Tebus Point Terkumpul Ikea Dapat Jugak Si Bekvam Idaman Hati


Saya ni bukanlah suka sangat pergi Ikea tu, tak sukalah pergi tempat sesak-sesak!!! Tipuuuuu!!! Hahaha Ikea oh Ikea, memang tempat berhantu, sapa yang tak suka pegi Ikea? Tahniahlah untuk korang yang berjaya menahan nafsu hahaha. Saya ke sini pun sebab nak tebus point terkumpul Ikea je , diulang lagi, jeeeerr….
Dah berbulan tak jejak kaki kat Ikea. Tapi bila dapat emel dari diorang, kata ada mata terkumpul akan expired, hmm teruslah nak redeem point tu dari expired macam tu je. Banyak juga mata terkumpul kita tau, walau dapat baucer dalam RM25 je hihihi, eh tapi ada jugaklah dari takde kan hahaha.
Nak cek dan redeem point ni kat website Ikea ya.
Selepas redeem point, besoknya baru boleh print voucher tu. Ni kat Ikea, ada beberapa kaunter untuk print voucher ni.
Bolehla dari takde kan, walau pun sikit je haha
Bila dah convert point ke voucher, hmm dah satu hal pulak nak fikir nak beli apa. Satu hal lagi, laki saya dah warning awal-awal, pergi sana biar ada tujuan, macam hidup jugak perlu ada tujuan. Ye memang ada tujuannya bang, kalau tak beli barang pun kita masih boleh pergi makan meatball Ikea what?? Hahaha
Sebenarnya dilema mak-mak yang ada kitchen cabinet ni adalah nak ada something yang boleh panjat untuk ambil barang kat atas kabinet tu. Contohnya tangga ni. Da lama mengidam, sebab tak larat nak hangkut kerusi dari depan ke dapur.
Lepas tu nak simpan kerusi tu semula dari dapur ke meja makan kat depan. Hmm memanglah exercise, tapi bila pagi-pagi nak cepat buat bekal, bercinta pulak ko nak exercise pepagi tu kan. Bekal tupperware dan tipuware memang saya simpan di tempat yang sama walau taraf mereka berbeza.
Nampak macam boleh capai je, kekadang nak cepat saya lompat je nak ambil bekas tu. Tapi berterabur jatuh sampai kene kepala. Aduhh sakit, sakit kepala, sakit hati semua ada .
Bekvam ikea, dah lama duk teringin nak beli
Harga pun mampu milik, sambar je tak fikir banyak dah

Dan akhirnya, selepas dah print voucher Ikea ni, terus tarik husband masuk ke bahagian showroom. Nak pesan ni, kalau korang  kalau nak print voucher, misalnya hari ni redeem point kat website dan besok tu baru boleh print voucher ya.
Kalau ikutkan macam-macam nak beli kat Ikea ni, tapi dah set dalam kepala nak beli tangga tu je. Selalu macam tu, nak beli lain, tapi terbeli yang lain jugak. Dan ke Ikea ni bukan berdua dengan husband je, tapi dengan askar berlima orang.
Tapi syukur diorang takde meroyan nak beli hitu hini. Jimat duit ibu abah korang hahahaha. Mana taknya, diorang dah pau abahnya makan meatball, kepak ayam, mushroom soup, burrpppp kenyang bangat, rosak diet ibu korang pulak. Hmm hidup kalau terlalu memikir itu ini pun tak seronok juga. Makanya makanlah apa yang korang nak. Hihi.
Yeay dah senanglah nak ambil tupperware. Takdelah nak melompat lagi hihi
Susun atur tak berapa nak ikut size tupperware. Janji hado
Taraaa!!! Inilah hasilnya selepas menyinggah di Ikea. Senang kerja mak korang nak ambil tupperware dan tipuware. Ini opis kedua mak-mak selepas balik opis pertama. Selain tempat melipat baju, mak-mak akan menghabiskan masa yang lama di sini.
Makanya perlu jadikan ianya tempat yang selesa untuk pastikan masakan mak-mak adalah yang terbaik untuk keluarga. Alhamdulillah semoga ibu istiqamah memasak untuk suami dan anak-anak.
(54)
The post Tebus point terkumpul IKEA, dapat jugak si Bekvam idaman hati appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ajumohit.com/2019/03/tebus-point-terkumpul-ikea-dapat-jugak-si-bekvam-idaman-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Yang Selamat Di Akhirat

Hati Yang Selamat Di Akhirat

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 399 hits
Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih dari syirik dan dosa yakni hatinya tidak ada kemaksiatan dan derhaka pada Allah Ketika hidup di dunia siapa yang mengikut hawa nafsu tidak hiraukan dosa rasa hebat tanpa takut kepada Allah akan...
Hati Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah Padahnya

Hati Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah Padahnya

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 762 hits
Hati Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah PadahnyaMemang betul kita disarankan untuk saling ziarah menziarahi jiran dan saling bertegur sapa untuk mengeratkan hubungan silaturrahim Malah jika diingat terdapat juga iklan iklan yang disiarka...
Saya Tidak Akan Sesuka Hati Ikut Emosi Post Tanpa Bukti

Saya Tidak Akan Sesuka Hati Ikut Emosi Post Tanpa Bukti

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 237 hits
Nampaknya kontroversi melibatkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah masih tidak berkesudahan lagi Malah ada pihak mendakwa bukti video yang diperkatakan The post appeared first on
25 Tempat Makan Best Di Kuala Terengganu Istimewa Pujaan Hati Kanda Dan Dinda

25 Tempat Makan Best Di Kuala Terengganu Istimewa Pujaan Hati Kanda Dan Dinda

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 438 hits
Negeri Terengganu Darul Iman ini sinonim dengan kawasan pulau dan pantainya sebagai sebuah destinasi pelancongan namun anda tertanya tanya bagaimana pula dengan tempat makan Imej via cari destinasi Jika anda sedang mencari tempat makan best...
Hati Ku Di Robek

Hati Ku Di Robek

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 380 hits
Alhamdulillah semalam kak nad pergi hantar bantal ni Sebenarnya hari ni kak nad rasa hati macam kena robek robek je Kenapa tak pasti la Lepas tu tak tahu nak buat tajuk entry apa Kak nad nak taip sambil kongsi gambar je la Tengah taip tiba ...
Prk Semenyih Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

Prk Semenyih Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 337 hits
SEMENYIH Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan yang m...
Surah Taha Ayat 1 5 Amalan Terbaik Melembutkan Hati Keras Dan Pendinding Diri Rileks Media

Surah Taha Ayat 1 5 Amalan Terbaik Melembutkan Hati Keras Dan Pendinding Diri Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 819 hits
Surah Taha adalah surah yang ke 20 juzuk 16 Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT Boleh diamalkan sebagai ayat pendindi...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms