Telur Oh Telur Di Manakah Dikau Berada


utusantv.com
Oleh Ahmad Abd Hamid
-December 12, 2022
Tinjauan harga telur ayam di pasar raya sekitar Kuala Lumpur. GAMBAR  Abd Razak Aid
“AYAM dahulu atau telur dahulu?” Teka teki ini sejak sekian lama menjadi bahan gurauan. Jika tiada telur mana mungkin ada anak ayam? Jika tiada ayam mana mungkin ada telur? Namun tiada siapa boleh memberi jawapan pasti. Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.

Lupakan dahulu frasa mana dahulu ayam atau telur ini. Kini frasa baharu yang hangat ialah ‘perlu import telur ayam atau tidak’ sejajar isu kekurangan bahan makanan tersebut di pasaran sehingga menyusahkan orang ramai?

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, memaklumkan kerajaan akan mengimport telur bagi mengatasi masalah tersebut. Namun langkah ini tidak dipersetujui oleh peniaga yang menganggap ia bukan penyelesaian terbaik.

Menurut Mohamad, import dari beberapa negara yang sudah dikenal pasti merupakan langkah jangka pendek mengatasi masalah kekurangan bekalan. Ia bukan bertujuan menekan pengusaha tempatan, cuma untuk memastikan keperluan dalam negara tidak terputus.

Setelah bekalan kembali stabil, import akan dikaji semula. Protokol dan tatacara ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi dalam pelaksanaan import, termasuk memastikan telur mematuhi piawaian dan selamat dimakan.

Namun bagi Pengarah Urusan Rangkaian Pasaraya Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, tindakan mengimport telur dianggap tidak masuk akal memandangkan Malaysia ialah negara pengeskport telur.

Beliau mempersoal kenapa perlu import sedangkan negara mengeluarkan telur mencukupi, malah mengeskportnya ke negara seperti Singapura dan Hong Kong. Mungkin eksport ini punca utama bekalan tempatan berkurangan.

Menurut Ameer, sepatutnya jika bekalan tidak cukup, negara perlu hentikan eksport serta memberi keutamaan kepada keperluan tempatan. Cuma misterinya, sebelum ini walau pun dalam keadaan telur dieskport, bekalan di pasaran sentiasa mencukupi. Belilah berapa banyak yang mahu. Adakah berlaku kegiatan sorok atau bekalan dimanipulasi kartel tertentu?

Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, masalah kekurangan telur sudah mula meruncing. Sehingga kini masalah belum mampu diatasi sepenuhnya. Telur masih sukar didapati di kedai atau pasar raya. Rak telur terbiar kosong. Oh telur! Di manakah dikau berada?

Jika bernasib baik, setelah penat pusing keliling, akan terjumpa kedai yang ada menjual telur. Itu pun pembelian dicatu. Ada penjual meletakkan syarat seorang pembeli hanya boleh membeli satu papan.

Pembeli pun bijak juga. Ada yang datang tiga empat orang dalam satu keluarga. Setiap orang membeli satu papan, jadi keseluruhannya banyak papan boleh dibeli. Pemilik kedai bukan perasan atau kenal setiap individu yang datang samaada mereka daripada satu keluarga atau bukan.

Ada juga penjual yang bermain silap mata. Sementara pembelian hanya dihad kepada satu papan, bagi telur gred tinggi seperti gred A, pembeli dibenarkan pula membeli sehingga sekurang-kurangnya dua papan.

Ini mungkin kerana pembeli untuk gred A tidak seramai pembeli gred B, C atau D. Harganya pula lebih mahal. Kerana itu yang membeli gred A diberi kelonggaran membeli lebih. Lebih banyak laku, lebih banyak duit masuk. Namun tidak sepatutnya pekedai mengamalkan sikap sedemikian. Sewajarnya golongan yang membeli selain gred A dibenar membeli lebih memandangkan kebanyakan mereka daripada kelompok B40.

Sehingga ini kerajaan belum memutuskan samaada syarikat tertentu boleh mengimport terus telur secara sendiri atau melalui syarikat dilantik. Juga belum disenaraikan dari negara mana telur akan diimport. Namun mengambil kira jangka hayat telur hanya lebih kurang 21 hari, kemungkinan besar ia adalah dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam, Brunei dan Indonesia.

Jangka hayat yang singkat, dengan urusan penghantaran dari negara asal, urusan penerimaan di negara ini dan pengagihan di seluruh negara akan mengambil masa, jangka hanyat sebenar telur itu di pasaran tempatan semakin berkurang.

Juga tidak dapat dipastikan sebelum diimport, sudah berapa lama telur itu berada di pasaran negara asal. Dibimbangi nanti sekiranya aspek ini tidak diberi perhatian, telur yang sampai ke sini akan cepat rosak.

Di negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Brunei, harga telur lebih tinggi. Misalnya, sedozen telur gred C di Malaysia ialah RM4.92. Tetapi harganya di Thailand RM7.42, di Indonesia RM6.55, di Brunei RM10.15 dan Vietnam RM5.78. Mampukah rakyat Malaysia membeli telur import kelak?

Oleh itu langkah terbaik dilakukan masa ini ialah menstabilkan bekalan telur tempatan dengan mengawal eksport. Seperti juga kenaikan harga minyak masak boleh dikekang kerana Malaysia ialah pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia. Kawal ekpsort minyak sawit sehingga harga minyak masak dalam negara stabil.

Sementara negara perlu mengeskport untuk pertumbuhan ekonomi, keperluan rakyat tempatan wajar diberi keutamaan. Lakukanlah yang terbaik agar dalam keghairahan mengeksport, permintaan dalam negara tidak diabaikan.

* Penulis memulakan kerjaya kewartawanan di Berita Harian pada 1979 sebelum menyertai Utusan Melayu pada 1980. Beliau kemudian melanjutkan pengajian kewartawanan sehingga peringkat sarjana di Boston University, Amerika Syarikat. Jawatan terakhir Penolong Ketua Pengarang Utusan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/telur-oh-telur-di-manakah-dikau-berada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Jaga Telur

Mat Sabu Jaga Telur

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 208 hits
Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur Mat SabuNailah HudaDisember 6 2022 16 10 MYTADAKAH SETAKAT ITU SAHAJA IDEA MAT SABUKemungkinan untuk mendapatkan menteri yang hebat juga negara terpaksa import dari luar negara Mat Sabu ...
Harga Telur Baharu Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Mat Sabu

Harga Telur Baharu Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 306 hits
Ramai yang tertunggu tunggu harga baru telur ayam yang dikhabarkan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian Kerajaan Perpaduan Mohamad Sabu Dalam sebuah kenyataan media terkini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bek...
Harga Telur Ayam Bakal Diumum Lebih Murah Esok Perdana Menteri

Harga Telur Ayam Bakal Diumum Lebih Murah Esok Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 190 hits
Isu bekalan telur yang berkurangan menjadi bualan di media sosial sejak kebelakangan ini Jika ada dijual pun harganya dikatakan lebih mahal daripada biasa Bagaimana dengan tempat anda Adakah bekalan masih sama atau berkurangan Adakah hargan...
Kerajaan Import Telur Ayam Dari Sumber Luar Tampung Keperluan Dalam Negara

Kerajaan Import Telur Ayam Dari Sumber Luar Tampung Keperluan Dalam Negara

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 201 hits
Bernama December 6 2022 Mohamad Sabu berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah bertujuan menekan pengusaha industri telur ayam tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus selain kebajik...
Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 291 hits
SHAH ALAM Harga telur ayam terus menjadi tanda tanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu masih mengunci mulut meskipun perkara itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Anwar s...
Berita 757 Kartel Kawal Pengeluaran Telur Berita 757 28 11 2022

Berita 757 Kartel Kawal Pengeluaran Telur Berita 757 28 11 2022

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 152 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata kemungkinan pengeluaran bekalan telur di negara ini dikawal oleh kartel tidak boleh dinafikan Justeru beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengam...
Harga Telur Akan Terus Naik

Harga Telur Akan Terus Naik

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 357 hits
PUTRAJAYA The government will unveil a new mechanism to control the market prices of eggs tomorrow Ini adalah kenyataan dungu oleh orang yang tidak faham apa pun berkenaan ekonomi bisnes dan kewangan Kalau market price sudah boleh dicontrol...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj