Teka Teki Syafiq Farhain






Syafiq Farhan mendakwa belum menerima sebarang tawaran hitam putih daripada ibu tirinya Julia, sedangkan Julia sebelum ini mengesahkan Syafiq sudah bersetuju untuk turut menjayakan Showcase Supernova of The Legendary S.

SEAKAN berbolak-balik, demikian reaksi penyanyi, Syafiq Farhain yang juga anak kepada penyanyi legenda Allahyarham Saleem Iklim ketika diminta mengulas mengenai pembabitan dirinya dalam jelajah konsert mini Showcase Supernova of The Legendary S.

Merujuk kepada laporan Kosmo! semalam, ibu tiri Syafiq, Julia Bachok menegaskan Syafiq melalui seorang rakannya sudah pun menyatakan persetujuan untuk menyertai jelajah konsert mini yang dianjurkan sebagai penghargaan buat Allahyarham yang dikenali umum sebagai bekas vokalis Iklim.

Ditemui ketika Anugerah MeleTOP Era (AME 2019) baru-baru ini, Syafiq tidak memberi sebarang kata putus berhubung pelawaan Julia untuk terbabit sama dalam jelajah konsert mini yang dijangka berlangsung di beberapa lokasi seluruh tanah air dan Indonesia selepas Syawal tahun tersebut.

Biarpun mendakwa tidak mempunyai sebarang masalah dengan Julia, pemilik nama sebenar Nursyafiq Farhain A.M. Salim itu jelas tidak selesa apabila berterusan diajukan persoalan tentang kesudiannya untuk turut menyumbangkan suara pada konsert mini yang menjadi impian terakhir arwah bapanya itu.

Ikuti sedutan temu bual Kosmo! bersama Syafiq yang turut menjelaskan kenapa dia kelihatan tidak selesa sepanjang wawancara tersebut berlansung.

Adakah anda akan terbabit dalam konsert mini Showcase Supernova of The Legendary S sebagaimana yang diperkatakan ibu tiri anda, Julia Bachok?

SYAFIQ FARHAIN: Saya belum menerima sebarang jemputan daripada beliau (Julia Bachok). Saya akui ada menerima tawaran berkaitan sebuah persembahan tetapi tawaran itu senyap begitu sahaja.

Saya juga tidak diberitahu atau dimaklumkan mengenai sebarang jemputan secara peribadi daripada beliau. Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa.

Adakah anda tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai jelajah konsert mini jelajah tersebut?

Saya tidak tahu mengenai kewujudan pelawaan daripada beliau. Apa yang saya tahu, Amirul (anak bongsu Saleem) akan bermain dram dalam persembahan tersebut.

Seperti saya terangkan sebentar tadi, saya ada menerima tawaran persembahan tetapi bukan daripada beliau sendiri.

Adakah anda mahu bekerjasama dalam jelajah konsert mini berkenaan?

Saya tidak mempunyai kata putus dalam hal berkaitan persembahan. Segala urusan persembahan pentas saya serahkan kepada pihak syarikat rakaman kerana saya bernaung bawah syarikat berkenaan.

Jika syarikat bersetuju untuk saya terlibat dalam jelajah konsert mini berkenaan, insya-Allah, saya tidak mempunyai sebarang halangan. Cuma, saya tidak boleh membuat keputusan sendiri.

Secara peribadinya, adakah anda sudi menerima pelawaan tersebut?

Saya perlu tekankan di sini bahawa saya tidak mempunyai masalah dengan beliau. Jadi, tiada istilah berdamai dalam perhubungan antara kami berdua.

Saya juga tidak mahu mencampuri sebarang urusan peribadi berkaitan kehidupan beliau.

Berkaitan penampilan dalam konsert mini berkenaan, saya perlu membuat penilaian rapi. Sekiranya mendatangkan kebaikan saya terima, jika sebaliknya maka saya enggan terima.

Mengapakah anda sukar untuk memberikan kata putus sedangkan jelajah konsert mini berkenaan merupakan impian arwah bapa anda?

Saya tidak boleh membuat keputusan sendiri. Isunya di sini saya tidak menerima tawaran daripada beliau. Saya umpamakan pelawaan itu seperti perkahwinan. Kalau anda ingin berkahwin, adakah anda akan memberitahu hasrat itu kepada rakan? Sudah tentu dimaklumkan kepada tuan punya badan.

Anda kelihatan tidak selesa sepanjang wawancara ini. Sejujurnya, adakah anda akan terima pelawaan tersebut?

(Lama mendiamkan diri) Begini, saya tidak mempunyai masalah secara peribadi dengan beliau (Julia). Tetapi untuk bekerjasama, saya perlu fikirkan terlebih dahulu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/teka-teki-syafiq-farhain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Hidup Ayah Tak Pernah Halang Saya Nyanyi Lagunya Syafiq Farhain

Masa Hidup Ayah Tak Pernah Halang Saya Nyanyi Lagunya Syafiq Farhain

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 477 hits
Selepas pemergian penyanyi lagenda negara Saleem satu satu anaknya yang bergiat aktif dalam industri hiburan Syafiq Farhain sering mendapat permintaan daripada pihak penganjur dan peminat untuk menyanyikan lagu arwah bapanya Mewarisi keluna...
Tak Pernah Saya Dengar Kalau Nyanyi Kena Minta Kebenaran Syafiq Farhain

Tak Pernah Saya Dengar Kalau Nyanyi Kena Minta Kebenaran Syafiq Farhain

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 391 hits
Minggu lepas isteri arwah penyanyi Saleem Julia Bachok ada memberitahu sekiranya ingin menyanyikan lagu arwah perlu meminta kebenaran dan perlu memberi bayaran kepada pihaknya BACA Walaupun isu tersebut tidak menyentuh nama sesiapa anak arw...
Syafiq Farhain Mesti Ke Minta Izin

Syafiq Farhain Mesti Ke Minta Izin

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 370 hits
Syafiq Farhain tetap akan menyanyikan lagu arwah bapanya Saleem sekiranya mendapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan Syafiq 25 atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim berkata semasa hayat bapanya bekas penyanyi Iklim ...
Syafiq Farhain Feat Baby Shima Manis Manis Cinta Chord

Syafiq Farhain Feat Baby Shima Manis Manis Cinta Chord

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 393 hits
Fmsungguh mati aku tak jemuwalau selalu kau di sisi kusungguh mati aku tak jemuwalau selalu kau di sisi kuD Fmdenyut nadi degup jantung kuCm Fmhanya untukmu cinta yang satuCm Fmmanis manis orang bercintaC Fmsiang malam mahu bersamaCmCm kau ...
Tidak Perlu Minta Izin Pun Arwah Benarkan Saya Nyanyikan Lagu Dia Syafiq Farhain

Tidak Perlu Minta Izin Pun Arwah Benarkan Saya Nyanyikan Lagu Dia Syafiq Farhain

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 750 hits
Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa Itulah soalan pertama dari mulu Syafiq Farhain apabila ditanya mengenai BACA Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun Kalau nak tahu sebelum saya menandatangani kontrak menjadi pe...
Bukan Rezeki Syafiq Kyle Untuk Top Top Meletop Ame 2019

Bukan Rezeki Syafiq Kyle Untuk Top Top Meletop Ame 2019

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1515 hits
Siapa sangka siapa menduga rezeki telah tertulis bukan milik kita terima dengan redha dan pasrah Itu yang mampu diumpamakan pada pemenang paling banyak dalam Anugerah MeleTOP ERA 2019 Majlis anugerah itu telah berlangsung dengan meriah mala...
Betulkah Syafiq Kyle Punyai Ciri Ciri Suami Idaman Wanita Malaya

Betulkah Syafiq Kyle Punyai Ciri Ciri Suami Idaman Wanita Malaya

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 726 hits
Siapa tak kenal dengan aktor kacak Syafiq Kyle atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak yang menjadi kegilaan para gadis gadis di seantaro Malaysia Setiap kemunculannya di layar perak pasti mendapat perhatian dan tempat di hati pem...
6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

China Displays Five New Ucavs

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

Audi Driver Crashes Into 2 Police Motorbikes Tests Positive For Alcohol

Govt Enhances Disaster Communications Network In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Beriyani Ayam Masak Kurma Cup Cake Coklat

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Kalau Tak Kemas Mesti Tak Jumpa

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Telefilem Jersi 45

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang