Teka Teki Nasib 14 Adun Lompat Parti



MENJELANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini, sejumlah 1,124,598 pengundi negeri itu kini berdepan dilema sama ada mahu keluar atau pulang mengundi, terutama dalam kalangan mereka yang merantau ke negeri lain untuk bekerja.
Dilema mereka ada asasnya, yang pertama mereka kini berdepan kebimbangan penularan baharu pandemik koronavirus (Covid-19) apabila Kluster Benteng di Sabah menyumbang 63 kes daripada keseluruhan 100 kes Covid-19 kelmarin.
Kedua, kebanyakan pengundi Sabah yang tinggal di luar keberatan untuk pulang mengundi pada 26 September ini kerana berdepan masalah kewangan akibat Covid-19.
Mereka juga difahamkan bosan dengan sikap sebahagian wakil rakyat yang amat mudah melompat daripada satu parti ke satu parti lain demi menukar pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu persidangan Dewan Rakyat pernah menjelaskan senario wakil rakyat Sabah melompat parti bukan sesuatu yang pelik dan ia sudah berlaku sejak sekian lama.
Mengimbas kembali sejarah pilihan raya negeri Sabah, senario perubahan politik hampir sama turut berlaku pada PRN Sabah tahun 1985 dan 1986, PRN 1994 dan pilihan raya umum (PRU) 2018 meskipun dalam konteks berbeza.
Secara ringkas, pada PRN Sabah tahun 1986, Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akhirnya berjaya mempertahankan kerajaan negeri setelah diadakan satu pilihan raya mengejut selang setahun selepas PRN tahun 1985.
Pada PRN 1994 pula, UMNO yang pertama kali bertanding di Sabah berjaya memenangi hampir semua kerusi majoriti pengundi Islam, sekaligus menyebabkan Pairin dan PBS hanya memenangi pilihan raya dengan majoriti dua kerusi sahaja.
Namun, dua minggu kemudian, kedudukan Pairin sebagai Ketua Menteri Sabah tumbang setelah berlaku drama lompat-melompat dengan jawatan itu akhirnya dipegang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Begitu juga pada PRU14 di mana drama kejadian wakil rakyat lompat parti berlaku sekali lagi, yang menyaksikan Warisan dan sekutunya Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan negeri daripada UMNO-BN.
Hakikatnya, peristiwa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman gagal mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak dibubarkan sebelum ini, juga merupakan manifestasi kepada senario itu.
Situasinya tetap sama, Musa pada 29 Julai lalu, mengumumkan memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan Sabah baharu menggantikan kerajaan Warisan Plus setelah mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 65 ADUN termasuk lima ADUN lantikan.
Antara 14 ADUN daripada kerajaan Warisan Plus yang menyokong Musa ialah Datuk Hamisa Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik), Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Datuk Masiung Banah (Kuamut), Abdul Rahman Kangkawang (Labuk), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Datuk Saddi Abd Rahman (Sukau), Datuk Anita Beranting (Tandek), Jamawi Jaafar (Kemabong), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk James Ratib (Sugut).
Justeru, persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat Sabah sekarang adakah 14 ADUN yang melompat parti itu _ ada yang melompat sebanyak dua kali dalam tempoh sepenggal _ masih diberikan kepercayaan oleh BN untuk bertanding kelak?
Bagi seorang ADUN daripada UMNO yang melompat parti menyertai Warisan dan kini kembali bersama parti asalnya, Jamawi Jaafar sewaktu dihubungi Sinar Harian menafikan kepimpinan BN dan PN di Sabah sudah menutup ruang dan peluang kepada kesemua ADUN lompat parti untuk menjadi calon pilihan raya akan datang.
Menurutnya, beberapa ADUN lompat parti termasuk dirinya sudah dihubungi Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Bung Moktar Radin bagi membincangkan perkara itu.
“Bagaimanapun, kita serahkan kepada pucuk pimpinan BN dan PN sama ada akan menerima kami semula sebagai calon PRN Sabah atau tidak.
“Di sebalik dakwaan kami khianati mandat rakyat, ramai tidak menyedari bahawa senario politik Sabah berbeza dengan Semenanjung Malaysia kerana politik pembangunan rakyat lebih penting daripada politik kepartian.
“Hakikat sebenar rakyat Sabah sebenarnya lebih gembira kami kembali ke ‘rumah asal’ kerana tindakan politik itu akan memastikan projek pembangunan di kawasan mereka tidak terjejas,” katanya.
Sokongan rakyat Dalam pada itu, seorang lagi bekas ADUN PKR yang dipecat, Kenny Chua meluahkan keyakinan beliau akan dipilih semula sebagai salah seorang calon gagasan PN bagi menghadapi PRN Sabah.
“Setahu saya, memang semua mantan ADUN lompat parti akan diberi mandat balik untuk bertanding, itu info setakat ini yang kami dapat, tetapi segalanya bergantung keputusan (mesyuarat pimpinan parti dalam PN) malam ini (malam esok),” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg menjangkakan hanya empat ADUN daripada keseluruhan 14 ADUN lompat parti yang menyokong kem Musa membentuk kerajaan baharu akan diberikan tempat bertanding oleh gagasan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, jangkaan itu dibuat berdasarkan kemampuan empat ADUN berkenaan termasuk ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar untuk mengekalkan kemenangan mereka di kawasan kerusi DUN yang ditandingi.
“Di sebalik dakwaan rakyat Sabah bakal menolak wakil rakyat lompat parti, isu itu sebenarnya bukan isu kritikal kerana senario itu sebenarnya sudah lama berlaku di negeri itu.
“Bagi saya, rakyat lebih memilih calon atas faktor kemampuan mereka memberi perubahan kepada kehidupan pengundi, bukan isu retorik seperti lompat parti,” katanya.
Romzi juga tidak menolak kemungkinan ADUN lompat parti yang lain masih berpeluang kembali bertanding, termasuk ADUN Inanam, Kenny Chua.
“Wakil rakyat seperti Kenny, beliau mungkin akan dipilih atas faktor mempunyai jentera akar umbi kuat di DUN Inanam dan dikenal pasti antara ADUN yang bekerja untuk rakyat,” katanya.
Mengenai jumlah kerusi yang akan diperuntukkan kepada setiap parti dalam gagasan PN, Romzi menjangkakan UMNO akan memonopolinya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengalah bagi memberi lebih ruang kepada parti-parti komponen lain.
 
The post Teka-teki nasib 14 ADUN lompat parti appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/10/teka-teki-nasib-14-adun-lompat-parti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lompat Parti Perjudian Yang Membawa Penyesalan

Lompat Parti Perjudian Yang Membawa Penyesalan

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 261 hits
PRN SABAH Perjudian dan politik tak dapat dipisahkan Salah satu perjudian yang biasa dilihat adalah menukar sokongan dengan harapan mendapat kuasa lebih besar Bagi sekumpulan Adun Sabah yang melompat selepas PRU 2018 ia barangkali satu perj...
Dahlah Ahli Ciput Begolak Sesama Sendiri Itulah Nasib Amanah Parti Pengkhianat

Dahlah Ahli Ciput Begolak Sesama Sendiri Itulah Nasib Amanah Parti Pengkhianat

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 385 hits
Hj Abd Latif Bin A Tambi dilantik sebagai Penyelaras DUN Gemencheh Beliau merupakan Ketua Parti AMANAH Kawasan Tampin sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada YB Ahli Parlimen Tampin TAMPIN Sekumpulan ahli akar umbi Parti Amanah N...
Akta Anti Lompat Parti Mesti Disokong Semua Pihak Johari Abdul

Akta Anti Lompat Parti Mesti Disokong Semua Pihak Johari Abdul

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 292 hits
Sekiranya Malaysia ingin mengorak langkah lebih jauh dalam pencapaian ekonomi pada masa akan datang Parlimen harus meluluskan Rang Undang undang anti lompat parti untuk mewujudkan kerajaan yang lebih stabil Menurut Ahli Parlimen Sungai Peta...
Dap Pecat Lapan Ahli Sokong Wakil Rakyat Lompat Parti

Dap Pecat Lapan Ahli Sokong Wakil Rakyat Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 455 hits
KUALA LUMPUR DAP memecat serta merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri Buntong A Sivasuramaniam yang mengumumkan keluar DAP dan menyertai Parti Gerakan pada 26 Jun lepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DA...
Cetuskan Kebimbangan Teka Teki Foto Hitam Putih Elfira Loy Akhirnya Terjawab

Cetuskan Kebimbangan Teka Teki Foto Hitam Putih Elfira Loy Akhirnya Terjawab

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 303 hits
PERKONGSIAN foto hitam putih pelakon Elfira Loy dengan kapsyen mengatakan senyumannya kini limited edition di Instagram mengundangkan kebimbang peminatnya Rata rata netizen beranggapan Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabr...
Parti Orang Muda Baru Ke Arah Malaysia Maju

Parti Orang Muda Baru Ke Arah Malaysia Maju

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 278 hits
Syed Saddiq Syed Rahman dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2018 sekali gus menjadikannya menteri kabinet termuda Asia Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 6 Sept Ketika topik mengenai pemimpin politik muda dibincangkan Sanna Marin...
Parti Syed Saddiq Pecahkan Undi Terutama Melayu Tun M

Parti Syed Saddiq Pecahkan Undi Terutama Melayu Tun M

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 340 hits
16 total views 16 views today SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti anak muda yang akan ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memecahkan sokongan pengundi terutama ...
Tiada Parti Politik Akan Menang Jika Pru Di Adakan Tahun Ini

Tiada Parti Politik Akan Menang Jika Pru Di Adakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 399 hits
Tidak pasti parti politik mana akan menang jika pilihan raya umum diadakan bulan depan berdasarkan tinjauan pada suku ketiga tahun ini yang dijalankan oleh Kajidata Hasil tinjauan ini bertentangan dengan pandangan beberapa parti politik sep...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi