Teater Bangsawan Dendam Laksamana Berjaya Menjayakan Persembahan Yang Memukau Penonton



TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA BERJAYA MENJAYAKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU PENONTON

AlongMurni (AM) sangat meminati teater sejak di bangku sekolah lagi. Mana taknya, bagi AM seseorang yang melakonkan watak teater lebih mencabar daripada drama dan filem yang sering ditonton di TV mahupun Panggung Wayang. Bayangkan tahap fokus dan kreativiti semasa melakonkan watak di teater perlu tinggi tau!! Kalau tersalah langkah atau tersalah dialog harus bijak mengatasinya tau!! Segalanya dilakonkan secara langsung tanpa ada ‘Cut’ or ‘Edit’. Jadi kalau ada peluang menonton Teater memang AM takkan lepaskan peluang.

AM sempat bergambar dengan Pat Ibrahim -Karyawan Seni
dan Beliau menjadi tulang belakang kepada PIPE

Baru-baru ini AM  berkesempatan ke Matic bagi menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana. Teater ini merupakan salah satu kompenan di dalam Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (UPBWB) iaitu kompenan persembahan. JPBWB2018 merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongen Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia. la juga merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan.

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) bagi memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage) ini telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat. Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.


Malah tulang belakang Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana adalah berdasarkan dari kisah halaman di Tuhfat AL Nafis iaitu ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. Walaupun AM dah hafal jalan cerita ini namun keinginan untuk menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana sangat tinggi tau!! Pementasan Teater Dendam Laksamana ini diambil dari inspirasi Skrip Shaharom.

gelagat Penglipur Lara yang berjaya mencuit hati AM Pembesar yang tamak aloba dan iri hati pada Laksamana
Adegan antara Laksamana dan Dang Anum
Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini dimulakan dengan alunan muzik indah dan klasik daripada Kumpulan Bimbingan Muzik Saiful Ridzuan (Duan) dan diserikan dengan gelagat dan telatah Penglipur Lara (Shahrul Mizad) yang begitu mencuit hati. Gamat dewan dengan ketawa dari penonton melihat pada gelagat Penglipur Lara ini.

Dang Anum mengidam dan memohon seulas buah nangka milik Sultan Bendahara turut gusar dengan apa yang akan berlakupertembungan berdepan antara Laksamana dan pembesar Seri WijayaSultan ditikam Laksamana lantaran kerana amarah Dang Anum dan anaknya dibunuh Sultan
Susunan indah setiap bait-bait kata begitu memukau AM. Ada adegan romantis, komedi, sedih dan terharu dan ada adegan yang betul-betul membangkitkan kemarahan AM tau. Begitu terkesan dengan cara lakonan setiap pelakon teater membawakan watak masing-masing sehingga AM turut sama berasa geram dan marah dengan watak yang dibawakan.

AM masing terbayang betapa indah ayat-ayat yang diutarakan antara Laksamana dan Dang Anum. Begitu tinggi bahasa dan indah corak kemelayuan yang disampaikan dalam Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini.

alunan muzik Indah dan nyanyian dari Dang Anum dan Laksamana


Wan Anum :
Angin senja berkias cerita
Bersyair janji-janji setia
Anugerah kelahiran tandanya cinta
Berkorban buatmu nikmat bahagia

Laksamana :
Sepasang serindit atas jendela
Suaranya riang berkicau bersama
Semangat adinda azimat kekanda
Supaya aman tanah lahir kita

AM tak nak cerita lebih pasal Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini sebab AM nak semua pembaca setia AM datang sendiri ke Matic dan menonton karya Agung Teater Bangsawan Dendam Laksaman. Penuh dengan mesej-mesej penting dan informasi. AM kasi 9/10 Bintang. AM ucapkan tahniah kepada seluruh tenaga produksi Teater Bangsawan Dendam Laksamana dan PIPE atas penghasilan sebuah teater yang sangat bagus dan memukau dengan lakonan, susunan muzik dan bait-bait indah.

Antara tenaga produksi dan Agensi yang turut membantu menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana
Ternyata gabungan bakat lama dan baru telah berjaya menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana  antaranya adalah Saudara Safwan, Aidilla, Dato' Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi.

Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online pipent.peatix.com telah bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.

KATA ALONGMURNI

TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA INI BENAR-BENAR MEMUKAU HATI AM DAN MENYENTUH SANUBARI AM DENGAN LAKONAN YANG SANGAT BERKESAN, SUSUNAN MUZIK YANG INDAH DAN PENGISIAN DIALOG YANG BEGITU DEKAT DENGAN HATI PENONTON. SYABAS AM UCAPKAN KEPADA TENAGA PRODUKSI PAT IBRAHIM PROJECT ENTERTAINMENT (PIPE) DAN SELURUH PRODUKSI DAN AGENSI YANG TURUT MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2018/11/teater-bangsawan-dendam-laksamana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pementasan Cemerlang Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri

Pementasan Cemerlang Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 386 hits
PEMENTASAN CEMERLANG TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURIPeminat Filem Melayu Klasik seperti AlongMurni pastinya tahu tentang filem Abu Hassan Penchuri lakonan Tan Sri P Ramlee Mariam Baharum Nordin Ahmad Ahmad C Daeng Idris Malik Sutan Muda...
Berjaya Kumpul Sehingga Rm4000 Setahun Ini Teknik Menabung Paling Efektif Dan Berkesan

Berjaya Kumpul Sehingga Rm4000 Setahun Ini Teknik Menabung Paling Efektif Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 617 hits
Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa depan Sebenarnya banyak teknik menabung dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan bagi anda yang liat menyimpan wang Pengguna Facebook Wan Nor Adilah kongsi cara ca...
Orang Yang Kuat Adalah Yang Berjaya Menahan Marah

Orang Yang Kuat Adalah Yang Berjaya Menahan Marah

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 337 hits
Jadilah kita seorang yang kuat Bagaiman menjadi seorang yang kuat itu Orang Yang Kuat Adalah Yang Berjaya Menahan Marah Gambar sekadar hiasan Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
China Menjadi Negara Pertama Berjaya Mendaratkan Proba Pada Permukaan Sisi Jauh Bulan

China Menjadi Negara Pertama Berjaya Mendaratkan Proba Pada Permukaan Sisi Jauh Bulan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 293 hits
Bulan Disember lalu China melancarkan misi untuk mendaratkan sebuah proba angkasa buat pertama kalinya pada permukaan sisi jauh bulan Proba yang diberi nama Chang e 4 ini telah berjaya melakukan misi pendaratan pada jam 10 26 pagi waktu Bei...
Toyota Sekali Lagi Berjaya Meletakkan Dirinya Di Kedudukan Teratas Syarikat Automotif Paling Bernilai

Toyota Sekali Lagi Berjaya Meletakkan Dirinya Di Kedudukan Teratas Syarikat Automotif Paling Bernilai

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 257 hits
Syarikat automotif Toyota sekali lagi berjaya meletakkan dirinya di kedudukan teratas sebagai jenama paling bernilai di dunia dengan menewaskan pesaing pesaing Eropah seperti Mercedes Benz dan BMW Toyota berjaya menjadi jenama paling bernil...
Ootn Berjaya Bawa Watak Maleficent Untuk Annual Dinner Pakai Jubah Je

Ootn Berjaya Bawa Watak Maleficent Untuk Annual Dinner Pakai Jubah Je

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 907 hits
Masuk kali ni dah 2 kali aku pergi Annual Dinner Company Tapi kerja baru 1 tahun haha Sebab dinner yang lepas tu diorang buat lambat and ngam je time aku baru masuk Tahun lepas tema Gold okay la tak pening sangat Cari je dress warna gold se...
Jika Dap Menang Di Cameron Demokrasi Berjaya Di Malaysia

Jika Dap Menang Di Cameron Demokrasi Berjaya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 251 hits
Jika DAP menang di Cameron demokrasi berjaya di MalaysiaPosted By on January 07 2019Pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari 2019 ini ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia Selain PRK pertama yang perlu diadakan semula ke...
Yeay Berjaya Dapatkan Produk Althea Yang Dalam Wishlist Haritu

Yeay Berjaya Dapatkan Produk Althea Yang Dalam Wishlist Haritu

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 370 hits
Wish wish u a merry krismas and a happy new year haha baru nak update la kan kat sini althea wishlist sempena krismas tahun lepas sabar je la ate ke busy benor k fiezz ooi kalau yang follow k fiezz kat IG dengan FB tahu la kan pasal althea ...
Pelantar Minyak Dipukul Ombak Besar Akibat Ribut Tropika Pabuk Rakaman Video Berjaya Diambil

Pelantar Minyak Dipukul Ombak Besar Akibat Ribut Tropika Pabuk Rakaman Video Berjaya Diambil

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 561 hits
Pelantar Minyak Dipukul Ombak Besar Akibat Ribut Tropika Pabuk Rakaman Video Berjaya DiambilPelantar Minyak Dipukul Ombak Besar Akibat Ribut Tropika Pabuk Rakaman Video Berjaya Diambil
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte