Telaga Gergasi Dan Sungai Atas Sungai Peninggalan Teknologi British


TELAGA GERGASI DAN SUNGAI ATAS SUNGAI PENINGGALAN TEKNOLOGI BRITISH | Assalammualaikum semua. Sepanjang berada di Selama, boleh dikatakan semua tempat Ruby yang kami semua pergi adalah lokasi yang luar biasa. Bagi pelancong seperti kami yang datang dari Kuala Lumpur, ia adalah sesuatu yang menakjubkan apabila Majlis Perbandaran boleh menjaga projek peninggalan sejarah dengan baik sekali. 
Malah kawasan sekitarnya diselenggara. Berpagar dan selamat. Cuma harap penduduk tempatan bersedia untuk menjaga kebersihan agar tidak membuang sampah ke dalam sungai. Okay?

TELAGA GERGASI DAN SUNGAI ATAS SUNGAI PENINGGALAN TEKNOLOGI BRITISH


Telaga Gergasi ini terletak di Kampung Jalan Baru, Selama. Ia merupakan tinggalan teknologi British yang berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah.

SUNGAI ATAS SUNGAI
Selama mempunyai peninggalan teknolog British dalam sistem pengairan yang melibatkan terusan sepanjang kira-kira 5 kilometer yang masih beroperasi sehingga kini. 
Terusan air yang dilencongkan dari Sungai Ijok cukup unik kerana dibina pada paras ketinggian tertentu merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya. oleh kerana itu, ia dipanggil Sungai Atas Sungai. 

Selain itu, sebuah jambatan yang telah dibina pada 1963 untuk merentasi terusan tersebut masih kekal kukuh dan digunakan sebagai laluan motosikal kepada penduduk tempatan. 
Teknologi British yang dibina ini pada asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai.
TELAGA GERGASI
Telaga Gergasi terletak di Kampung Jalan Baru, Mukim Ijok, Selama, Perak. Struktur Ini merupakan tinggalan teknologi British yang pada asalnya berfungsi untuk aktiviti pengumpulan dan memindahkan hasil bijih timah melalui sungai terutama semasa pendudukan British pada 1936. 
Struktur ini juga dianggarkan dibina pada tahun yang sama dengan Sungai Atas Sungai iaitu pada tahun 1938.

Ketinggian struktur Telaga Gergasi ini adalah kira-kira 100 kaki atau 30 Meter tinggi dengan diameter sepanjang 20 kaki atau 6 meter.
Teknologi dan ciri-ciri moden binaan tersebut secara tidak langsung dapat mengawal hakisan tanah serta pasir daripada termendap di Tasik Bukit Merah dan bagi tujuan pengairan sawah padi di kawasan ini pada suatu ketika dahulu. 

Pengaliran air ke Tasik Bukit Merah ini sangat penting sehingga kini bagi pengairan kawasan sawah padi di Daerah Kerian.

Terusan air yang jatuh ke dalam Telaga Gergasi ini akan mengeluarkan bunyi deras air yang sangat kuat sehingga jka berkesempatan boleh menampakkan biasan pelangi. 

LOKASI SUNGAI ATAS SUNGAI DAN TELAGA GERGASI BERHAMPIRAN
Jika anda ingin melawat kedua-dua tempat bersejarah peninggalan teknologi British ini, dinasihatkan anda datang bersama pemandu pelancong. Lokasi Sungai Atas Sungai dan Telaga Gergasi sangat berdekatan, namun perlu melalui jalan tanah yang berbatu-batu. 


Kemudian, dalam Google Maps hanya ada tanda sahaja, laluan jalan tidak jelas. Mungkin pada masa akan datang jalan akan cantik berturap dan diselenggara sebaiknya. Agar mudah untuk pelancong datang.

Kami mengambil masa sekitar 45 minit untuk sampai ke Telaga Gergasi dari jalan masuk utama Kampung Jalan Baru. Melalui jalan ini, anda boleh melihat permandangan rumah kampung dan kebun kelapa sawit. 

Manakala untuk Sungai Atas Sungai hanya 15 minit sudah sampai. Semoga Tourism Perak memberi perhatian bagi menaiktaraf atau mempromosikan keunikan produk pelancongan di Selama. 
“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/telaga-gergasi-dan-sungai-atas-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teddy Hobbs Bocah Jenius Bisa Baca Di Usia 2 Tahun Dan Punya Iq Di Atas Rata Rata

Teddy Hobbs Bocah Jenius Bisa Baca Di Usia 2 Tahun Dan Punya Iq Di Atas Rata Rata

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 469 hits
Teddy Hobbs di usianya 2 tahun bisa membaca dan berhitung hanya dengan belajar sendiri dari menonton acara televisi dan bermain tablet
Peninggalan Sejarah Perlu Roboh Atau Stay Jer Jadikan Rumah Jin

Peninggalan Sejarah Perlu Roboh Atau Stay Jer Jadikan Rumah Jin

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 317 hits
Stay bangunan lama tiada perubahan dan bangunan tidam digunakan Buat bangunan baru replace peninggalam sejarah Bangunan baru boleh digunakan untuk komersil Ubahsuai bangunan tanpa mengubah struktur asal Dan menjadi ia tarikan komersil Kalau...
Mikha Tambayong Dan Deva Mehandra Menikah Di Bali Pakai Gaun Spesial Peninggalan Ibunda

Mikha Tambayong Dan Deva Mehandra Menikah Di Bali Pakai Gaun Spesial Peninggalan Ibunda

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 292 hits
Di hari spesialnya Mikha Tambayong mengenakan gaun pernikahan yang dipakai almarhum ibunya dulu
E Poster Cloud Adalah Kunci Kepada Teknologi Masa Depan

E Poster Cloud Adalah Kunci Kepada Teknologi Masa Depan

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 268 hits
Source https mdec my digital economy initiatives for the industry cloud1st
Tasbih Peninggalan Mama

Tasbih Peninggalan Mama

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 240 hits
TASBIH PENINGGALAN MAMA Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi KENANGAN MUDAH DISEBUT TIDAK MUDAH UNTUK DIHADAM Sungguh 24 tahun tinggal bersama sama Kemudian keluar duduk berasingan Ikut encik ...
Mantan Anak Buah Sambo Arif Rachman Siapkan Pleidoi Atas Tuntutan 1 Tahun Penjara

Mantan Anak Buah Sambo Arif Rachman Siapkan Pleidoi Atas Tuntutan 1 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 292 hits
Jaksa Penuntut Umum menuntut Arif Rahman Arifin selama satu tahun penjara atas kasus menghalangi penyidikan terkait pembunuhan berencana terhadap Brigadir Nofriansyah Yosua Hutabarat alias Brigadir J Tuntutan ini dibacakan di Pengadilan Neg...
Tepuk Tepuk Muka Naik Atas Badan Baby Tak Boleh Tengok Mak Ayah Tidur Mesti Kacau

Tepuk Tepuk Muka Naik Atas Badan Baby Tak Boleh Tengok Mak Ayah Tidur Mesti Kacau

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 283 hits
Memang normal waktu kita nak tidur ada yang menghalang kan Elok nak pejam mata si kecil tu pun mulalah ajak kita main Naik atas badanlah tepuk tepuk muka lah Sudahnya lewatlah kita tidur Bangun pagi mata habis bengkak Alahai anak Sumber fot...
Kesempatan Di Atas Kebaikan Diriku

Kesempatan Di Atas Kebaikan Diriku

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 456 hits
Kenapa aku Di saat aku begitu baik dengan seseorang sehingga tidak sedar dipergunakan dan kelemahan aku dipermainkan Kali pertama aku kena sebegini rupa oleh seseorang yang aku bergelar sahabat dan aku sangat menyayangi dia Kenapa semua ni ...
Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Perbezaan Takaful Dan Insurans Biasa Mana Sesuai Untuk Anda

The Seamless Path From Cryptocurrency To Amazon Purchases

Imagine Rightist Akmal S Reaction If This Israeli Flag Display In Kelantan Is Re Enacted In Dap State

Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

A Moment Of Honour Receiving The Excellent Service Award For The Second Time

Tadarus Al Quran Di Masjid Nabawi Untuk Tokwan

Argus168 25 Argus168 Top 35 By Jaxon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Converse Perkenal Tiga Warna Baharu Shai 001

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Pentingnya Personal Branding Bagi Konsultan Dan Pelaku Usaha Jasa Manajemen

Budi95 Diperluaskan Ke Sarawak Siling E Hailing Dinaikkan Kepada 600 Liter Sebulan Mof

Kebakaran Dahsyat Di Biara Bersejarah Itali Berusia 400 Tahun