Teknik Layan Corner Seperti Pro





1. COUNTERSTEERINGRamai rider sedia maklum dan faham, membelok atau mengambil selekoh memerlukan motorsikal dan penunggangnya dalam posisi leaning (menyerong). Bagaimanapun tidak ramai yang tahu mengenai aspek kritikal dalam proses ini - countersteering.
Countersteering ialah teknik di mana secara sedar atau tidak, diguna untuk memulakan proses leaning. Tidak seperti kereta di mana ada steer (kemudi) ke kiri untuk belok kiri dan sebaliknya, countersteering memerlukan anda steer ke kanan untuk membelok ke kiri dan steer ke kiri untuk belok ke kanan. Untuk memahaminya secara mendalam, anda mungkin perlu fahami kaitan camber thrust, roll angle dan centripetal force. Untuk mudahkan pemahaman, kita langkau penjelasan secara engineering dan terus kepada praktikal sahaja, OK?
Untuk fahami secara praktikal mudah sahaja. Bawa motorsikal anda secara perlahan (~20km/j) di jalan yang lurus, permukaan elok dan paling penting tidak ada kenderaan lain yang sibuk lalu lalang. Longgarkan genggaman dan tarik handlebar dengan tangan kanan (pastikan throttle tidak dipulas mengejut)
Apa yang akan terjadi, roda depan akan menghala ke kanan dan dalam masa yang sama motorsikal anda akan segera menyerong ke kiri sebagai tindak balas. Gabungkan countersteering tadi dengan perpindahan berat ke alas pemijak (dalam kes ini, alas pemijak kiri), anda boleh kemudi motorsikal anda secara segera tidak kira berapa beratnya. Siapa cakap motor berat susah nak layan corner?Mungkin kedengaran agak remeh, namun pemahaman anda terhadap teknik countersteering secara sedar boleh melatih anda untuk membelok dan mengambil selekoh dengan lebih sempurna tidak kira motorsikal apa yang anda tunggang.



2. HANGING OFFKedudukan titik graviti yang normal; dot besar mewakili gabungan titik graviti motorsikal dan penunggang.
Daya pecutan sesebuah motorsikal bergantung kepada kadar cengkaman jalan dan ini bergantung kepada contact patch (saiz sentuhan) antara tayar dan permukaan jalan. Posisi menegak memberikan cengkaman terbaik menerusi contact patch yang besar, melalui lebar tayar dan kekuatan sistem gantungan (suspension). Bagaimanapun semasa mengambil selekoh, motorsikal perlu diserongkan lantas mengecilkan contact patch seterusnya mengurangkan kadar cengkaman jalan; mengurangkan juga kebolehan motorsikal untuk dipacu lebih laju tanpa menjejaskan kendalian (kekurangan cengkaman jalan boleh mengakibatkan roda belakang mudah spin lantas hilang kawalan).Salah satu faktor yang menentukan kekuatan cengkaman adalah titik graviti; dalam kes ini gabungan titik graviti motorsikal dan penunggang. Sebagai bantuan visual, dalam rajah-rajah di sini dot merah besar mewakili kedudukan gabungan titik graviti penunggang dan motorsikal yang mana diwakili oleh dot merah kecil. Semakin rendah kedudukan titik graviti (dot merah besar), semakin tinggi daya dihasilkan ke atas permukaan tayar lantas memberikan contact patch yang lebih besar. Namun disebabkan gerak hati penunggang untuk kekal dalam keadaan menegak menyebabkan mereka mengubah kedudukan titik graviti ke-luar; mengurangkan contact patch dan memberikan beban tidak seimbang kepada sistem gantungan.
Kedudukan titik graviti semakin meninggi mengurangkan daya yang memberikan cengkaman jalan pada tayar.
Untuk memberikan contact patch dan cengkaman yang lebih kuat pada sudut serongan yang sama (anggap motorsikal anda sudah mencapai had sudut serongan), anda perlu biasakan diri untuk merendahkan kedudukan titik graviti anda.Caranya ialah dengan 'hanging off', mengubah posisi badan anda ke sebelah dalam selekoh. Dengan posisi ini, anda telah mengubah kedudukan gabungan titik graviti lebih rendah lantas memberikan contact patch yang lebih besar, memberi cengkaman yang lebih kuat dan membenarkan anda untuk memecut lebih laju di selekoh.
Melunjurkan lutut atau kaki (seperti pelumba MotoGP) tidak mengubah titik graviti namun boleh membantu sebagai support untuk mengekalkan sudut serong semasa selekoh. Walaupun teknik ini kelihatan sedikit 'keterlaluan' untuk digunakan di atas jalan raya , ia tetap berguna untuk dilatih sebagai persiapan dalam waktu terdesak, contohnya jika anda tersilap mengagak kelajuan masukan (entry speed) dan sudah menghampiri had sudut serong motorsikal anda.



3. PERFECT CORNERING LINE
Memilih cornering line yang sesuai bukan sahaja menjadikan anda lebih pantas malah memberikan ruang untuk anda bertindak semasa keluar selekoh. Cornering line di sini meliputi entry (masukan), apex (bahagian terdalam selekoh) dan exit (keluar), dan boleh dibahagikan kepada early atau late apex (maaf, tidak semua perkataan bahasa Inggeris sesuai diterjemahkan).
Kebanyakan rider baru akan terpengaruh untuk melaluk early apex, yang mana memberikan mereka ruang cornering yang sempit lantas menyebabkan mereka memperlahankan motorsikal lebih daripada sepatutnya dan juga tersasar (running wide) dari garis cornering ideal. Early apex juga memberikan risiko titik buta semasa anda sudah dalam posisi cornering, seterusnya menyempitkan ruang untuk anda bertindak sekiranya terdapat halangan di bahagian exit.
Cornering line yang sesuai sama ada late apex atau typical apex (juga dirujuk sebagai correct line), bergantung kepada selekoh sama ada blind corner atau tidak; merujuk kepada selekoh yang anda tidak nampak situasi keluarnya, disebabkan oleh titik buta (blind spot) yang terdiri daripada halangan semulajadi seperti lereng bukit atau bukan semulajadi seperti papan tanda.
Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtipsauto.blogspot.com/2021/10/teknik-layan-corner-seperti-pro.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Teknik Mudah Hasilkan Corak Pada Dinding Hanya Menggunkan Cat Tapi Hasil Cantik Seperti Wallpaper

5 Teknik Mudah Hasilkan Corak Pada Dinding Hanya Menggunkan Cat Tapi Hasil Cantik Seperti Wallpaper

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 514 hits
Kebiasaanya kalau nak nampak dinding kediaman menjadi satu dekor yang lebih menarik pemilik lebih cenderung memilih wallpaper Di pasaran pula terdapat pelbagai jenis dan corak wallpaper seperti yang jenis 3D dan sebaginya Namun harganya bol...
Lisa Blackpink Tak Diizinkan Hadiri Paris Fashion Week Seperti Member Lain Yg Dikecam Fans

Lisa Blackpink Tak Diizinkan Hadiri Paris Fashion Week Seperti Member Lain Yg Dikecam Fans

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 234 hits
Padahal sudah berada di Paris Lisa tak dapat hadir dalam acara bergengsi tersebut dengan alasan pandemi Covid 19
Kes Pengubahan Wang Haram Ahmad Zahid Sama Seperti Kes Src Najib Pendakwaan

Kes Pengubahan Wang Haram Ahmad Zahid Sama Seperti Kes Src Najib Pendakwaan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 196 hits
Kedua dua gagal tentukan sama ada wang diterima adalah sumbangan dari sumber sah atau sebaliknya KUALA LUMPUR Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyif...
Bunyi Letupan Sangat Kuat Seperti Dipanah Petir Rumah Bergegar

Bunyi Letupan Sangat Kuat Seperti Dipanah Petir Rumah Bergegar

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 221 hits
Lebih 80 penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG untuk memasak Kes kebakaran banyak dilaporkan terjadi yang berpunca oleh penyimpanan tong gas tidak betul litar pintas dan penggunaan api mancis Siapa sangka hanya dengan kesilapan kecil...
Bila Lagaknya Seperti Tahu Semua Perkara

Bila Lagaknya Seperti Tahu Semua Perkara

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 160 hits
BILA LAGAKNYA SEPERTI TAHU SEMUA PERKARA Assalammualaikum wbt Betul betul tahu atau pura pura tahu atau tahu tapi tidak keseluruhannya Ada beza yang ketara Ada orang boleh menguasai banyak perkara atau pengetahuan dalam masa yang sama dan d...
Pentadbiran Melaka Berjalan Seperti Biasa

Pentadbiran Melaka Berjalan Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 124 hits
ALOR GAJAH Urusan pentadbiran Negeri Melaka tetap berjalan seperti biasa tanpa campur tangan politik walaupun Dewan Undangan Negeri terbubar Selasa lalu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad berkata penjawat awam negeri dan lant...
Hiburan Anda Semua Seperti Tiada Perasaan Elyana Warning Ejen Insurans Guna Gambarnya Tanpa Izin

Hiburan Anda Semua Seperti Tiada Perasaan Elyana Warning Ejen Insurans Guna Gambarnya Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 238 hits
Sebelum ini penyanyi Elyana mendedahkan dia dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi Ubat khas tersebut dilaporkan mencecah harga RM50 000 untuk satu rawatan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenu...
Bersyukur Punya Suami Tak Suka Tebar Pesona Titi Kamal Sebut Christian Sugiono Masih Seperti Dulu

Bersyukur Punya Suami Tak Suka Tebar Pesona Titi Kamal Sebut Christian Sugiono Masih Seperti Dulu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 199 hits
Betapa tenangnya hati Titi punya pasangan kayak gini Nggak perlu waswas kalau suami ke mana mana sendiri p
Hiburan Makan Makanan Penjara Anak Shah Rukh Khan Dilayan Seperti Banduan Lain

Hiburan Makan Makanan Penjara Anak Shah Rukh Khan Dilayan Seperti Banduan Lain

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 287 hits
Meskipun bergelar anak kepada pelakon terkenal dunia Shah Rukh Khan Aryan Khan dilaporkan telah dimasukkan ke dalam lokap Penjara Arthur Road Mumbai setelah ditangkap ketika serbuan skandal dadah di sebuah kapal mewah baru baru ini ARTIKEL ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah