Telefon Berbunyi Ketika Solat Boleh Ke Matikannya


Telefon berbunyi ketika solat, boleh ke matikannya?
KETIKA solat, tiba-tiba sahaja telefon berbunyi. Sudahlah pada masa itu sedang mendirikan sembahyang jemaah.
Deringan kuat dari peranti tersebut membuatkan kekhusyukan solat kita dan para jemaah lain sedikit terganggu.
Walaupun masjid dan surau sudah memasang papan tanda atau peringatan supaya memastikan telefon bimbit dalam mod senyap ketika di rumah ALLAH, tetapi adakalanya kita terlupa berbuat demikian.
Dalam keadaan solat ketika telefon berbunyi tadi, bolehkah jika kita mematikan deringan tersebut? Bimbang pula perbuatan itu akan membatalkan ibadah yang sedang dikerjakan.
Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, dalam situasi tersebut, andai pergerakannya banyak, maka ia akan menyebabkan solat seseorang itu batal.
USTAZ AZHAR IDRUS
Sebaliknya, katanya, jika ia hanya melibatkan pergerakan yang sedikit, maka tidaklah ia membatalkan sembahyang.
“Bagaimanapun, seandainya ada tujuan untuk bermain-main dengan pergerakannya itu, maka batal solatnya walaupun sedikit pergerakannya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Mengukuhkan faktanya, penceramah terkemuka itu kemudian menukilkan pandangan Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi dalam Kitab Hasyiah Al-Bujairimi yang menyatakan: “Maka batal solat dengan gerakan yang banyak secara mutlak, tidak batal dengan gerakan yang sedikit secara mutlak kecuali jika diqasadkan bermain.”
Menurut pandangan Syeikh Bakr Syatha dalam Kitab I’anah At-Talibin: “Dan tempat kata tidak batal solat itu adalah dengan sebab perbuatan yang sedikit jika tidak ada tujuan bermain dengannya dan jika tujuan bermain, maka ia membatalkan solat.”
Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, tidak mengapa andai seseorang itu mematikan telefon bimbitnya ketika solat dengan syarat dia menjaga pergerakannya.
“Ini kerana nada dering telefon amat mengganggu jemaah lain untuk khusyuk,” katanya sebagaimana dipetik menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya.
Ujar ahli akademik itu, Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yang membaca al-Quran di dalam masjid dengan suara yang kuat kerana dikhuatiri mengganggu jemaah lain.
DR AHMAD SANUSI
Dalam Hadis Riwayat Imam Abu Daud diceritakan bahawa: “Suatu hari Rasulullah SAW beriktikaf di dalam masjid dan Baginda mendengar ada sahabat menguatkan bacaan al-Quran mereka. Rasulullah lalu menyelak tabur Baginda dan berkata: “Bukankah kamu semua sedang bermunajat kepada ALLAH? Janganlah ada sebahagian kamu menyakiti (mengganggu) yang lain. Jangan pula kamu tinggikan suara kamu di dalam bacaan (al-Quran kamu) (sebahagian riwayat menyatakan meninggikan suara ketika solat kamu).”


Berdasarkan hadis berkenaan, Dr Ahmad Sanusi menjelaskan, andai perbuatan meninggikan suara ketika sedang mengalunkan kalamullah itu pun ditegur oleh Baginda, inikan pula nada dering dengan lagu yang merosakkan tumpuan orang lain dalam solat mereka.
Menyambung hujahnya, ujar beliau, Mazhab Syafie menyatakan bahawa terdapat beberapa syarat yang mesti dijaga oleh seseorang bagi mengelakkan batalnya solat yang dikerjakan.

Bagi mereka yang ingin mematikan telefon yang berdering ketika solat, tetapi pada masa sama mengelakkan sembahyang didirikan terbatal, maka ahli akademik itu menasihatkan agar kita menjauhi:
1. Pergerakan yang banyak.
2. Pergerakan yang bukan daripada pergerakan solat yang jelas seperti berjalan dengan sengaja (tanpa keperluan) atau memukul.
3. Dilakukan dengan sengaja dalam keadaan seseorang itu tahu perbuatan tersebut dilarang.
4. Pergerakan yang dilakukan secara berturut-turut.
5. Pergerakan yang tiada keperluan syarak membenarkannya.
Andai seseorang menjaga segala keperluan itu, maka Dr Ahmad Sanusi berkata, pergerakan kecilnya untuk mematikan telefon bimbit tadi adalah sesuatu yang harus.
“Ingatlah, membiarkan telefon berbunyi sehingga mengganggu jemaah lain adalah lebih dilarang,” tegas beliau.
sumber : sinarislamplus


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/06/telefon-berbunyi-ketika-solat-boleh-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Fakulti Perhutanan Meninggal Dunia Rebah Ketika Solat Subuh

Pensyarah Fakulti Perhutanan Meninggal Dunia Rebah Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 213 hits
Pensyarah fakulti perhutanan meninggal dunia rebah ketika solat subuh SEORANG pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Hasanuddin Makassar Beliau dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Daru...
Media Sosial Boleh Jadi Ladang Dosa Jika Silap Langkah

Media Sosial Boleh Jadi Ladang Dosa Jika Silap Langkah

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 223 hits
Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah Media sosial tak salah pun Yang salahnya kita sebab tak menentukan had dan batasannya Kalau baik arahnya inshaAllah baiklah yang kita dapat Begitulah sebaliknya Namun berhati hati lah s...
Myfirstime 1001 Cara Conten Creator Menjana Income Melalui Media Sosial Anda Juga Boleh Lakukannya

Myfirstime 1001 Cara Conten Creator Menjana Income Melalui Media Sosial Anda Juga Boleh Lakukannya

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 222 hits
Untuk mendapat income dari affiliate program di Malaysia Anda perlu bergabung dengan program afiliasi yang sesuai dengan niche dan audiens Anda Program afiliasi adalah program yang memberikan komisi kepada Anda setiap kali Anda mempromosika...
Walaupun Tiada Komitmen Hidup Rupanya Kucing Juga Boleh Terkena Depression

Walaupun Tiada Komitmen Hidup Rupanya Kucing Juga Boleh Terkena Depression

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 169 hits
SEORANG pemilik kucing jenis British Short Hair berkongsi cerita berkenaan kucing peliharaannya itu yang terpaksa mengambil ubat anti depression disebabkan kemurungan Menurut pemilik akaun Twitter bernama Dina dia mula menyedari keadaan hai...
Pernah Dengar Pulau Ungu Di Korea Ini Antara Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan Di Pulau Unik Ini

Pernah Dengar Pulau Ungu Di Korea Ini Antara Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan Di Pulau Unik Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 238 hits
Terdapat banyak pulau yang popular dalam kalangan pelancong di Korea Tetapi pernahkah korang dengar tentang pulau yang serba ungu Pulau yang dimaksudkan ialah pulau Ungu ataupun dikenali sebagai Purple island Kalau datang ke sini korang dis...
Kenapa Lipan Boleh Ada Dalam Rumah Korang

Kenapa Lipan Boleh Ada Dalam Rumah Korang

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 396 hits
Korang kenal lipan tak Ehh meh sini nak cubit kalau lipan pun tak kenal Haha Lipan ni adalah artropod iaitu tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda Dia ni sejenis haiwan yang panjang pastu untuk setiap segmen badan dia ada ...
Ingat Yang Sedang Berihram Saat Haji Dan Umrah Tidak Boleh Menikah

Ingat Yang Sedang Berihram Saat Haji Dan Umrah Tidak Boleh Menikah

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 235 hits
Inilah yang dilarang ketika sedang berihram ketika haji atau umrah yaitu tidak boleh menikah menikahkan atau melamar
Duit Ada Banyak Tapi Tak Boleh Nak Buat Apa Matawang Negara Ini Jadi Kertas Lukisan Kanak Kanak

Duit Ada Banyak Tapi Tak Boleh Nak Buat Apa Matawang Negara Ini Jadi Kertas Lukisan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 284 hits
Duit ada banyak tapi tak boleh nak buat apa matawang negara ini jadi kertas lukisan kanak kanak Mata wang Venezuela yang tiada lagi nilai berikutan kemerosotan ekonominya yang teruk tahap inflasi yang terlampau tinggi menyebabkan wang kerta...
A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibelasah 20 Senior

Resepi White Macadamia Cake

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Siti Kasim Wants Zahid To Impose Gag Order On Gollum Akmal Before He Shames The Malays Further

Ideas Beef Recipes Pioneer Woman