Keracunan Puding Buih Berpunca Telur Tamat Tempoh Exco Terengganu


Kuala Terengganu: Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru-baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata kesilapan peniaga tersebut kerana menggunakan telur yang sudah lebih dua minggu dari tarikh luputnya.
“Tindakan pun telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan menutup dapur premis untuk jualan puding buih tersebut mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Baru-baru ini, media melaporkan seramai 99 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hospital swasta dan rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta setelah cirit-birit, muntah-muntah dan demam selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lepas.
Daripada 99 kes tersebut, yang membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit lagi dari daerah Marang.
Dalam pada itu, Dr Alias berkata kerajaan negeri akan membuat satu kajian terperinci berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk peniaga makanan kecil-kecilan yang beroperasi di rumah bagi mengelak kejadian keracunan itu berulang pada masa depan.
“Kebanyakan mereka tidak mempunyai lesen berniaga, hanya memasak di rumah dan memasarkannya secara dalam talian yang kita tak tahu bagaimana pengendalian masakan dan tahap kebersihan yang diamalkan.
“Jadi kami minta Jabatan Kesihatan sediakan satu SOP untuk peniaga makanan yang beroperasi dari rumah agar dapat bantu mereka jana ekonomi dan pada masa sama pastikan keselamatan makanan yang dijual.
“Penyedia makanan juga perlukan suntikan khas serta mengamalkan tahap kebersihan yang sepatutnya sama seperti peniaga yang beroperasi di premis perniagaan lain,” katanya.
— BERNAMA
The post Keracunan Puding Buih Berpunca Telur Tamat Tempoh – Exco Terengganu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/31/keracunan-puding-buih-berpunca-telur-tamat-tempoh-exco-terengganu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Tamat Tempoh Punca 99 Mangsa Keracunan Puding Buih

Telur Tamat Tempoh Punca 99 Mangsa Keracunan Puding Buih

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 900 hits
Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri ...
Awas Telur Tamat Tempoh Boleh Sebabkan Keracunan

Awas Telur Tamat Tempoh Boleh Sebabkan Keracunan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 639 hits
Seram dan sedih dengar pasal keracunan makan puding buih beberapa hari lepas Punca keracunan disebabkan puding buih tu menggunakan telur yang dah basi atau pun yang dah tamat tempoh Jangan buat main kalau makan sesuatu yang dah tamat tempoh...
Telur Mungkin Punca Keracunan Puding Buih

Telur Mungkin Punca Keracunan Puding Buih

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1103 hits
Telur Mungkin Punca Keracunan Puding Buih Siapa sangka puding buih ini mampu menyebabkan lebih 70 orang individu terlantar akibat keracunan makanan Telur Mungkin Punca Keracunan Puding Buih Daripada siasatan dilakukan Jabatan Kesihatan Daer...
Misteri Punca Keracunan Puding Buih Viral Akhirnya Dibongkar Oleh Pakar Kesihatan Ini

Misteri Punca Keracunan Puding Buih Viral Akhirnya Dibongkar Oleh Pakar Kesihatan Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 2449 hits
Baru pertama kali saya dengar nama kuih ni Terkejut juga bila dengar berita keracunan makanan pada akhir Ramadhan Baru nak buat claim yang saya tak dengar kes keracunan makanan daripada bazar Ramadhan tahun ni Berbanding tahun tahun lepas r...
Mangsa Keracunan Puding Buih Bertambah 1 Di Icu

Mangsa Keracunan Puding Buih Bertambah 1 Di Icu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 490 hits
Dr Nor Azimi Yunus melawat seorang mangsa keracunan makanan Siti Hasnah Mustafa yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam KUALA TERENGGANU Seramai 25 lagi orang dilaporkan mengalami keracunan makanan dipercayai berpu...
Kualaterengganu 48 Keracunan Makanan Dipercayai Akibat Puding Buih

Kualaterengganu 48 Keracunan Makanan Dipercayai Akibat Puding Buih

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 824 hits
Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan sejak semalam Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata darip...
Kenapa Tak Boleh Makan Telur Tamat Tempoh

Kenapa Tak Boleh Makan Telur Tamat Tempoh

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 985 hits
Sedih bila mendengar berita tentang seorang daripada 99 mangsa puding buih meninggal dunia hari ini Semuanya gara gara telur yang digunakan telah tamat tempoh Salam takziah kepada keluarga mangsa Untuk semua ketahuilah cara terbaik menyimpa...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam