Tel Aiv Diseranng Hamas Iran Yaman
Hamas lancar serangan balas baharu, ke Tel Aviv selepas Zionis bedil kem penduduk awam.
GAZA: Pejuang Hamas melakukan serangan baharu ke Tel Aviv dengan melancarkan sejumlah roket selepas tentera Zionis membedil kawasan yang dipenuhi penduduk awam di wilayah ini.
“Briged al-Qassam melancarkan roket ke Tel Aviv sebagai respon kepada serangan Israel di dua kem penduduk awam di al-Shati dan Jabalia,” menurut kumpulan pejuang itu.
Koresponden AFP pula melaporkan puluhan roket dilancarkan tentera Israel ke arah kem al-Shati dalam tempoh 30 minit pada pagi ini.
“Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai pada pagi ini di al-Shati dan Jabalia, menyebabkan puluhan penduduk Palestin terbunuh serta cedera.
“Sekurang-kurangnya enam bangunan musnah dalam serangan tersebut,” kata jurucakap Hamas, Iyad-al-Buzum.
Setakat ini, lebih 1,200 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, manakala Zionis turut mendakwa 1,200 penduduknya terbunuh diserang Hamas. – AFP 12 Oktober 2023, 3:41 pm
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tel Aiv diseranng HAMAS, Iran, Yaman & +++
Lihat komen ini..
(i) Memang begitu perangai pengganas penjajah Israel/AS, salahkan Iran sebab Hamas serang Tel Aviv. PM Israel Netanyahu, ikrar guna semua kekuatan untuk balas dendam.
Israel salahkan Iran sebab Hamas serang Tel Aviv -October 9, 2023
RAMALLAH, 23 Rabiulawal 1445H, Isnin – Presiden negara haram Israel, Isaac Herzog menyalahkan Iran atas serangan mengejut Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang menyebabkan rakyatnya terbunuh.
Herzog berikrar Tel Aviv akan mengambil semua langkah segera yang perlu untuk menghapuskan bahaya ke atas rakyat Israel.
“(Serangan) disokong dan diarahkan oleh komander proksi mereka di Iran, mereka (Hamas) melakukan serangan tanpa provokasi terhadap negara Yahudi pada hari suci Yahudi.
“Saya menyeru kepada keluarga bangsa, peperangan yang dilancarkan terhadap kita ini menandakan satu garisan di pasir.
“Sekarang adalah masa untuk mendengar kecaman jelas dan tidak berbelah bahagi terhadap Hamas, sekutunya dan penyokongnya di Iran,” dakwa Herzog dalam kenyataan.
Iran adalah musuh ketat Israel. Terdahulu, Kementerian Luar Iran menyifatkan serangan Hamas sebagai tindakan mempertahankan diri.
Sabtu lalu, Hamas melancarkan serangan terbesar membabitkan puluhan pejuang yang menyusup masuk ke bandar-bandar Israel berhampiran Semenanjung Gaza di tengah-tengah tembakan roket yang kuat.
Sekurang-kurangnya 300 warga Israel didakwa terbunuh dan lebih 1,500 cedera dalam serangan itu, manakala beberapa askar dan orang awam ditangkap oleh Hamas serta dibawa pulang ke Gaza.
Pengganas Israel bertindak balas dengan beberapa siri serangan udara di Semenanjung Gaza, yang turut mengorbankan lebih 300 nyawa rakyat Palestin dan lebih 1,700 lagi cedera.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk menggunakan semua kekuatan untuk memusnahkan keupayaan Hamas dan membalas dendam untuk hari hitam itu.
Serangan Hamas berlaku ketika pengganas Israel menandakan ulang tahun ke-50 perang 1973 yang membawa Tel Aviv ke ambang kekalahan besar.- Agensi
(ii)Houthi Yaman serang Israel: Lebih banyak serangan menyusul November 1, 2023
Pejuang Houthi berkumpul ketika gerakan tentera berhampiran Sanaa, Yaman pada 30 Okt 2023. (FOTO: Pusat Media Houthi/Edaran melalui REUTERS)
BAITULMAQDIS: Kumpulan pejuang Houthi Yaman telah melancarkan ‘sebilangan besar’ peluru berpandu balistik dan dron ke arah Israel; dan memberi amaran tentang lebih banyak serangan akan menyusul.
Jurucakap kumpulan itu, Yahya Saria berkata, serangan udara, yang terdiri daripada dron serta peluru berpandu balistik pada lewat Selasa (31 Okt) itu dilakukan ‘atas rasa tanggungjawab keagamaan, moral, kemanusiaan dan kebangsaan’ untuk penduduk Gaza, dalam menghadapi kelemahan dunia Arab, dan pakatan sulit beberapa negara Arab dengan Israel.
“Operasi itu juga didorong oleh permintaan rakyat Yaman,” tambahnya.
Saria juga menyatakan bahawa ia adalah serangan ketiga yang dilakukan oleh kumpulan itu terhadap Israel sejak permulaan perang, dan berjanji untuk melakukan serangan lanjut terhadap Israel dengan peluru berpandu dan dron.
(Selanjutnya sila rujuk 'Houthi Yaman serang Israel: Lebih banyak serangan menyusul' – HARAKAHDAILY 1/11/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1.Tel Aiv diseranng HAMAS, Iran, Yaman & +++2. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..3. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?4. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...5. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..6. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...7. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/tel-aiv-diseranng-hamas-iran-yaman.html