Telur Mungkin Punca Keracunan Puding Buih


Telur Mungkin Punca Keracunan Puding Buih. Siapa sangka, puding buih ini mampu menyebabkan lebih 70 orang individu terlantar akibat keracunan makanan.
Telur Mungkin Punca Keracunan Puding Buih Daripada siasatan dilakukan Jabatan Kesihatan Daerah mendapati ianya mungkin berpunca daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.
Menurut mangsa, puding tersebut mempunyai rasa yang sedap dan tidak mempunyai tanda tanda telah tercemar. Tetapi kemudian, mengalami sakit perut yang amat sangat, muntah dan cirit.
Penjual makanan dalam talian diharap untuk menjaga kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan makanan.
Jangan aniaya pelanggan anda dengan meletakkan kandungan yang tidak bersih, telah tercemar dan telah tamat tempoh. -PHM-
Mari kita baca laporan dari Metro berkaitan kes tersebut
Mangsa keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih di dua daerah di Terengganu terus meningkat kepada 74 orang setakat 3 petang hari ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata, daripada 74 kes itu yang terdiri daripada 16 keluarga, sejumlah 62 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 12 lagi dari daerah Marang.
“Sehingga kini, seramai 33 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hospital swasta (lapan orang) dan bakinya 22 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta.
“Jabatan juga turut mengesan ahli keluarga mangsa yang lain dan berjaya menemui 11 lagi mangsa keracunan makanan cuma simptom yang mereka alami tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan sejumlah 48 individu mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.
Nor Azimi berkata, pihaknya sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu semalam.
“Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan sudah kita ambil untuk tindakan lanjut.
“Jabatan juga sudah menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula semalam hingga 7 Jun depan iaitu selama 14 hari,” katanya.
Beberapa mangsa keracunan yang ditemui di HSNZ berkata, mereka tidak menyangka dimasukkan ke wad pada Aidilfitri kali ini selepas mengalami cirit-birit, muntah dan demam selepas menikmati puding buih itu.
Siti Hasnah Mustafa, 37, berkata, puding buih itu dibeli dalam keadaan yang masih elok tanpa sebarang bau busuk atau masam.
“Sebab tu saya makan macam biasa sahaja, lagipun keluarga saya memang peminat puding buih… dah biasa beli daripada ramai penjual lain sebelum ini dan tidak pernah mengalami keracunan makanan seperti ini.
“Pada awal pagi raya pertama, saya hantar emak, abang dan dua adik ke HSNZ kerana keadaan mereka agak lemah. Tak sangka semalam keadaan saya pula semakin serius, jadi saya turut dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Seorang lagi pesakit, Abdull Azizi Idris, 63, berkata, puding buih itu dibeli oleh anak perempuannya dan sempat dimakan bersama seorang lagi anak lelaki.
“Memang kerap ke tandas (kerana) cirit-birit, demam dan muntah-muntah… akhirnya dah rasa semakin tak larat, isteri dan anak lain hantar kami ke hospital.
“Memang tak sangka jadi begini pada musim perayaan kali ini, apa pun saya anggap ini ujian Allah dan semoga puncanya dapat diketahui secepat mungkin,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/telur-mungkin-punca-keracunan-puding-buih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Tamat Tempoh Punca 99 Mangsa Keracunan Puding Buih

Telur Tamat Tempoh Punca 99 Mangsa Keracunan Puding Buih

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 724 hits
Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri ...
Keracunan Puding Buih Berpunca Telur Tamat Tempoh Exco Terengganu

Keracunan Puding Buih Berpunca Telur Tamat Tempoh Exco Terengganu

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 576 hits
Kuala Terengganu Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Ala...
Misteri Punca Keracunan Puding Buih Viral Akhirnya Dibongkar Oleh Pakar Kesihatan Ini

Misteri Punca Keracunan Puding Buih Viral Akhirnya Dibongkar Oleh Pakar Kesihatan Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 2337 hits
Baru pertama kali saya dengar nama kuih ni Terkejut juga bila dengar berita keracunan makanan pada akhir Ramadhan Baru nak buat claim yang saya tak dengar kes keracunan makanan daripada bazar Ramadhan tahun ni Berbanding tahun tahun lepas r...
Mangsa Keracunan Puding Buih Bertambah 1 Di Icu

Mangsa Keracunan Puding Buih Bertambah 1 Di Icu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 413 hits
Dr Nor Azimi Yunus melawat seorang mangsa keracunan makanan Siti Hasnah Mustafa yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam KUALA TERENGGANU Seramai 25 lagi orang dilaporkan mengalami keracunan makanan dipercayai berpu...
Mangsa Keracunan Puding Buih Pertama Meninggal Selepas 10 Hari Bertarung Nyawa

Mangsa Keracunan Puding Buih Pertama Meninggal Selepas 10 Hari Bertarung Nyawa

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 397 hits
WANITA yang menjadi mangsa keracunan puding buih meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu hari ini Mangsa berusia 25 tahun dari Marang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rap...
Kualaterengganu 48 Keracunan Makanan Dipercayai Akibat Puding Buih

Kualaterengganu 48 Keracunan Makanan Dipercayai Akibat Puding Buih

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 746 hits
Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan sejak semalam Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata darip...
Mangsa Meninggal Akibat Kes Puding Buih

Mangsa Meninggal Akibat Kes Puding Buih

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 865 hits
Mangsa Meninggal Akibat Kes Puding Buih Baru baru ini kita dikejutkan dengan kes keracunan makanan iaitu puding buih di Terengganu Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum umat Islam di negara kita menyambut Aidilfitri Mangsa Meninggal Ak...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo