Telah Tiba Masanya Umat Islam Umpama Menggenggam Bara Api


Rasulullah SAW pernah berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa nanti, orang yang berpegang teguh dengan agama Islam akan berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api.


Sabda Rasulullah, "Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api." (HR al-Tirmizi)

Bahkan di dalam hadis yang lain, Rasulullah menjelaskan bahawa Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh.

Sabda Rasulullah, "Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil." (HR Muslim)

Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa, mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannnya dahulu.

Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa, malah dilihat kolot atau ekstremis.

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut?

Lalu Rasulullah menjawab, "(Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (pembaikan) ketika mana rosaknya manusia." (HR Tabrani)

Hari ini kerosakan dalam agama banyak yang berlaku. Sebahagian muslim melihat tidak mengapa dengan 'dosa peribadi', mengambil ringan isu LGBT, merasakan tidak mengapa dengan arak, bahkan menolak hukuman murtad yang dianggap keras atau mundur.

Manakala mereka yang bersungguh berpegang dengan sunnah dan mempertahankan Islam untuk memperbaiki masyarakat pula yang dianggap pelik, kolot, bahkan bercanggah dengan kemajuan.

Begitulah sunnah dalam memperjuangkan kehidupan beragama, berpegang dengan ajaran Islam.

Penindasan Terhadap Islam

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar, China dan juga Sudan.

Jika dilihat sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan.

Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Kaukasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, China, Myanmar dan Maghribi.

Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.

Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis.

Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini.

Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.

Jihad

Seseorang yang benar-benar beriman, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar.

Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran, "Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)

Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku.

Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia.

Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran.

Semoga Allah menyatukan hati semua umat Islam dalam berhadapan dengan golongan liberal yang merosakkan agama.

Semoga Allah membimbing kita. Amiin.

BACA INI JUGA:
10 Salah Faham Terbesar Mengenai IslamMyanmar Bumi Perang Saudara Terpanjang Dalam Sejarah Dunia
sumber: ismaweb



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/umpama-menggenggam-bara-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rejab Rindu Umat Islam Pada Ramadhan

Rejab Rindu Umat Islam Pada Ramadhan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 399 hits
Ramadhan dan sejarah kegelojohan umat IslamTIDAK memahami keutamaan 1 Rejab 1441 bermula beberapa hari lagi iaitu Isnin 24 Februari 2020 Tarikh yang sepatutnya menimbulkan rindu umat Islam terhadap Ramadhan Boleh jadi ia adalah Ramadhan yan...
Tengku Hassanal Titah Umat Islam Buat Solat Hajat Doakan Urusan Agong

Tengku Hassanal Titah Umat Islam Buat Solat Hajat Doakan Urusan Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 490 hits
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan umat Islam bagi mengadakan doa selamat dan solat hajat Tujuan tersebut adalah untuk mendoakan kesejahteraan Yang d...
Nak Bantu Umat Islam Pegawai Polis Nigeria Belanjakan Gaji Bulanan Untuk Bina Masjid

Nak Bantu Umat Islam Pegawai Polis Nigeria Belanjakan Gaji Bulanan Untuk Bina Masjid

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 253 hits
Seorang polis di Nigeria dipuji kerana telah membelanjakan kekayaannya untuk membantu Islam dan umat Islam dengan membina sebuah masjid dan tempat mengambil wuduk Bertentangan dengan pendapat bahawa Pegawai Polis Nigeria adalah tidak baik i...
Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana Covid 19

Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 523 hits
Mungkin berita ini agak mengejutkan dan menyedihkan bagi umat Islam dimana Arab Saudi melarang mana mana umat Islam mengerjakan umrah buat masa ini kerana COVID 19 Ini pastinya jalan terbaik yang diambil oleh Kerajaan di sana bagi mengelakk...
Gengkhis Mengajar Umat Islam

Gengkhis Mengajar Umat Islam

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 255 hits
SEJARAH PECAH DAN PERINTAH Ketika umat Islam diserang tentera Tatar hampir seluruh wilayah Islam dijajah Antara yg terawal ialah wilayah Khurasan yg berjiran dgn Mongol Pada satu peringkat di Khurasan Tatar tidak berdaya menghadapi umat Isl...
Umat Islam Tidak Perlu Solat Jumaat Jika Ini Yang Terjadi

Umat Islam Tidak Perlu Solat Jumaat Jika Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 330 hits
Umat Islam Tidak perlu solat jumaat jika ini yang terjadi Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya wabak Covid 19 tidak menunjukkan apa apa tanda untuk berkurang Banyak perkara perkara baharu yang terjadi sejak penularan wabak yang bol...
20 Orang Meninggal Dunia Akibat Kerusuhan Umat Hindu Dan Islam Di India

20 Orang Meninggal Dunia Akibat Kerusuhan Umat Hindu Dan Islam Di India

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 306 hits
20 orang dilaporkan meninggal dan 189 lainnya mengalami luka luka dengan 60 korban luka tembak dalam bentrokan antara umat Hindu dan umat Muslim di timur Ibu Kota New Delhi India Selasa 25 Februari 2020 Bentrokan itu bermula dari demonstras...
Keganasan Terhadap Umat Islam Di India Semakin Memuncak

Keganasan Terhadap Umat Islam Di India Semakin Memuncak

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 407 hits
Protes terhadap undang undang kewarganegaraan baru India yang kontroversi semakin memburuk apabila 13 orang termasuk Ketua Konstabel Delhi Ratan Lal terbunuh sementara ratusan yang lain tercedera Keadaan dilaporkan menjadi semakin mengganas...
Umat Islam Sekarang Berjangkit Dan Menghasut

Umat Islam Sekarang Berjangkit Dan Menghasut

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 217 hits
Maksud Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda Umatku akan ditimpa penyakit penyakit yang pernah menimpa umat umat dahulu Sahabat bertanya Apakah penyakit ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik