Tema Old Shanghai Sempena Tahun Baru Cina Di Suria Klcc


TEMA OLD SHANGHAI SEMPENA TAHUN BARU CINA DI SURIA KLCC | Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC Dekorasi ‘Old Shanghai’ bakal membawa pengunjung terokai masa lampau dengan penuh gaya. Suria KLCC terkenal dengan idea kreatif dalam memberi layanan terbaik kepada para pengunjung. Kali ini, anda boleh menikmati sendiri bagaimana inspirasi Old Shanghai di tengah kota bandaraya Kuala Lumpur. Setiap perincian dekorasi ini menerapkan budaya para kaum Cina yang mempunyai identiti tersendiri seperti pakar dalam perniagaan, jahitan pakaian, perkhidmatan perbankan, menyantuni masyarakat dengan tulisan kata-kata semangat, menilik nasib dan paling digemari adalah kepelbagaian menu semasa makan besar! 
TEMA OLD SHANGHAI SEMPENA TAHUN BARU CINA DI SURIA KLCC

Terkenal sebagai Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC menghembuskan nafas segar melalui sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif buat para pengunjung. Sambutan yang dilengkapi dengan pameran zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ bakal berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024. Sambutan megah kali ini membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”.

Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC akan mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional. Antara pengalaman yang menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan. Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai prop mengambil gambar selain daripada projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik yang menggamit jiwa juga turut dipamerkan


Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 60 kaki. Simbolik dengan kehadiran Tahun Naga, replika yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’ ini menjanjikan pemandangan yang memukau dan mengagumkan.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen.

Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna. Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif Suria KLCC.

Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100. Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.


Rakam detik indah sambutan yang bertemakan ‘Old China’ ini di ‘Festive Photobooth’ dimana para pengunjung boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. Peluang mengabadikan detik indah sambutan juga disediakan di ruang masuk ‘Centre Court’, Esplanade KLCC, dan Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi ‘Instagram-worthy’ yang membawa kegemilangan sambutan perayaan ini

 
Para pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. Pada hujung minggu, para pelanggan juga akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.

“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’. Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan,” ujar Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini.”

Pusat Beli-Belah Alamanda
Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina bakal mewarnai Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024. Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan seni Cheongsam, dan sebuah restoran yang menyajikan replika

hidangan makan malam tradisional, dimana ia dilihat sebagai ruangan ‘Instagram-worthy’. Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga, dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin.

Ganjaran beli-belah di Alamanda Putrajaya akan membawa pengalaman yang lebih menarik buat para pelanggan yang berbelanja RM600 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Para pelanggan yang berbelanja akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang tinggi juga, mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai lebih besar, iaitu RM80.

Keriangan berterusan buat para pengunjung apabila ahli VIKids berpeluang unutuk menyertai dalam aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Inisiatif ini dilihat menjadikan Alamanda Putrajaya sebagai sebuah destinasi beli-belah yang memeriahkan sambutan mesra untuk seisi keluarga.

Pusat Beli-Belah Mesra
Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu menjemput komuniti setempat untuk turut menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024. Pusat Beli-Belah Mesra akan menampilkan dekorasi gah dan mempesonakan yang bertemakan ‘Old Shanghai’.

Antara tarikan utama kempen ini termasuklah persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dimana para penari akan mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung simbolik dengan kepercayaan membawa tuah. Ahli keluarga yang berkunjung ke Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari.

‘The Shoppers Rewards Programme’ menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit di mana mana kedai terpilih.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/01/tema-old-shanghai-sempena-tahun-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 107 hits
KUANTAN Polis Kuantan telah menerima sebanyak 45 permohonan bagi mendapatkan lesen menjual bunga api dan mercun sempena perayaan Tahun Baru Cina di daerah iniKetua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata daripada j...
Warga Malaysia Tegur Orang Asing Yang Buang Sampah Di Klcc Semasa Tahun Baru Cina

Warga Malaysia Tegur Orang Asing Yang Buang Sampah Di Klcc Semasa Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 132 hits
Cutinya waktu perayaan memang peluang terbaik untuk orang orang melancong ke tempat tempat yang ramah pelancong Tetapi selain berseronok adalah penting bagi orang ramai untuk menjaga kebersihan persekitaran supaya orang lain juga dapat meni...
Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 128 hits
Seorang lelaki di China menghairankan media sosial dengan membawa anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ke kampung halaman mereka secara terbang untuk menyambut Tahun Baru Cina dan mengelakkan kesesakan lalu lintas tahunan Lelaki terse...
Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum Malam tadi kepenatan lepas sampai rumah otak terus cari katil je Keluar waktu musim perayaan ni memang tak dijangka Ingatkan waktu Tahun baru Cina ni ramai bercuti dan balik kampung rupanya tidak ya Penuh manusia atas jalan ...
Pelakon Hong Kong Meraikan Tahun Baru Cina Di Pulau Pinang

Pelakon Hong Kong Meraikan Tahun Baru Cina Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 136 hits
Semasa Tahun Baru Cina ramai rakyat Malaysia pulang ke Pulau Pinang untuk menyambut Tahun Baru Cina sambil mengambil kesempatan cuti hujung minggu yang panjang Malah pelakon dan penerbit filem dari Hong Kong Philip Keung turut menyambut Tah...
Rakyat Biasa Dan Tahun Baru Cina

Rakyat Biasa Dan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 144 hits
Rafizi RamliBanyak perkara berlaku dalam negara dan di dunia sekarang Perang masih berlanjutan di Gaza dan Ukraine dengan risiko ia merebak ke tempat lain Ekonomi China sedang melalui perubahan sehinggakan Kerajaan China terpaksa campur tan...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan kehormatan kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk peray...
Tol Percuma Diberi Pada Khamis Amp Jumaat Sempena Tahun Baharu Cina

Tol Percuma Diberi Pada Khamis Amp Jumaat Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 101 hits
Pengguna lebuh raya dimaklumkan bakal menikmati tol percuma selama dua hari iaitu bermula Khamis esok hingga Jumaat sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2 Hari Tol Percuma Berdasarkan sumber yang dilihat dari Kosmo Online Menteri Kerja Raya A...
Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024

Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 173 hits
Gong Xi Fa Cai atau Selamat Tahun Baru Cina antara ucapan yang kita sering dengar diucapkan oleh kaum Cina terutamanya di Malaysia Selain itu sebenarnya banyak lagi contoh ucapan yang boleh digunakan kami kongsiakn disini Tahun Baru Cina an...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander