Teater Komedi Seram Anti Dadah Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya


 
Pada tahun 2019, telah berlangsung persembahan TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE GOMBAK yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor. Pementasan ini dibarisi oleh para pelawak terkenal tanahair seperti Wan Raja, Bell Ngasri, Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, Lanun Resdongs dan para pelakon dari Resdongs Entertainment dan telah ditonton oleh lebih dari 1000 orang penonton. 

Pementasan ini telah diarahkan oleh Lanun Resdongs dan juga telah menampilkan penampilan khas Azharina Juara Gegar Vaganza 3 dan juga Pengurus Artis terkenal tanahair iaitu Jojie. Lebih manis pada malam itu adalah kehadiran Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor: Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari bersama isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad.

Kini selepas 4 tahun berlalu, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment bakal menganjurkan bahagian kedua siri pementasan TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH: DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA.



Pementasan kali ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bakal dipentaskan oleh para pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment.


Sekali lagi Lanun Resdongs akan bertanggungjawab selaku Pengarah untuk teater ini Pementasan TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA akan digegarkan lagi dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta Kapten Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE.

Pentas teater akan dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO (ex-Wings). Boleh dikatakan ini adalah penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater tanahair. Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut 100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli secara atas talian di www.myticketempire.com bermula dari hari ini (15 Mac 2023).

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 0177054996 Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater.

Penampilan selebriti hebat tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis artis yang lain juga menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadah yang semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita.

TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH: DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA


Tarikh: 26 Mei 2023 (Jumaat) Jam 8.45 malam Lokasi: Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan





SINOPSIS

Mengisahkan tentang Danish Mikhael anak muda dari Cherok Tok Kun yang mendapat peluang bekerja di Putrajaya tetapi dihalang oleh ayahnya yang hanya mahu dia bekerja di kampung. Manakala di kampung pula ada sekumpulan anak muda iaitu rakan rakan Danish Mikhael yang terlibat dalam gejala dadah. Tidak cukup dengan masalah dadah, Cherok Tok Kun juga diganggu oleh entiti makhluk halus. Dapatkah Danish Mikhael mengubah nasibnya untuk ke Putrajaya dan dalam masa yang sama membantu rakan rakan kampung yang terlibat dalam gejala dadah serta dapatkah masalah entiti makhluk halus diselesaikan? Jom kita saksikan pementasan Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya untuk mencari jawapan kepada semua di atas.

(Cerita ini hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Jika terdapat persamaan penceritaan, ianya hanyalah kebetulan sahaja)

Para Pelakon : Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment Penampilan : Ella, Jojie, Jo Branko, Kapten Azhar, Chef Yang Jamil, Khairul Nizam (Juara All Khas Together Now Malaysia musim kedua).


Dibawakan Khas oleh: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor Rakan Strategik : Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) Dengan Kerjasama: Sajian Sejati Sdn Bhd Rumah Produksi: Resdongs Entertainment







Pembelian Tiket : www.myticketempire.com 

Harga Tiket : RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/03/Teater-Komedi-Seram-Anti-Dadah-Dari-Cherok-Tok-Kun-Ke-Putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumpahan Syaitan Filem Seram Komedi Menampilkan Pelawak Pelawak Tersohor Malaysia

Sumpahan Syaitan Filem Seram Komedi Menampilkan Pelawak Pelawak Tersohor Malaysia

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 181 hits
SUMPAHAN SYAITAN FILEM SERAM KOMEDI MENAMPILKAN PELAWAK PELAWAK TERSOHOR MALAYSIA Assalammualaikum semua Pada 23 Februari 2023 yang lalu Ruby berkesempatan ke tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang bergenre seram komedi arahan Roy Kri...
Cara Menaiki Bas Dari Mrt Putrajaya Sentral Ke Ioi City Mall Putrajaya

Cara Menaiki Bas Dari Mrt Putrajaya Sentral Ke Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 685 hits
Cara menaiki bas dari MRT Putrajaya Sentral ke IOI City Mall Putrajaya Kekerapan bas ialah setiap 1 jam Tambang RM 1 10 sahaja Dari MRT Putrajaya Sentral IOI City MallDari MRT Putrajaya Sentral boleh naik bas T523 di platform KR Bus hujung ...
Putrajaya Akan Mempertimbangkan Kaji Semula Monopoli Touch N Go Pmx

Putrajaya Akan Mempertimbangkan Kaji Semula Monopoli Touch N Go Pmx

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 128 hits
Putrajaya dilapor akan mempertimbangkan semula monopoli Touch n Go selepas lebih dua dekad beroperasi tanpa perkembangan atau kemajuan yang menyakinkan nbsp Di majlis dialog Bertemu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam seorang pel...
10 Info Menarik Tentang Mrt Laluan Putrajaya Yang Sudah Rasmi Dibuka

10 Info Menarik Tentang Mrt Laluan Putrajaya Yang Sudah Rasmi Dibuka

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 229 hits
Fasa kedua MRT Laluan Putrajaya akan dibuka secara rasmi kepada lalu lintas pada jam 3 petang pada hari Khamis Laluan bagasi menggunakan set kereta api tanpa pemandu Hyundai Rotem yang terdiri daripada empat gerabak setiap satu dengan kapas...
Johor Sultan Says Working Well With Anwar Compared To Past Pms Wants Putrajaya To Get Get Rid Of Corruption Cancer

Johor Sultan Says Working Well With Anwar Compared To Past Pms Wants Putrajaya To Get Get Rid Of Corruption Cancer

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 248 hits
Johor Ruler Sultan Ibrahim Iskandar said he has been able to work well with Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister compared to any past heads of the Malaysian government He told The Star in an interview published today that he was able ...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2023 Kl Dan Putrajaya

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2023 Kl Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 170 hits
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa imsak Ramadhan 1444H 2023M bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu umat Islam w...
Tanboy Kun Mukbang Badass 7 Bungkus Maggi Pedas Giler 2x Spicy Dari Malaysia

Tanboy Kun Mukbang Badass 7 Bungkus Maggi Pedas Giler 2x Spicy Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 144 hits
Kami suka melihat content Tanboy Kun Real mukbang yang makan gila banyak Tanboy Kun daripada indonesia Kami post video ini sebab tanboy kun makan maggi pedas giler 2X buatan malaysia sebanyak 7 Bungkus Gilalah
Puad Zarkashi Keputusan Jppm Tamparan Hebat Golongan Mahu Jatuhkan Zahid Tok Mat

Puad Zarkashi Keputusan Jppm Tamparan Hebat Golongan Mahu Jatuhkan Zahid Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 100 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Pengesahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bahawa tiada kesalahan dilakukan Umno berhubung usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi memberi tamparan kepada kumpulan yang ingin menjatuhkan presiden dan tim...
Pakai Tudung Sarung Pun Cantik Gelagat Tok Ti Tanpa Sedar Dirakam Netizen Puji Tetap Comel

Pakai Tudung Sarung Pun Cantik Gelagat Tok Ti Tanpa Sedar Dirakam Netizen Puji Tetap Comel

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 178 hits
Aura penyanyi nombor satu negara ini bukan biasa biasa Apa sahaja yang digayakan oleh Dato Seri Siti Nurhaliza tetap kena malah cantik digayakan Paling terbaru satu rakaman video yang tular meraih perhatian ramai Melalui video yang dikongsi...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama