Lompat Parti Perjudian Yang Membawa Penyesalan


Andrew Ong

 PRN SABAH | 'Perjudian' dan politik tak dapat dipisahkan. Salah satu perjudian yang biasa dilihat adalah menukar sokongan dengan harapan mendapat kuasa lebih besar.
Bagi sekumpulan Adun Sabah yang melompat selepas PRU 2018, ia barangkali satu perjudian yang membawa penyesalan.
Sejumlah 13 Adun negeri itu yang keluar daripada parti komponen BN sejak PRU tersebut tiada dalam senarai calon mana-mana parti utama dalam pilihan raya kali ini.
Tanpa sokongan parti politik, 13 penyandang kerusi ini kemungkinan besar akan tewas jika mereka cuba bertanding sebagai calon bebas, atau di bawah tiket parti yang kurang dikenali.
Sepuluh daripada mereka terlibat dalam "Langkah Seri Anggerik". Pada akhir Julai lalu, 14 Adun berkumpul di Seri Anggerik - rumah bekas ketua menteri Musa Aman di Kota Kinabalu - untuk mengumumkan penubuhan kerajaan negeri baru.
Rancangan itu dipatahkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin yang membubarkan DUN seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya baru.
Daripada jumlah itu, hanya empat yang dicalonkan oleh parti-parti utama pada PRN yang akan berlangsung 26 September ini.
Adun Sugut, James Ratib diterima semula oleh Umno. Dia juga merupakan satu-satunya calon Umno atau BN yang akan mempertahankan kerusinya kali ini.
Limus Jury (Kuala Penyu) and Abd Muis Picho (Sebatik) - masing-masing menang dengan tiket Upko-BN dan Umno-BN pada PRU14 - menyertai Bersatu.
Abidin Madingkir (Paginatan) yang dahulu dalam Upko pula menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (Star).
Baca: Rakyat jadi penentu: PRN Sabah 2020
Sepuluh penyandang yang tidak tersenarai adalah Lasiah Baranting (Tandek), Abdul Rahman Kongkawan (Labuk), Kenny Chua Teck Ho (Inanam), Bolkiah Ismail (Pitas), Osman Jamal (Balung), Musbah Jamli (Tempasuk), Hamisa Samat (Tanjong Batu), Jamawi Ja'afar (Kemabong), Saddi Abdul Rahman (Sukau) dan Masiung Banah (Kuamut).
Perkara itu barangkali lebih pedih buat mereka yang kali pertama menjadi Adun iaitu Abdul Rahman, Chua, Osman and Jamawi yang - tidak seperti mereka yang sudah memegang kedudukan itu beberapa penggal - hanya akan mendapat sebahagian pencen wakil rakyat.
Tiga lagi yang keluar BN untuk menyertai Bersatu pada 2019 juga tidak disenaraikan sebagai calon. Mereka ialah Matbali Musah (Lumadan), Japlin Akim (Usukan) and Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan).
Dalam PRN kali ini, tiga kerusi itu akan ditandingi calon dari Umno.
Perlu dinyatakan bahawa ini adalah kali pertama Bersatu bertanding di Sabah. Kesemua wakil rakyat parti itu sebelum ini adalah mereka yang menang ketika bersama parti lain.
Satu-satunya penyandang dari BN yang tidak tersenarai untuk mengekalkan kerusinya ialah Musa.
Ellron Angin, yang menang dengan tiket PBRS-BN pada 2018, akan bertanding sebagai calon Star, yang disertainya pada akhir 2018.
Secara ringkasnya, daripada 31 Adun Sabah yang terlibat dalam "Langkah Seri Anggerik", hanya 17 yang dipilih sebagai calon oleh parti-parti utama.
Bakinya - dengan terbubarnya DUN Sabah - tersingkir daripada koridor kekuasaan negeri.
Di pihak Warisan Plus pula, sebanyak lima penyandang tidak tercalon. Kesemuanya dari Warisan.
Mereka adalah Jenifer Lasimbang (Moyog), Azhar Matussin (Karambunai), Uda Sulai (Petagas), Aidi Moktar (Pantai Manis) and Arifin Asgali (Sekong). Kesemuanya merupakan Adun penggal pertama dan memang menang dengan tiket Warisan.
Walaupun sekutu Warisan, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menang enam kerusi dalam PRU 2018, hanya seorang penyandang yang dicalon semula, iaitu Ewon Benedick (Kadamaian).
Lima lagi Adun telah melompat sebelum DUN dibubarkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/lompat-parti-perjudian-yang-membawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Pecat Lapan Ahli Sokong Wakil Rakyat Lompat Parti

Dap Pecat Lapan Ahli Sokong Wakil Rakyat Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 478 hits
KUALA LUMPUR DAP memecat serta merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri Buntong A Sivasuramaniam yang mengumumkan keluar DAP dan menyertai Parti Gerakan pada 26 Jun lepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DA...
Teka Teki Nasib 14 Adun Lompat Parti

Teka Teki Nasib 14 Adun Lompat Parti

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 387 hits
MENJELANG Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini sejumlah 1 124 598 pengundi negeri itu kini berdepan dilema sama ada mahu keluar atau pulang mengundi terutama dalam kalangan mereka yang merantau ke negeri lain untuk bekerja Dilema...
Akta Anti Lompat Parti Mesti Disokong Semua Pihak Johari Abdul

Akta Anti Lompat Parti Mesti Disokong Semua Pihak Johari Abdul

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 317 hits
Sekiranya Malaysia ingin mengorak langkah lebih jauh dalam pencapaian ekonomi pada masa akan datang Parlimen harus meluluskan Rang Undang undang anti lompat parti untuk mewujudkan kerajaan yang lebih stabil Menurut Ahli Parlimen Sungai Peta...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 2 September Laporan Cot Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi Parti Republikan Dan Demokrat

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 2 September Laporan Cot Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi Parti Republikan Dan Demokrat

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 516 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 Jam Menurut carta 1 Jam pasangan mata wang GBP USD membuat pemulihan dari tahap pembetulan 200 0 pembalikan yang memihak kepada mata wang AS dan memulakan proses jatuh ke arah sempadan bawah koridor trend ...
Hukum Berubah Ikut Kepentigan Parti

Hukum Berubah Ikut Kepentigan Parti

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 308 hits
Petik lagi nama Nabi Dulu petik nama malaikat bertakbir Waktu kerajaan perak bawah YB Nizar tumbang kerana beberapa Adun lompat dan khianat pada tahun 2009 dulu Umno ambil alih MB waktu itu kiranya ikut panduan Nabi la ye Masa tu kenapa kel...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners