Rejab Rindu Umat Islam Pada Ramadhan



Ramadhan dan sejarah kegelojohan umat Islam

TIDAK memahami keutamaan (الأولاويات)

(1) 1 Rejab 1441 bermula beberapa hari lagi, iaitu Isnin, 24 Februari 2020. Tarikh yang sepatutnya menimbulkan rindu umat Islam terhadap Ramadhan.

Boleh jadi ia adalah Ramadhan yang terakhir sebelum Umat Islam berhadapan dengan situasi yang lebih getir dengan kemunculan Dajal. WaLlahuaklam.

(2) Namun, hari ini sudah berlonggok-longgok promosi baju-baju raya. Seolah-olah Umat Islam hari ini sedang diheret ke arah mengabaikan Sunnah Nabi S.A.W.

Seolah-olah syaitan itu sedang membuat persiapan untuk berhadapan dengan penjara Ramadhan yang tersedia buat mereka sepertimana Sabda Nabi S.A.W;
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين“Apabila datang bulan ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan.”(Shahih Bukhari)
(3) Kalau syaitan itu membuat persediaan, bagaimanakah Umat Islam boleh leka dan melupakan Ramadhan? Terhegeh-hegeh mempersiapkan Syawal.Menggambarkan kejahilan Umat Islam akhir zaman yang semakin butakan keutamaan (الأولاويات). Umat Islam sepatutnya merasa sesuatu apabila hampirnya Ramadhan.Mengejar pengampunan Allah S.W.T(1) Nabi S.A.W bersabda;مَنْ صامَ رمضانَ إيمانًا واحتسابًا، غُفِر له ما تقدَّمَ من ذنبه، ومَنْ قامَ ليلةَ القَدْر إيمانًا واحتسابًا، غُفِرَ له ما تقدَّم من ذنبه
“Barangsiapa yang berpuasa (di Bulan) Ramadhan (dalam kondisi) keimanan dan mengharapkan (pahala), maka dia akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”.
Apabila ditanya mengapa para Salafussoleh terdahulu rindukan Ramadhan, kerana Ramadhan adalah bulan pengampunan dosa. Maka mereka menantikan saat dosa diampunkan.(2) Ibn al Jauzi menyatakan;تالله لو قيل لأهل القبور تمنوا لتمنوا يوماً من رمضان“Demi Allah, sekiranya ditanya kepada ahli kubur, sudah pasti mereka pasti akan mengharapkan satu hari daripada bulan Ramadhan.”
Menggambarkan orang yang sudah mati sangat mengharapkan Ramadhan kerana ia adalah bulan pengampunan. Benar-benar menagih keampunan Allah S.W.T.Namun hakikatnya mereka itu tidak mungkin dapat merasai lagi Ramadhan setelah mana pergi meninggalkan dunia ini. Orang yang masih hidup, pasti tidak mengertikan hal ini.(3) Ahli gerakan Islam lebih patut untuk mengejar pengampunan Allah S.W.T. Itulah yang diharapkan sepatutnya. Kadang kala berpolitik kosong itu melekakan.Maka, isikan ia dengan pengampunan Allah S.W.T di bulan Ramadhan. Menjadikan Ramadhan sebagai bulan jihad, bukannya menjadikannya masa untuk meninggalkan jihad.Ramadhan bulan jihad(1) Antara sirah Nabi Muhammad S.A.W yang terjadi dalam bulan Ramadhan ialah;(a) Perang pertama dalam sejarah Islam ialah Perang Badar, berlaku pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijrah.(b) Persediaan Perang Uhud yang menyaksikan susunan strategi perang berlaku pada Ramadhan 3 Hijrah.(c) Penggalian parit sebagai persiapan Perang Khandaq (Ahzab) dibuat pada bulan Ramadhan tahun 5 Hijrah.(d) Pembukaan kota Makkah yang merupakan hari kemenangan Islam berlaku pada Ramadhan tahun 8 Hijrah.
(2) Hari ini, apabila masuknya bulan Ramadhan, biasanya Amerika Israel akan menyerang Umat Islam khususnya di Palestin dan di tempat-tempat lain juga.Seolah-olah mencabar Umat Islam seluruh dunia untuk bangkit. Namun, kita sendiri sedar bahawa negara-negara Umat Islam yang berhampiran, sudah pun berbaik dengan Amerika Israel.(3) Umat Islam hari ini tidak memikirkan hal negara jirannya dalam bab penindasan ini. Tidak menghiraukan bagaimana Ramadhan mereka yang ditindas itu.Mereka tidak mampu untuk bersahur apatah lagi berbuka. Situasi yang terabai ini menjadi gambaran hilangnya nilai kesatuan Islam. Nilai kesatuan sudah berkubur di sempadan.Antara kesabaran dan kegopohan(1) Apabila berbicara mengenai Ramadhan, ia sangat berkaitan dengan sabar. Iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu yang dibenci oleh Allah S.W.T.Banyak sikap-sikap yang mengundang kebencian Allah S.W.T, antaranya adalah kegelojohan. Nabi S.A.W bersabda;التأنِّي من الله والعجلةُ من الشيطان“Cermat itu daripada Allah S.W.T, manakala kegelojohan itu daripada syaitan.”
(2) Sikap kegelojohan atau kegopohan ini berlawanan dengan cermat. Syaitan biasanya mendorong manusia untuk bertindak melulu tanpa berfikir panjang.Sebab itulah kita lihat, ada dalam sejarah Umat Islam yang bertindak seperti ini. Antaranya dalam fasa kejatuhan Uthmaniah yang perlu diambil iktibar.(3) Umum mengetahui Uthmaniah pada asalnya tiada kena mengena dengan Perang Dunia Pertama yang bermula Jun 1914. Asalnya pertembungan antara Kuasa Pusat dan Tentera Bersekutu.Kuasa Pusat yang dianggotai oleh Jerman, Hungary dan Itali manakala Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh British, Perancis dan Rusia.(4) Geng Pasha dalam Uthmaniah pula sememangnya sejak awal lagi sudah cenderung ke arah Jerman. Itali menarik diri dari kancah tersebut pada 1 Ogos 1914.Keesokan harinya tanpa berfikir panjang, geng Pasha telah membuat perjanjian ‘belakang tabir’ untuk menyertai Kuasa Pusat berhadapan Tentera Bersekutu menggambarkan tindakan tidak cermat yang mengundang bahaya.Kegelojohan yang merugikan(1) Tindakan semberono ini bermula daripada kecenderungan geng-geng Pasha itu tidak memikirkan maslahah Umat Islam seluruh dunia. Tidak cermat dalam membuat keputusan.Tindakan gelojoh seakan-akan beriya-iya nak menggantikan tempat Itali dalam Kuasa Pusat, tanpa memikirkan nasib Umat Islam seluruh dunia yang tidak ada kepentingan pun dalam perang itu.(2) Jerman yang mengintai peluang itu, mula menawarkan dedak kepada Uthmaniah sebagai tanda rasmi penglibatan Uthmaniah dalam Kuasa Pusat pada Oktober 1914.Sekali lagi tindakan semberono dan tak cermat dilakukan oleh Uthmaniah. Selang beberapa hari, tanpa diduga, geng Pasha yang sudah menikmati dedak, mula mengeluarkan arahan ‘mencari pasal’ terhadap Tentera Bersekutu.Iaitu dengan menyerang Kapal Perang Rusia yang merupakan geng Tentera Bersekutu tanpa berfikir panjang. Sejurus serangan itu, Rusia isytihar perang kepada Uthmaniah.(3) Perang meletus. Khalifah tiada pilihan, terpaksa menyeru Ummat Islam seluruh dunia bangkit menentang Tentera Bersekutu di seluruh dunia.Kebangkitan demi kebangkitan, akhirnya mengorbankan 250 000 Tentera Uthmaniah. Rekod pemerintahan Khilafah Islamiah tercalar dalam isu ini.Bayangkan disebabkan kegelojohan segelintir pimpinan Umat Islam, merugikan Umat Islam di seluruh dunia. Ambillah iktibar ini sempena kehadiran Ramadhan tak lama lagi.Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 24/2/2020



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/rejab-rindu-umat-islam-pada-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keganasan Terhadap Umat Islam Di India Semakin Memuncak

Keganasan Terhadap Umat Islam Di India Semakin Memuncak

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 408 hits
Protes terhadap undang undang kewarganegaraan baru India yang kontroversi semakin memburuk apabila 13 orang termasuk Ketua Konstabel Delhi Ratan Lal terbunuh sementara ratusan yang lain tercedera Keadaan dilaporkan menjadi semakin mengganas...
Buka Kongres Umat Islam Ma Ruf Minta Cegah Radikalisme Dan Intoleran

Buka Kongres Umat Islam Ma Ruf Minta Cegah Radikalisme Dan Intoleran

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 177 hits
Wapres mengatakan tema itu sejalan dengan harapannya agar umat Islam dapat mengambil peran lebih signifikan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara Dia bilang sebagai bagian terbesar dari bangsa ini umat Islam mempunyai tanggung jawab
20 Orang Meninggal Dunia Akibat Kerusuhan Umat Hindu Dan Islam Di India

20 Orang Meninggal Dunia Akibat Kerusuhan Umat Hindu Dan Islam Di India

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 308 hits
20 orang dilaporkan meninggal dan 189 lainnya mengalami luka luka dengan 60 korban luka tembak dalam bentrokan antara umat Hindu dan umat Muslim di timur Ibu Kota New Delhi India Selasa 25 Februari 2020 Bentrokan itu bermula dari demonstras...
Tengku Hassanal Titah Umat Islam Buat Solat Hajat Doakan Urusan Agong

Tengku Hassanal Titah Umat Islam Buat Solat Hajat Doakan Urusan Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 491 hits
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan umat Islam bagi mengadakan doa selamat dan solat hajat Tujuan tersebut adalah untuk mendoakan kesejahteraan Yang d...
Nak Bantu Umat Islam Pegawai Polis Nigeria Belanjakan Gaji Bulanan Untuk Bina Masjid

Nak Bantu Umat Islam Pegawai Polis Nigeria Belanjakan Gaji Bulanan Untuk Bina Masjid

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 256 hits
Seorang polis di Nigeria dipuji kerana telah membelanjakan kekayaannya untuk membantu Islam dan umat Islam dengan membina sebuah masjid dan tempat mengambil wuduk Bertentangan dengan pendapat bahawa Pegawai Polis Nigeria adalah tidak baik i...
Penganut Agama Hindu Buat Perisai Lindung Umat Islam Sedang Solat Jumaat Dari Diserang Perusuh

Penganut Agama Hindu Buat Perisai Lindung Umat Islam Sedang Solat Jumaat Dari Diserang Perusuh

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 308 hits
Ramai sedia maklum rusuhan yang sedang berlaku di negara India ketika ini yang melibatkan kumpulan perusuh dan penganut agama Islam di negara itu Namun tak semua sakit dan darah yang dapat kita saksikan kerana gambar yang dikongsi oleh Md J...
Bertolak Ke Bangka Belitung Wapres Ma Ruf Amin Buka Kongres Umat Islam Indonesia Vii

Bertolak Ke Bangka Belitung Wapres Ma Ruf Amin Buka Kongres Umat Islam Indonesia Vii

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 193 hits
Wapres akan membuka secara resmi Kongres Umat Islam Indonesia VII Tahun 2020 sebagai agenda lima tahunan yang akan merumuskan arah baru perjuangan umat Islam Indonesia di berbagai bidang seperti ekonomi pendidikan hukum filantrofi dan beber...
Pembatalan Pengiktirafan Trump Terhadap Palestin Bukan Simbolik Kemenangan Kepada Nasib Umat Islam Di Palestin

Pembatalan Pengiktirafan Trump Terhadap Palestin Bukan Simbolik Kemenangan Kepada Nasib Umat Islam Di Palestin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 281 hits
Pengiktirafan A S melalui Presiden Donald Trump terhadap Israel yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai pegganti kepada Tel Aviv semamangnya satu pencabulan terhadap seluruh umat Islam di dunia Walaupun kita sedia maklum dan tahu bahawa k...
Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

Aset Lth Rm1 4 Bilion Milik Umat Islam Boleh Dipindah Milik Se Wenangnya Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 336 hits
Tuntut penjelasan tamat operasi Hotel THHRPAS menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi serta perkhidmatan hospitali...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


36 Hours In Palm Springs Calif

Hiburan Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

Saya Lalui Banyak Masa Sukar Sebagai Seorang Song Hyekyo Song Hyekyo

Tak Dak Kisah Cuma Murah Sangat Nama Jihad

Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa