Teliti Sebaiknya Cadangan Lanjut Operasi Icqs Padang Besar Titah Raja Muda Perlis


Tuanku Syed Faizuddin bertitah cadangan lanjut operasi dari 10 malam ke 12 tengah malam perlu memberi manfaat kepada semua tanpa abai keselamatan serta undang-undang negara.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail (dua kiri) ketika menyempurnakan simbolik siri promosi masakan Perlis di Cafe Resort fifty4ferns by MK54 di Janda Baik, Bentong. (Gambar Pejabat Raja Muda Perlis)PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah cadangan melanjutkan waktu operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar diteliti sebaiknya sebelum sebarang keputusan diambil
Baginda bertitah cadangan melanjutkan operasi dari 10 malam ke 12 tengah malam waktu Malaysia— perlu diperhalusi melalui rundingan bersama Pejabat Gabenor Wilayah Songkhla, Datuk Bandar Daerah Sadao serta pegawai Sub-Daerah Padang Besar, Thailand.
Tuanku Syed Faizuddin menegaskan, inisiatif itu harus dirancang secara teliti dan komprehensif sebagai persediaan jangka sederhana dan panjang supaya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak tanpa mengabaikan keselamatan dan undang-undang negara.
“Ia diharap dapat membantu usaha menyuraikan kesesakan trafik khususnya semasa cuti hujung minggu, perayaan dan musim cuti persekolahan.
“Langkah itu juga dapat memperkasakan aktiviti ekonomi mahupun pelancongan terutama di kawasan sempadan itu,” titahnya selepas merasmikan majlis promosi masakan Perlis di Janda Baik, Bentong.
Turut berangkat Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Pada Mac 2024, kerajaan Perlis mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya ICQS Padang Besar dapat beroperasi hingga 12 tengah malam berbanding 10 malam ketika ini.
Cadangan itu sebagai usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Perlis selain merancakkan sektor pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin dalam program terbabit turut mempromosikan ‘Kurma Daging Perlis’ sebagai simbol warisan kulinari negeri.
Usaha mengangkat hidangan itu sehingga ke peringkat nasional dan antarabangsa dibuat dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).
Raja Muda Perlis turut berkenan mengurniakan buku ‘Perlis Food Promotion’ iaitu koleksi kembara dan usaha Baginda melancarkan serta mempromosi masakan ‘Kurma Daging Perlis’ ke pelbagai restoran dan hotel di dalam dan luar negara. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/10/teliti-sebaiknya-cadangan-lanjut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Politik Negeri Dipercayai Fitnah Hina Raja Perlis

Pemimpin Politik Negeri Dipercayai Fitnah Hina Raja Perlis

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 185 hits
BernamaARAU Polis menerima satu laporan berkaitan rakaman suara didakwa mirip seorang pemimpin politik negeri ini dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah penipuan serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalul...
Suara Dari Perlis Bila Pemimpin Tak Lagi Berani Pertahankan Raja

Suara Dari Perlis Bila Pemimpin Tak Lagi Berani Pertahankan Raja

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 132 hits
Seluruh Perlis sedang bercakap tentang satu audio yang tular Suara yang dikatakan mirip Menteri Besar Perlis YAB Shukri Ramli Dalam audio itu katanya ada kata kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin m memperlekeh malah...
Raja Permaisuri Agong Titah Kpm Nilai Keberkesanan Modul Tindak

Raja Permaisuri Agong Titah Kpm Nilai Keberkesanan Modul Tindak

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 135 hits
Raja Permaisuri Agong Titah KPM Nilai Keberkesanan Modul TinDak KUALA LUMPUR 14 Okt Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah supaya Kementerian Pendidikan melihat keberkesanan modul kempen Tindak Demi Anak Kita dalam usaha memperku...
Tengku Muda Pahang Jelaskan Pernah Syorkan Kepada Fam Beberapa Nama Pemain Warisan Termasuk Tujuh Yang Di Siasat Fifa

Tengku Muda Pahang Jelaskan Pernah Syorkan Kepada Fam Beberapa Nama Pemain Warisan Termasuk Tujuh Yang Di Siasat Fifa

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 153 hits
KUALA LUMPUR Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menjelaskan baginda pernah mengesyorkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia beberapa nama pemain warisan termasuk tujuh pemain yang kini dalam siasatan Persekutuan Bola S...
Jojo Ghazali Anak Muda Malaysia Yang Menggegar Dunia Muay Thai

Jojo Ghazali Anak Muda Malaysia Yang Menggegar Dunia Muay Thai

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 172 hits
Nama Johan Jojo Ghazali kini semakin meniti di bibir peminat sukan tempur seluruh dunia Baru berusia 17 tahun tapi pencapaiannya dah jauh mengatasi usia Dari gelanggang kecil di Malaysia kini Jojo berdiri megah di pentas antarabangsa ONE Ch...
Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi Letak Mangga Muda Lagi Padu

Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi Letak Mangga Muda Lagi Padu

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 206 hits
Kalau sebut lauk kampung yang paling power mesti ramai setuju ikan merah masak lemak cili padi tambah pula mangga muda memang nombor satu di hati Kuahnya pekat berlemak rasa pedas menyengat dan aroma daun kunyit yang wangi memang cukup memb...
No Permission Needed For Peaceful Assembly Muda Tells Cops

No Permission Needed For Peaceful Assembly Muda Tells Cops

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 129 hits
Muda has reminded the police of a Federal Court decision that reaffirmed the constitutional right to peaceful assembly and not a permission that can be granted or withdrawn at the whim of the authorities The party s deputy communications ch...
Kbs Lancar Projek Dengar Rakan Muda Sokong Emosi Belia

Kbs Lancar Projek Dengar Rakan Muda Sokong Emosi Belia

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 186 hits
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata projek itu sediakan ruang selamat belia berkongsi dan didengari tanpa penilaian stigma atau prejudis Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata isu kesihatan mental kini menjadi antara cabaran so...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Grand Mercure Diperkenalkan Di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Bella Astillah Lega Isu Tular Selesai Kongsi Gambar Peluk Ibu Syed Saddiq

Keajaiban Malam Cahaya Dron Studio Drift Di Whitby Abbey Berusia 1 366 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu

Jalan Jalan Pagi Jumaat Memerhati Alam

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Three Wilderness Survival Skills Every Adventure Seeker Must Master

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia Ke Malaysia