Telunjuk Lurus Kelingking Berkait


Melayu lebih terima MCA berbanding DAP
BIARPUN sedang hebat bergelut dengan pandemik Covid-19, negara kita tetap tidak pernah sunyi daripada gegak-gempita kecelaruan politik seperti cadangan jajaran baharu yang dikatakan melibatkan UMNO, PKR dan DAP.

DAP dilihat dapat menggantikan MCA yang dianggap segelintir pemerhati politik sebagai sudah hilang taring dan pihak lebih radikal menganggap komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah lenyap daripada radar politik tanah air.

Sebenarnya, adalah tidak adil untuk menyimpulkan MCA tidak relevan dalam arena politik semasa memandangkan parti itu masih aktif mencurahkan bakti di seluruh negara.

Ia juga mempunyai kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, malah turut memiliki wakil di peringkat kerajaan Pusat buat masa ini.

Penolakan masyarakat Cina terhadap MCA disebabkan DAP memperdayakan kaum itu bahawa parti berkenaan mampu melakukan perubahan drastik dalam mempromosikan Malaysian Malaysia dan menentang ketuanan Melayu yang selama ini dijuarai oleh UMNO.

Masyarakat Cina mula melihat UMNO sebagai sebuah parti yang terlalu dominan sehinggakan MCA didakwa tidak mampu berdiri mempertahankan masyarakat Cina.

Akhirnya, masyarakat Cina terutama golongan muda menganggap parti konservatif seperti MCA sudah tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman.

Relevan atau tidaknya MCA hanya sekadar pendapat dan bersifat subjektif. Sehingga kini, MCA kekal komited dan konsisten dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat di kawasan pilihan raya mereka.

Populariti MCA dan BN juga dilihat kian pulih, terutama apabila BN dan Muafakat Nasional (MN) berjaya memenangi tujuh daripada 12 pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk Parlimen Tanjung Piai yang dimenangi oleh MCA dengan peningkatan undi mendadak daripada masyarakat Cina.

Isu yang sering menghimpit MCA seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dilihat mengecewakan masyarakat Cina. DAP sebelum ini memberi jaminan isu terbabit akan diselesaikan sekiranya mereka berjaya ke Putrajaya.

Namun, DAP tidak mampu untuk melakukan sebarang perubahan seperti yang diharapkan ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan. Malah dalam isu UEC, wakil DAP yang menjawat Timbalan Menteri Pendidikan turut gagal untuk menunaikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat Cina.

Seperkara yang jelas di sini ialah MCA tidak pernah mencetuskan sebarang isu perkauman mahupun melahirkan keresahan dalam menarik sokongan masyarakat Cina berbanding DAP.

Parti itu sudah cukup terbiasa dengan semangat kebersamaan, toleransi dan setiakawan yang diwarisi dan dipupuk melalui BN.

Rekod MCA yang bersih dan sentiasa menghormati UMNO, MIC dan rakan komponen lain dalam BN sebelum ini sudah cukup untuk menjelaskan perbezaan antara kedua-kedua parti itu.

Pada pandangan kebanyakan orang Melayu pula, MCA adalah sebuah parti yang lebih diterima berbanding DAP.

Tidak seperti DAP, MCA kelihatan tidak terdesak untuk menukar orientasinya menjadi lebih ekstrem hanya semata-mata untuk menarik hati pengundi Cina.

MCA juga tidak perlu apologetik (menyesali sesuatu perbuatan yang telah terlanjur) dalam perjuangan mereka untuk membela nasib masyarakat Cina jika dibandingkan dengan DAP yang berselindung di sebalik propaganda Malaysia milik rakyat Malaysia.

Oleh: RIZAL JOHAN
          Pelajar pascasiswazah di sebuah universiti awam tempatan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/telunjuk-lurus-kelingking-berkait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Perlu Perjelaskan Kepada Rakyat Keadaan Sebenar Berkait Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19

Kkm Perlu Perjelaskan Kepada Rakyat Keadaan Sebenar Berkait Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 197 hits
RAKYAT tidak mempunyai Parlimen utk ditanyakan melalui Wakil Rakyat Apa yg kita mampu buat ialah bertanya dalam SocMed LIHAT Video Pertama yg sudah TULAR di SocMed Brader ni kelihatan enggan serahkan anak dia yg dia YAKIN sudah sihat Ia tid...
2 Kes Berkait Kedai Gunting Atatcutz 2 Penghuni Mindsville Antara Kes Baru Covid 19

2 Kes Berkait Kedai Gunting Atatcutz 2 Penghuni Mindsville Antara Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 202 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan lima jangkitan baru COVID 19 dalam masyarakat sehingga tengah hari Isnin semuanya berkait dengan kes sebelumnya dan sudah dikuarantin Sembilan kes import juga dilaporkan Ia merupakan jumlah kes baru dalam masy
Jurassic World Dominion Akan Berkait Dengan Siri Netflix Camp Cretaceous

Jurassic World Dominion Akan Berkait Dengan Siri Netflix Camp Cretaceous

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 136 hits
Pengarah filem Jurassic World Dominion Collin Trevorrow mendedahkan yang animasi Netflix Camp Cretaceaus akan mempunyai kesinambungan dengan filem tersebut Francais Jurassic World membesar dengan animasi Netflix tersebut yang kini sudah men...
11 Jenis Rambut Manusia Dari Yang Lurus Jatuh Sampai Keriting Banget

11 Jenis Rambut Manusia Dari Yang Lurus Jatuh Sampai Keriting Banget

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 640 hits
Tipe rambut kamu yang mana nih Bukan cuma asal lurus keriting dan bergelombang aja ada 11 kategori
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan