Pandangan hadapan Tebing Guest House, kemas dan menarik
Penginapan ini dibuka pada Oktober 2016, kiranya masih agak baru. Tengok bahagian luar ni pun saya dah suka, nampak bersih dan landskap yang sedap mata memandang
Bilik penginapan kami - Standard King Room berharga RM140/malam (buat tempahan di Agoda dan bayar masa sampai). Ruang bilik yang sederhana luas (muat untuk kami solat berjemaah) dan dengan dekorasi ringkas tapi menarik. Saya suka padanan warna yang digunakan. Paling utama bagi saya - kemas dan bersih
Kemudahan membuat minuman panas disediakan. Malamnya kami berehat dalam bilik je sambil minum teh dan nescafe panas. Kalau nak lepak minum kat depan bilik (ada set kerusi meja) pun boleh
Bilik airnya pun cukup memuaskan. Cuma satu masalah di sini - tekanan air di sinki dan salah satu paip di dinding yang sangat perlahan. Tapi ini bukanlah masalah besar bagi saya berbanding dengan rasa selesa sepanjang menginap di sini
Sewaktu bangun nak menunaikan solat Subuh, sambil menunggu giliran nak masuk bilik air...tergerak hati nak menjenguk langit di luar. Saya selak langsir dan membuka tingkap kaca bilik. Tepi bilik, ada tembok batu memang tak nampak sekitar. Saya dongak ke atas...Masya Allah, cantik sungguh langit gelap ditaburi bintang! Dengan pantas saya capai handphone..
Lepas solat Subuh, saya dan suami berjalan-jalan di luar kawasan penginapan. Menikmati suasana Subuh di kampung yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara. Masa ni langit dah bertukar kebiruan, cantik pulak pokok Kekabu ni berlatarkan langit kebiruan. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |