Telinga Capang Maksud Degil Betul Ke Bagaimana Ia Boleh Terbentuk


Zaman sebelum ni, masih kecil, rakan-rakan atau mana-mana individu yang mempunyai telinga capang pasti akan diejek dengan pelbagai gelaran, “Piring Astro” sebagai contoh.Siapa sahaja yang tidak tahu, penampilan fizikal lebih mudah dijadikan bahan ejekan semasa anda masih kecil berbanding ketika anda sudah dewasa. Apa pun gelaran yang diberikan, ingatlah bahawa ejekan seperti ini amatlah tidak bermoral. Kita tolak ke tepi dahulu soal ejekan ini dan teruskan dengan satu keadaan yang ingin kami kupaskan; telinga capang. Adakah anda tahu bahawa telinga capang ini boleh dicantikkan kembali menerusi pembedahan otoplasty?Jika masih belum tahu, mari baca penerangan ringkas yang kami sediakan di bawah ini.Apakah yang dimaksudkan dengan telinga capang?Bagaimanakah seseorang itu dikategorikan memiliki telinga yang capang? Jika seseorang individu tersebut mempunyai bukaan kelopak telinga lebih daripada 2 cm daripada sisi kepala, ia dianggap sebagai telinga yang capang. Bagaimanakah telinga capang ini terbentuk?Bagi kebanyakan individu, pembentukan telinga capang adalah disebabkan oleh lipatan antihelikal (antihelical fold) yang tidak berkembang.Apabila lipatan antihelikal tidak terbentuk dengan baik, ia akan membuatkan helix (bahagian pinggir luar telinga) terbuka atau terkeluar. Kebanyakan individu yang bertelinga capang juga mempunyai concha yang lebih dalam. Concha adalah ruang yang berbentuk seperti mangkuk yang berada pada bukaan lubang telinga.Apabila concha ini semakin dalam, ia akan menolak kelopak telinga semakin jauh daripada sisi kepala. Keadaan telinga capang ini tidak menyebabkan sebarang kesan terhadap fungsi telinga, oleh itu anda tidak perlu berasa bimbang.Adakah terdapat sebarang rawatan untuk telinga capang ini?Terdapat dua rawatan yang disediakan untuk mencantikkan telinga capang sama ada melalui pembedahan atau tanpa pembedahan. Jika tanpa pembedahan, ia menggunakan kaedah atau teknik acuan telinga (ear molding).Manakala jika menggunakan kaedah pembedahan, ia dinamakan pembedahan otoplasty. Kaedah acuan telinga (ear molding)Telinga capang masih boleh dicantikkan menggunakan kaedah ini jika telinga masih  dalam keadaan yang lembut, iaitu pada usia kanak-kanak. Acuan telinga menggunakan gabungan atau kombinasi sistem acuan telinga dan juga bahan acuan ortodontik untuk membentuk kembali telinga dan merapatkannya ke arah sisi kepala. Acuan telinga ini akan dipasang dalam tempoh tertentu bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut. Bagi bayi yang baru lahir iaitu sebelum berumur tiga bulan, rawatan selama dua minggu sudah mencukupi untuk mencantikkan telinganya.Manakala bagi kanak-kanak yang lebih berusia, kaedah ini akan memerlukan tempoh masa selama beberapa bulan. Proses ini mengambil masa yang lebih lama bagi kanak-kanak yang lebih berusia memandangkan telinga mereka sudah kurang fleksibel dan kurang responsif terhadap acuan telinga tersebut.Pembedahan otoplastySekiranya telinga kanak-kanak tersebut atau anak anda sendiri sudah menjadi capang dan terlalu keras untuk menggunakan kaedah acuan, anda boleh memilih pilihan rawatan yang kedua iaitu pembedahan otoplasty.Pembedahan otoplasty juga dikenali dengan nama lain iaitu ear pinning atau setback otoplasty. Kanak-kanak disarankan untuk menunggu sehingga mereka berumur 6 tahun apabila telinga mereka menjadi hampir matang untuk menjalani prosedur ini. Prosedur bagi membetulkan telinga capang ini biasanya dilakukan menerusi pemotongan kecil pada bahagian belakang telinga.Gabungan cartilage scoring dan jahitan digunakan untuk menghasilkan lipatan antihelikal. Jahitan tambahan di belakang rawan concha akan membuatkan keseluruhan telinga berada lebih rapat dengan bahagian sisi kepala.Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu risau terhadap pembedahan ini kerana anak anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama tanpa perlu berada di wad hospital selama berhari-hari.Selepas pembedahan dijalankan, doktor yang terlibat dengan pembedahan tersebut akan memantau anak anda sekiranya terdapat sebarang jangkitan dan juga proses penyembuhan luka.Terdapat sesetengah kanak-kanak yang mungkin memerlukan pembedahan tambahan bagi membetulkan kembali kedudukan telinga mereka.Ini kerana telinga mereka cenderung untuk kembali berada di posisi sebelum pembedahan dijalankan. Untuk pengetahuan anda, walaupun pembedahan otoplasty ini lebih kerap dilakukan dalam kalangan kanak-kanak, ia sebenarnya boleh juga dilakukan terhadap individu dengan pelbagai peringkat umur. Anak saya malu kerana mempunyai telinga capang, macam mana nak buat?Kanak-kanak yang bertelinga capang biasanya memiliki keyakinan diri yang rendah disebabkan oleh penampilan fizikal mereka. Tetapi anda mungkin akan gembira apabila mendengar khabar ini.Menurut kajian, walaupun ramai individu akan lebih mudah tertarik kepada bentuk telinga kanak-kanak yang capang, ia sebenarnya tidak membawa sebarang stigma sosial yang negatif. Menurut kajian tersebut, ramai individu sebenarnya tidak membezakan antara kanak-kanak dengan telinga capang dan juga kanak-kanak yang tidak mempunyai telinga capang semasa mereka melakukan undian kajian tersebut.Malah, mereka lebih cenderung untuk menilai kanak-kanak yang mempunyai telinga capang sebagai antara kanak-kanak yang paling pintar dan disukai. Malah ada antara kanak-kanak yang bertelinga capang dianggap lebih comel berbanding kanak-kanak lain.Oleh itu, sebagai ibu, sentiasa katakan kepada anak anda bahawa mereka sentiasa comel bukan sahaja pada pandangan anda, malah pada pandangan orang lain juga.KesimpulanWalaupun stigma negatif terhadap telinga capang ini kurang berlaku dalam kalangan individu dewasa, ia sememangnya wujud dalam kalangan kanak-kanak.Mungkin ada antara rakan anak-anak anda yang sentiasa menggunakan elemen fizikal pada tubuh badan anak anda sebagai bahan gurauan atau ejekan. Ia bukan hanya melibatkan telinga yang capang, malah penampilan lain yang mungkin kelihatan sedikit berbeza daripada majoriti kanak-kanak lain. Mungkin selepas ini, ibu bapa perlu mengajar dan mendidik setiap anak-anak mereka agar tidak menjadikan bentuk fizikal kanak-kanak lain sebagai perkara yang perlu dikatakan secara jelas, apatah lagi dijadikan modal ejekan.Guru juga perlu memantau anak didik di sekolah agar perkara ini tidak dijadikan budaya di sekolah di samping menerapkan nilai-nilai murni yang lebih bermoral dalam diri murid-murid. Ingatlah, ibu bapa dan guru adalah contoh terbaik untuk kanak-kanak.


Info dari : Hello Doctor



SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/02/telinga-capang-maksud-degil-betul-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iphone 11 Pro Dengan Rekaan Seakan Tesla Cybertruck Kini Boleh Anda Miliki

Iphone 11 Pro Dengan Rekaan Seakan Tesla Cybertruck Kini Boleh Anda Miliki

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 307 hits
iPhone 11 Pro ialah antara telefon pinter termahal di pasaran Sungguhpun begitu peranti masih mendapat sambutan peminat yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan peranti terhebat pernah dihasilkan Apple Tetapi jika anda mahukan kelain...
Kita Tak Sabar Tunggu Anak Boleh Bercakap Tapi Bila Dia Boleh Bercakap Kita Lupa Momen Tu

Kita Tak Sabar Tunggu Anak Boleh Bercakap Tapi Bila Dia Boleh Bercakap Kita Lupa Momen Tu

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 447 hits
Ingatkah lagi bagaimana perasaannya apabila mendengar perkataan pertama dituturi oleh anak Mungkin sesetengah bayi agak lewat pertuturannya tetapi keterujaan yang kita rasai tetap sama Perkataan pertama terlalu dinanti nantikan oleh setiap ...
Jokowi Uang Pkh Tidak Boleh Untuk Beli Pulsa Hati Hati

Jokowi Uang Pkh Tidak Boleh Untuk Beli Pulsa Hati Hati

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 253 hits
Ribuan warga menerima bantuan sosial Program Keluarga Harapan tahap I di Lapangan Rajawali Kota Cimahi Rabu Total anggaran yang digunakan sebesar Rp 172 miliar
Virus Koronavirus Mungkin Boleh Merebak Sebelum Simptom Timbul Menteri China

Virus Koronavirus Mungkin Boleh Merebak Sebelum Simptom Timbul Menteri China

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 610 hits
China 29 Jan Menteri Kesihatan China Ma Xiaowei mendakwa novel koronavirus boleh tersebar sebelum pembawa menunjukkan simptom Pembendungan jangkitan berada pada tahap yang mustahak katanya Hal ini dipersetujui Dr William Schaffner penasihat...
Patung Yang Boleh Menghamili Wanita

Patung Yang Boleh Menghamili Wanita

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 193 hits
Bagi anda yang belum di karuniai anak jangan pernah tergiur untuk mengunjungi patung ini Patung kesuburan ini di yakini bisa membuat wanita langsung hamil jika telah menyentuhnya Tapi kita bisa menjadi Syirik bila percaya berita ini apalagi...
Pakaian Dalam Wanita Yang Boleh Menyala Dalam Gelap

Pakaian Dalam Wanita Yang Boleh Menyala Dalam Gelap

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 182 hits
Berita heboh terkini Pernahkah terpikirkan oleh anda untuk mempunyai pakaian dalam yang bisa menyala di kegelapan LuminoGlow produk pakaian dalam wanita dari Australia ternyata sangat laku setelah di luncurkan bukan hanya modelnya yang inda...
Ramai Tak Tahu Minyak Zaitun Boleh Sembuhkan Gatal Di Paha

Ramai Tak Tahu Minyak Zaitun Boleh Sembuhkan Gatal Di Paha

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 520 hits
Cara Hilangkan Gatal Di Paha Kulit Peha Gatal Keras dan Hitam saya terasa malu apabila bersama suami Doktor SAYA berusia 39 tahun sudah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai dua orang anak Masalah saya bermula selepas melahirkan anak kedu...
Saya Boleh Balik Rumah Jika Uec Tidak Diiktiraf

Saya Boleh Balik Rumah Jika Uec Tidak Diiktiraf

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 302 hits
MalaysiaGazette Teo Nie Ching SELAYANG Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata beliau akan kehilangan kepercayaan pengundi jika kerajaan tidak dapat mengotakan janji dalam manifesto untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Ka...
Gula Boleh Membuatkan Mulut Anda Berbau

Gula Boleh Membuatkan Mulut Anda Berbau

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 378 hits
Mengurangkan pengambilan gula adalah antara perkara pertama yang akan dinasihatkan oleh kebanyakan pakar pemakanan kepada pesakitnya yang ingin berdiet Ini kerana gula mempunyai reputasi dan kesan buruk terhadap badan manusia namun sesuatu ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner