Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah




Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni ambil peluang untuk berkongsi pengalaman hiking & river trekking di Tungku, Lahad Datu. Boleh dikatakan kawasan Tungku ni kaya dengan tempat-tempat menarik terutamanya aktiviti river trekking. Sebagai contoh korang boleh sertai aktiviti river trekking Merabung River Trekking, Lembah Mak Sina River Trekking, Serebpit Waterfall, Bagahak Waterfall, dan ada lagi yang Murni belum jejakkan kaki. Bagi penggemar aktiviti hiking & river trekking korang wajib datang merasai sendiri nikmatnya dapat melihat keindahan alam.
Telaga 11 Tungku Lahad Datu SabahPada 26/11/2023, Murni & Kak Yati ikut serta aktiviti hiking & river trekking di Telaga 11 yang terletak di kawasan Tungku daerah Lahad Datu. Penganjur bagi trip kali ini dianjurkan oleh Serebpit Eco Tourism Adventure. Kalau Murni tak silap semua peserta dalam 23 orang, guide seramai 5 orang, penganjur & admin pun turut serta trip kali ini. Jarak perjalanan dari starting point menuju ke Telaga 11 dan balik anggaran dalam 3.2KM.

Seawal 6 pagi kami bergerak dari bandar Lahad Datu menuju ke Tungku, Lahad Datu. Kawasan kami berkumpul adalah bertempat di Warung Tanu Kg. Barigas Tungku. Sarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti hiking & river trekking. Usai sarapan kami menuju pula ke Surau Nurul Huda yang terletak di Kg. Lung Pias Tungku untuk meletakkan kenderaan sebelum bergerak ke starting point. Jam 8:00 pagi kami mula bergerak menuju ke starting point dengan menaiki 4x4.
Puncak Masih Setia
Perjalanan kami menuju ke starting point, disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit yang menghijau. Dalam jam 8:40 pagi kami singgah sebentar di Puncak Masih Setia. Di kawasan ni, kalau korang pergi seawal jam 6/7 pagi korang akan nampak pemandangan awan karpet. Masa dah tak nampak sebab matahari dah naik.
Starting Point
Kami sampai ke Starting Point dalam jam 09:20 pagi. Trip kali ni Murni berpeluang jumpa dengan rakan hikers dari Sandakan, Coach Lee & Alnizam. Lama tak jumpa sejak Murni berpindah ke Lahad Datu. Usai taklimat ringkas & bacaan doa, kami memulakan pendakian dalam jam 9:40 pagi.

Murni tak sangka sebenarnya tempat ni ada pacat, sebelum ni rileks saja river trekking di Tungku. Murni di sapa awal dengan pacat ni, siap minta bantuan guide untuk alihkan pacat, geli & takut sebenarnya bila kena gigit. Nasib baik masa ni hanya sempat singgah sebentar di seluar Murni haha. Trail menuju ke Telaga 11 ni tidak santai sebenarnya, mana taknya sekejap kena masuk hutan, sekejap perlu menyusuri anak sungai & perlu menuruni bukit yang curam. Menyesal juga sebenarnya masa ni Murni tak bawa glove, sangat membantu sebenarnya bila menuruni/naik bukit & perlu berpaut pada tali/pokok bagi elak kecederaan pada tangan.

Tempat beristirahat
Kami sampai ke kawasan beristirahat dalam jam 11:45 pagi. Kawasan ni agak landai sesuai untuk berehat sebentar & makan. Sempat jugalah Murni masak air untuk Mamee Chef Cup & secawan Old Town White Coffee. Tapi yang tak seronoknya masa ni, Murni dah mula rasa sakit kepala yang nak migrain, tapi masih cuba bertahan. Hilang mood terus untuk ambil gambar & video.



Usai rehat & makan, kami pun beransur menuju ke Telaga 11 yang berada di kawasan atas air terjun ini. Actually kami tidak berkesempatan untuk ambil gambar di Telaga 11 sebab masa ni hujan dah mula turun & air pun dah mula deras. Telaga 11 ni korang akan nampak bila tak hujan & air tak deras. Hanya beberapa rakan hikers yang berpeluang untuk ambil gambar sebelum hujan turun

Telaga 11 Tungku | Kredit gambar: THC
Selesai saja bergambar di kawasan air terjun, kami teruskan pendakian & singgah sebentar melihat kawasan Telaga 11 yang sudah mulai dinaiki air. Masa kami keluar kalau Murni tak silap dalam 1KM terakhir hujan lebat yakmat. Bila sampai di Starting Point kami perlu menunggu lagi pseserta terakhir sebelum memulakan perjalanan menaiki 4x4. Kami sampai di Surau Nurul Huda dalam jam 6:00 petang. 
Macam yang Murni mention sebelum ini, Murni kurang ambil gambar & video, hanya mampu buat video pendek saja. Bolehlah untuk tontotan korang untuk melihat sendiri view menuju ke Telaga 11.

Sampai sini saja perkongsian Murni berkaitan dengan pengalaman hiking & river trekking di Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah. Terima kasih korang yang sudi baca entri ini 😘. Entri yang akan datang, Murni akan berkongsi pula trip Murni ke Kota Belud, Sabah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2023/12/telaga-11-tungku-lahad-datu-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Lanun Bersenjata Mendarat Di Lahad Datu Sabah

100 Lanun Bersenjata Mendarat Di Lahad Datu Sabah

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 200 hits
Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu Sabah pada Selasa lalu Bagaimanapun keadaan ...
Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah 2 0

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah 2 0

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 174 hits
Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah 2 0 Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Hari ni Murni nak sambung entri blog yang masih pending dari bulan November lagi Pada 05 11 2023 Murni berpeluang sekali lagi hiking di Air Terjun Bagahak yang...
Isu Lahad Datu Kami Diserang Terdapat Anggota Yang Cedera

Isu Lahad Datu Kami Diserang Terdapat Anggota Yang Cedera

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 197 hits
Adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah Dalam ...
Penceroboh Lahad Datu Terus Berdegil

Penceroboh Lahad Datu Terus Berdegil

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 142 hits
Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou kira kira 165 kilometer dari sini apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untu...
Isu Lahad Datu Penceroboh Yang Memulakan Tembakan

Isu Lahad Datu Penceroboh Yang Memulakan Tembakan

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 174 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku tembakan di kawasan pencerobohan di Lahad Datu Sabah jam 10 pagi tadi tetapi dimulakan pihak penceroboh Beliau berkata pasukan keselamatan Malaysia tidak memulakan...
Isu Lahad Datu 10 Anggota Penceroboh Didakwa Mati

Isu Lahad Datu 10 Anggota Penceroboh Didakwa Mati

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 218 hits
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini ABS CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani...
12 Perkara Untuk Renungan Isu Pencerobohan Lahad Datu

12 Perkara Untuk Renungan Isu Pencerobohan Lahad Datu

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 186 hits
1 Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun Pegawai...
Nur Misuari Dakwa Najib Jemput Penceroboh Ke Lahad Datu

Nur Misuari Dakwa Najib Jemput Penceroboh Ke Lahad Datu

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 197 hits
Moro National Liberation Front founding Chairman Nur Misuari yesterday appealed to Malaysia to settle the Sabah standoff peacefully and warned that his group will come to the aid of Sultan Jamalul Kiram III s followers if blood spills I hop...
Anwar Dalang Insiden Lahad Datu Reuters Manila Times

Anwar Dalang Insiden Lahad Datu Reuters Manila Times

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 351 hits
Pada Jumaat lalu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh sungguh menuduh UMNO yang mereka reka cerita kononnya pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu Sabah adalah atas jemputan pihak pembangkang Perkara ini cukup menghairankan kerana ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat