn Thailand pagi tadi Ekkachai Charueksilp didakwa melepaskan kira kira 50 tembakan menyebabkan para peja...
Sambil Makan Nasi Sajat Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Isu Umrah

Sambil Makan Nasi Sajat Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Isu Umrah

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 573 hits
Setelah dihambat dengan kontroversi berkaitan jantina Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman telah muncul di Saluran YouTube Datuk Seri Aliff Syukri bagi menceritakan serba sedikit berkenaan ibadah umrahnya yang penuh kontroversi Menerusi muat na...
Sajat Menangis Tampil Mohon Maaf

Sajat Menangis Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 923 hits
Setelah mencetuskan kontroversi dengan berpakaian seperti wanita di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah dan dikecam teruk oleh netizen akhirnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat hari ini tampil memohon maaf secara terbuka k...
Mbsa Terima Permohonan Maaf Lulus Permit Hiburan Pak Ya

Mbsa Terima Permohonan Maaf Lulus Permit Hiburan Pak Ya

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 392 hits
SHAH ALAM 8 FEB Hasrat pelawak Ilya Buang Shaharum atau Pak Ya untuk tampil dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 di Royal Teater di sini berhasil apabila Majlis Bandaraya Shah Alam meluluskan permit hiburan ahli kumpulan Rare i...
Nur Sajat Menangis Mohon Maaf Tanya Adakah Dia Tidak Layak Pergi Ke Rumah Allah

Nur Sajat Menangis Mohon Maaf Tanya Adakah Dia Tidak Layak Pergi Ke Rumah Allah

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 774 hits
JUTAWAN kosmetik Muhammad Sajat Kamarul Zaman tampil memohon maaf sambil menangis kepada rakyat Malaysia terutama terhadap golongan ugamawan Muhammad Sajat dalam video secara live di Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris hari ini berkata dia...
Pengajaran Buat Kami Bertiga Buat Lawak Sindiran Di Mlm 2019 Rare Mohon Maaf Kepada Pihak Yang Tersinggung

Pengajaran Buat Kami Bertiga Buat Lawak Sindiran Di Mlm 2019 Rare Mohon Maaf Kepada Pihak Yang Tersinggung

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 317 hits
Maharaja Lawak Mega 2019 telah lama melabuhkan tirainya dan umum tahu salah satu kumpulan iaitu Rare juga tidak kurang hebatnya mencuit hati penonton dengan lawak lawak isu semasa mereka Semalam menerusi Instagram HLive Rare yang dianggotai...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayou Lagoon Park Resort

Iman Rabbit Farm

Buah Cempedak Buat Cempedak Goreng Simple Tapi Sedap

Rakam 16 000 Gambar Wanita Buang Hajat Pemuda Berusia 20 An Ditahan

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Tragedi Fru Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990